Showing posts with label pasarnita. Show all posts
Showing posts with label pasarnita. Show all posts

Saturday, 18 October 2014

MARA digesa bantu peniaga wanita bertapak

Lokasi : Busana MARAkesh, Tkt 4, Bangunan MARA, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian PASARNITA @ Karnival Selebriti

Tarikh : 17/10/2014



Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita meminta jasa baik MARA untuk menyediakan tapak kekal bagi pengusaha wanita yang mengambil bahagian dalam PASARnita untuk berniaga secara percuma di Busana MARAkesh yang terletak di tingkat 4 Bangunan MARA.  Tujuan nya bukan sahaja untuk membantu peniaga-peniaga PASARnita untuk bertapak tetapi juga untuk mempromosi Busana MARAkesh kepada pengunjung yang lebih ramai.

Mulai 17-19 October 2014, sekitar ruang legar dan ruang kosong Busana di penuhi gerai-gerai peserta-peserta PASARnita yang mengambil bahagian dalam Karnival Selebriti. Pelbagai produk dari makanan, pakaian hingga ke perkhidmatan perniagaan ditawarkan kepada pengunjung Karnival ini.





1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 9 October 2014

PasarNita @ Deepavali Karnival

Lokasi : Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, 
Tkt 10, Hotel Primiera, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Acara : Sdiang media mengenai pelancaran  Program PasarNita @ Deepavali Karnival

Tarikh : 2/10/2014



Perdana Menteri dikelilingi oleh pelbagai peringkat dan jenis Penasihat untuk membolehkan beliau menjalankan tugas beliau dengan lebih effektif. Shahrizat Jalil adalah salah seorang daripada Penasihat yang telah dilantik khusus untuk menasihat PM dan menggerakkan inisiatif yang melibatkan pembangunan keusahawanan dan ikhtisas wanita. Pejabat beliau di tingkat 10 Primiera Hotel baru saja beroperasi sejak bulan Ramadhan yang lalu.

Catatan ringkas:

1. Projek pertama Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita (PPPKIW)
dipanggil PasarNita.

2. PasarNita memberi peluang kepada usahawan wanita dalam perniagaan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui business-matching dan business-networking sesama peniaga dan para pemborong.

3. Bersempena sambutan Deepavali, PPPKIW bergabung tenaga bersama penganjur Deepavali Karnival untuk menyediakan platform bagi usahawan wanita melibatkan diri dan merebut peluang menembusi pasaran barangan dari India

4. Penganjur menyediakan 300 petak gerai, untuk jualan pelbagai barangan yang tidak terhad kepada barangan dari India, yang akan disewa pada kadar RM7,000 bagi tempoh 12 hari Karnival tersebut berjalan (10-21/10/2014). Ianya bertempat di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil. Bagi peserta wanita yang menempah petak melalui PPPKIW kadar sewa dikurangkan kepada RM5,000, RM2,000 pengurangan sebagai insentif.

5. Pelbagai program hiburan akan diadakan sepanjang Karnival untuk menarik pengunjung. Ini kali ke-13 Karnival dan kali ketiga ianya diadakan di Bukit Jalil. Sebelum itu ianya diadakan berdekatan Brickfields.

6. Penganjur menyasarkan hampir setengah juta pengunjung dan jumlah jualan melebihi RM20 juta dapat dicatat oleh keseluruhan peserta Karnival kali ke-13 ini.


Karnival ini dijangka akan dirasmikan oleh Shaberi Cheek, Menteri KKMM pada 12/10/2014 




1
 2
 3  CEO Penganjur, ASC  Agenda Suria Communication Sdn Bhd, Mr Jaggarao Samancha memberi penerangan
 4