Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Friday, 9 December 2016

Usahawan Bumiputera WPKL harus menjadi contoh kepada semua

Acara : Majlis Penyampaian Sijil, Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra
Kursus 1 Parlimen 1 Kemahiran (1P1K), Wilayah Persekutuan

Lokasi : Dewan P3, Nexus Connexcion, Bangsar South, KL

Tarikh : 8/12/2016


Video 1 - Nasihat dari Tengku Adnan kepada usahawan bumiputera WPKL untuk memajukan diri dan menjadi contoh kepada usahawan bumiputera luar bandar. Tengku Adnan sendiri mempunyai perniagaan berteraskan telekomunikasi yang mampu menjana jualan melebihi RM1.0 billion setahun.



Video 2 - Usahawan Bumiputera perlu bijak ambil kesempatan dari program dan bantuan yang disediakan kerajaan untuk memajukan diri dan berhijrah ke perniagaan yang lebih menguntungkan. Mereka perlu ingat bantuan kerajaan bukan lah untuk selama lamanya...



*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 25 December 2014

Rakyat & pemimpin wajib tonton jawapan kepada impak penurunan harga minyak

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 7 mengandungi :

Jawapan yang tepat dan mudah difahami mengenai senario harga minyak dunia yang turun mendadak. Semesti nya harga minyak turun akan menyebabkan pendapatan daripada sumbangan PETRONAS akan berkurangan dan perbelanjaan kerajaan akan terkena kesan kerana bajet yang dibuat berdasarkan harga minyak pada tahap harga melebehi USD100 sedangkan harga semasa telah merudum jatuh dibawah paras USD60. Namun rakyat pada masa singkat ini akan merasa nikmat dari pengurangan kos sara hidup dari pengurangan harga runcit minyak dipasaran.

Saya juga ingin menambah para pengeluar dan pengekspot barangan yang berasaskan komoditi tempatan akan merasa nikmat dari penurunan nilai ringgit. Nikmat ini hanya akan dapat dinikmati sekiranya input untuk pengeluaran menggunakan peratusan tempatan yang tinggi berbanding bahan input yang diimpot. Contoh nya semasa nilai ringgit bersamaan USD1 : RM3.00 mereka akan hanya mendapat kutipan hasil jualan sebanyak RM3 tetapi kini pengekspot boleh mengutip hasil jualan bersamaan RM3.40 bagi setiap USD yang di ekspot. Industri perabut berasaskan kayu getah adalah antara industri yang boleh buat duit lebih pada masa kini.   







Sunday, 30 March 2014

TPPA tidak menguntungkan Malaysia - Tun Dr Mahathir

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Pencadang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sudah tentu tidak mencadangkan sesuatu yang akan merugikan mereka. Negara-negara kecil yang bergantung kepada perdagangan dengan pencadang akan mudah terkesan dan tertekan dengan pelbagai syarat perdagangan yang tidak memihak kepada mereka, tetapi terpaksa akur kerana tidak mempunyai kekuatan sendiri. 

Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa TPPA tidak membawa banyak faedah kepada Malaysia kerana syarat-syarat yang dikenakan akan menyebabkan Malaysia lemah dan tidak dapat melindungi industri nya sendiri. Contoh yang terang ialah sekatan dan kuota yang kita kenakan keatas beberapa jenis industri demi memastikan perkembangan dan kematangan industri yang dibangunkan sendiri di Malaysia. Dibawah TPPA semua jenis sekatan dan perlindungan yang kita kena kan harus di tarik balik untuk membuka jalan kepada pelabur asing masuk dan mengambil semua peluang yang ada di Malaysia dengan kekuatan kewangan dan jaringan antarabangsa yang mereka punyai.  

Ikuti pandangan Tun mengenai TTPA... (sila gunakan headphone untuk lebih jelas)





Friday, 28 June 2013

Rakyat Malaysia perlu tahu apa itu TPPA

Lokasi : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Jalan Kg Attap, KL

Acara : Forum TPPA (Perjanjian Perkongsian Bersama Trans Pacific), Bentuk Penjajahan
Moden Amerika
anjuran Blindspot dan DPMM Putrajaya

Tarikh : 27/6/2013 @ 9.00 pm


Objektif forum adalah untuk;

1. Memupuk kesedaran awam mengenai isu TPPA yang bakal memberi kesan besar kepada negara
2. Mendesak kerajaan untuk memberikan lebih disclosure mengenai isu kandungan perjanjian TPPA
3. Menubuhkan gabungan bertindak terdiri daripada NGO-NGO untuk membawa isu-isu TPPA
4. Mendesak kelulusan perjanjian TPPA dibuat bukan di Kabinet tetapi melalui penelitian Parlimen / Jawatankuasa Khas Parlimen
5. Memohon kerajaan memberikan keputusan kajian Cost Benefit Analysis yang dibuat oleh UNDP

1/23
 2
 3  Moderator , Sdr Anas Alam Faizli pengasas bersama Blindspot
 4  Panelis Cik Fifa Rahman, Pakar Undang Undang Kesihatan, MAC. Penerangan beliau menyentuh antara lain perlindungan dibawah hak 'Patent' yang dipegang oleh pembuat asal ubat ubatan yang kebanyakan nya dari USA. Sesuatu patent itu mungkin untuk tempuh awal 20 tahun dan boleh ditambah apabila ada penambaikan produk yang dikeluarkan. Produk seperti Panadol yang boleh dianggap produk generik tidak boleh dikeluarkan oleh pengeluar lain kerana perlindungan patent. Ini menyebabkan pengeluar pengeluar lain terpaksa menunggu lama sebelum mereka boleh mengeluarkan produk generik tersebut secara bebas. Dibawah TPPA patent ini perlu diberi penekanan yang teliti kerana patent akan menyebabkan harga produk perubatan akan sentiasa berada dalam genggaman pengeluar USA dan negara lain akan berada dibawah 'mercy' pengeluar pengeluar tsbt.
5  Pengusaha pharmaceutical tempatan - generic product
 6  Turut hadir Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bekas Pengerusi MAS..
 7
 8  Pengerusi Gerakan Anti ISA, Syed Ibrahim Syed Noh
 9  Panelis Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah BNM
 10