Lokasi : Busana MARAkesh, Tkt 4, Bangunan MARA, Kuala Lumpur
Acara : Perasmian PASARNITA @ Karnival Selebriti
Tarikh : 17/10/2014
Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita meminta jasa baik MARA untuk menyediakan tapak kekal bagi pengusaha wanita yang mengambil bahagian dalam PASARnita untuk berniaga secara percuma di Busana MARAkesh yang terletak di tingkat 4 Bangunan MARA. Tujuan nya bukan sahaja untuk membantu peniaga-peniaga PASARnita untuk bertapak tetapi juga untuk mempromosi Busana MARAkesh kepada pengunjung yang lebih ramai.
Mulai 17-19 October 2014, sekitar ruang legar dan ruang kosong Busana di penuhi gerai-gerai peserta-peserta PASARnita yang mengambil bahagian dalam Karnival Selebriti. Pelbagai produk dari makanan, pakaian hingga ke perkhidmatan perniagaan ditawarkan kepada pengunjung Karnival ini.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
