jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label chinese new year. Show all posts
Showing posts with label chinese new year. Show all posts
Venue : Berhadapan Idaman Putra Kondo, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Masyarakat Cina Hokkien hari ini menyambut hari kelahiran Maharaja Jed (Thian-nee Kong Seh). Hari ini ialah hari kelapan Tahun Baru Cina.
Bagi Cina Hokkien, sambutan hari kelapan lebih meriah dari sambutan hari pertama Tahun Baru Cina. Tebu merupakan bahan simbolik yang penting bagi sambutan hari ke lapan.
Mengikut cerita orang orang tua, suatu ketika dahulu Cina Hokkien telah terbelengu dengan kuasa syaitan untuk suatu tempoh yang lama, sehingga lah Maharaja Jed menyelamatkan mereka pada hari kelapan Tahun Baru Cina.
Semasa pertempuran antara Maharaja Jed dengan kuasa jahat tersebut, orang Hokkien telah menyorok didalam ladang ladang tebu.
Setelah diselamatkan, orang Hokkien telah menyambut dengan sambutan kesyukuran dengan menjadikan tebu sebagai simbol untuk mengingatkan mereka akan pertempuran antara Maharaja Jed dengan syaitan.
1. Rakaman dibuat diperkarangan workshop Ah Kam, seorang pengusaha bengkel yang berjaya di Gombak. Perniagaan yang dimulakan oleh bapa beliau telah berjalan dengan jayanya sejak 40 tahun yang lalu dan merupakan antara keluarga Cina yang berjaya dikawasan Gombak ini. Kalau nak ikut standard dari segi istilah, Ah Kam ini boleh lah dikatakan tergolong dalam golongan yang 'warak'. Apa saja yang perlu dilakukan bagi memenuhi tuntutan kepercayaan keagamaan dan budaya Cina akan dipenuhi sebaik mungkin. Sebelah pagi beliau akan berada di bengkel seawal jam 7.30 pagi dan akan menyediakan segala keperluan 'makan dan minum' dewa dewa dan 'penjaga ghaib' disekitar kawasan perniagaan beliau.
Ah Kam atau Kenny adalah jiran saya saya dan tinggal di blok kondominium yang sama. Kami telah berkenalan sejak zaman bujang lagi dan kini persahabatan kami telah mencecah hampir 30 tahun. Kerja beliau kemas dan janji boleh dipercayai. Itu lah Ah Kam..."Janji ada duit mau bayar semua saya boleh bikin.." hehehe
2.
3.
4. Kos persiapan rumah dewa dan makanan saja mencecah RM3,000... Itu tidak termasuk kos mercun dan colok besar.
5.
6.
7.
8.
9.
10. Tuak naga
11. Biasa harga RM900 tapi ini tahun sudah naik RM1,000
Venue : Dewan Wing Choon, Menara PGRM, Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Video 1 : Ramai rakyat Malaysia yang maseh terkeliru diantara Tarian Naga dan Tarian Singa yang menjadi seni budaya masyarakat Cina di Malaysia. Ikuti rakaman klip video yang dibuat hari ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
1. Kanak kanak teruja di layan 'singa'
2.
3.
4.
5. Tuan rumah menyambut kehadiran duta Cina
6. Pak Lah maseh mengekalkan cara lama beliau bila bersalam..
Video 1 : Kumpulan Tarian Singa yang agak menarik kerana kompisi anggota nya yang terdiri daripada belia dari pelbagai keturunan di Malaysia. Saya difahamkan jurulatih kumpulan ini mendapat ilham dari Perdana Menteri untuk mempromosikan konsep 1Malaysia keseluruh negara.