Showing posts with label keselamatan. Show all posts
Showing posts with label keselamatan. Show all posts

Saturday, 16 September 2017

Semua Pelan Pembangunan Maahad Tahfiz akan dikaji semula

Acara : Perasmian Kejohanan Bola Baling @ Putrajaya

Lokasi : Kompleks Futsal, P18, Putrajaya

Tarikh 16/9/2017



Video 1 - Semua Pelan Pembangunan Maahad Tahfiz, rumah orang orang tua dan rumah anak anak yatim yang telah diluluskan atau belum akan dikaji semula (untuk memastikan ciri ciri keselamatan dipenuhi sepenuhnya)

Sebelum bertemu media, Tengku Adnan telah menyempurnakan perasmian Kejohanan Bola Baling @ Putrajaya yang telah berjaya menarik penyertaan 129 pasukan dengan jumlah peserta seramai 1935 orang. Kejohanan ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana berjaya mengumpulkan penyertaan teramai dalam kejohanan bola baling.




****************************************************************************************************************************************************
 1
 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 17 January 2016

DBKL kenal pasti kawasan panas tumpuan pengganas

Lokasi : Dataran Putrajaya Presinct 3, Putrajaya

Acara : Pelancaran kempen kibarkan bendera WP bersempena Hari WP 2016

Tarikh : 17/1/2016


7 lokasi Hot-Spots telah kenal pasti iaitu Publika, KL Tower, Bangsar, Hartamas, The Curve, Bukit Bintang  dan pusat bandar Kuala Lumpur. DBKL akan menjalankan pemantauan dikawasan-kawasan tersebut dengan bantuan pihak agensi keselamatan seperti Polis, Tentera dan JPAM.

Tengku Adnan menyeru masyarakat kota untuk sentiasa bersiap siaga dan berwaspada dengan anasir- anasir yang cuba membuat huru-hara di Kuala Lumpur. Mereka hendak lah melaporkan kepada pihak berkuasa apabila melihat atau mendapat tahu akan ada nya karektor atau individu-individu yang mencurigkan






Wednesday, 26 August 2015

Perserta BERSIH 4.0 mesti sedia bertempur jika teruskan hajat

Lokasi : Depan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Demonstrasi bantahan  keatas BERSIH 4.0

Tarikh : 25/8/2015



Apa tujuan penganjur protes ini mempersembahkan pemuda-pemuda yang menunjukkan langkah silat yang lebih mirip kepada orang yang dirasuk hantu harimau ?  Adakah ini satu bentuk intimidasi atau ugutan kepada para peserta BERSIH 4.0. Tidak kah ini bertentangan dengan slogan BERSIH 4 CINTAKAN KEAMANAN mereka...? Atau mereka sudah hilang keyakinan kepada kemampuan PDRM untuk mengawal keadaan ?

ATAAAAUUUU mereka ini hanya mahu menunjuk nunjuk sokongan kepada Perdana Menteri yang dalam keadaan tertekan sekarang ini ?? Tetapi adakah ini sahaja caranya yang mereka boleh fikirkan ? Tidak kah tindakkan mereka ini akan membawa bencana lebih besar  kepada negara dan Perdana Menteri sendiri sekiranya betul betul berlaku pertembungan kelak ? Kalau berlaku ianya berkemungkinan melibatkan tiga penjuru, PDRM, BERSIH merah dan BERSIH kuning.... Kenapa tidak dibiarkan sahaja urusan keselamatan dijaga oleh pihak berkuasa sahaja ?



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10