Showing posts with label tppa. Show all posts
Showing posts with label tppa. Show all posts

Sunday, 20 December 2015

Terlalu banyak berahsia - Wira PERKASA tolak TPPA

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur


Tarikh : 19/12/2015



Banyak sangat yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. Wira PERKASA sangsi dan ambil keputusan menolak TPPA dan mendesak kajian semula oleh kerajaan Maysia supaya kepentingan rakyat terutamanya orang Melayu terpelihara.




Wira PERKASA tidak mahu jadi barua UMNO pada PRU14

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Khas Tahunan Wira PERKASA Malaysia

Tarikh : 19/12/2015


Video 1 - Wira PERKASA membuat pendirian untuk tidak menyokong calon BN secara otomatik seperti PRU-PRU yang lalu dan mengambil ketetapan untuk 'tunggu dan lihat' perkembangan mutakhir. Wira PERKASA merasakan sokongan mereka dan orang Melayu amnya telah di khianati kerajaan yang sedia ada dengan pengenalan cukai GST dan kini TPPA pula.  




Video 2 - Wakil Wira PERKASA Perak, Mubin Salleh mendesak Najib berundur segera kerana telah mengkhianati dan memalukan orang Melayu dengan pelbagai skandal . Wira PERKASA juga tidak mahu lagi jadi barua kepada pemimpin UMNO pada PRU14 akan dating




1
 2
 3
 4
Tuan Syed Osman Syed Mansor, Naib Presiden PERKASA
 5
 6
 7
Sdr Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA Malaysia
 8
 9
 10

Thursday, 19 November 2015

Jangan politikkan isu #TPPA kerana ianya untuk kepentingan bersama

Lokasi : PWTC , Kuala Lumpur

Acara : Special interview with Tan Sri RafidahAziz, ex-minister of International Trade

Tarikh : 18/11/2015


Video 1 :  TPPA is for the common good of all Malaysian. Don't politicize it.


Video 2 :  Malaysia is not in the capacity to absorb 3,000 Syrian refugee. Arabs and the bigger Muslim countries should play bigger roles.


Video 3 :  Englis language should be used appropriately and not side-lined. Malaysian should be multi lingual.



 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10 
11


Wednesday, 14 October 2015

PERKASA bakal memainkan peranan penting sebagai broker perpaduan Ummah

Lokasi : Ibupejabat PAS, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat PERKASA ke Ibupejabat PAS

Tarikh : 13/10/2015


Dalam kunjungan hormat ini rombongan PERKASA telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan DS Hadi Awang, Presiden PAS,  Takiyuddin Hassan SUA PAS dan Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya Pusat PAS.

Menurut Ibrahim Ali pertemuan mereka tidak membincangkan sebarang kerjasama politik tetapi lebih kepada isu-isu semasa. Di penghujung pertemuan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama yang menyentuh tiga perkara berikut :-

1. isu 1MDB 
2. isu penggunaan SOSMA
3. isu TPPA

Ikuti kenyataan Ibrahim Ali dan Irwan Fahmi, Ketua Wira PERKASA dalam rakaman berikut.


PS - Jelas ada ruang untuk Ibrahim Ali dan PERKASA memainkan peranan menjadi penghubung antara PAS dan UMNO dalam menyatukan umat Melayu / Islam dinegara ini. Sebagai ganjaran Ibrahim Ali boleh lah dipertimbangkan bertanding semula di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dalam PRU14 akan datang. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS dua penggal yang lalu. Kita bakal akan menyaksikan kembali nya Ibrahim Ali ke Parlimen sekiranya tiada kejadian 'cah keting' dalam usaha yang nampak 'workable' dalam keadaan dan kedudukan PAS masa ini. InsyaAllah. 


1 
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Thursday, 14 May 2015

Kini masa yang bagus untuk KL berundur dari rundingan TPPA

Lokasi : Pusat media, Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara

Acara : Sidang media

Tarikh : 13/5/2015



Berita terbaru, Senate Amerika telah mengundi untuk menyekat kuasa meluluskan secara cepat (fast track authority) Presiden Obama. Oleh itu agak mustahil untuk Malaysia mencapai persetujuan perjanjian tersebut pada Mesyuarat Menteri-Menteri pada bulan Mei ini.

Berdasarkan perkembangan terbaru ini kerajaan sepatutya menarik diri daripada perundingan TPPA dan menumpukan usaha dalam perkembangan 'regional trade' sebagai Pengerusi ASEAN.

Ikuti kenyataan sepenuh nya oleh Nurul Izzah


1
 2


Sunday, 7 December 2014

Tun Dr Mahathir harap kerajaan tidak tanda tangan TPPA

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur


Tarikh : 6/12/2014


"Saya harap kerajaan tak tandatangan TPPA ini kerana benda-benda dalam itu kalau kita sign kita terdedah kepada macam-macam tindakan termasuk syarikat-syarikat asing boleh sue kerajaan untuk berbilion billion ringgit. Jadi benda ini dicadang dipropose oleh negara Amerika untuk kepentingan Amerika bukan untuk kepentingan kita. Sebab itu kita sekarang ini berdagang kadang kadang sampai  *****nation in the world without any TPPA , without any agreement. So saya fikir agreement ini memang bercadang untuk kepentingan diri dia bukan untuk kita secara keseluruhan nya. Saya harap kerajaan tidak menandatangani.  Kita akan cuba untuk bersaing. Kita nak kena bersaing.. dengan AFTA ni pun satu masalah lepas tu kita kena bersaing dengan Amerika, Amerika bukan kecik. Dia besar. Dia tiap-tiap tahun keluar 11 juta kereta, kita (Proton) keluar 150,000 kereta saja. Jadi kita handicap lah. But nevertheless kalau nak bersaing kita kena cari jalan lah macam mana nak hidup".. ...Tun Dr Mahathir




Proton kaji semula strategi jualan Suprima S

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian hadiah pemenang reka cipta Proton 2014

Tarikh : 6/12/2014



Prospek Proton Cerah Berikutan Permintaan Tinggi Kereta Mampu Milik


1
 2 Ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dato' Abdul Harith Abdullah
 3
 4  Pemenang hadiah utama, Pow Ying Hern (25) menerima T-shirt pemenang di samping tunai RM3,000 dan sebuah Mac Book Pro. Beliau adalah pemegang Ijazah Product Design dari Nanyang Technological University, Singapore dan memperolehi Sarjana dalam Car Design Course dari Domus Academy  Milan, Italy.
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 30 March 2014

TPPA tidak menguntungkan Malaysia - Tun Dr Mahathir

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Pencadang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sudah tentu tidak mencadangkan sesuatu yang akan merugikan mereka. Negara-negara kecil yang bergantung kepada perdagangan dengan pencadang akan mudah terkesan dan tertekan dengan pelbagai syarat perdagangan yang tidak memihak kepada mereka, tetapi terpaksa akur kerana tidak mempunyai kekuatan sendiri. 

Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa TPPA tidak membawa banyak faedah kepada Malaysia kerana syarat-syarat yang dikenakan akan menyebabkan Malaysia lemah dan tidak dapat melindungi industri nya sendiri. Contoh yang terang ialah sekatan dan kuota yang kita kenakan keatas beberapa jenis industri demi memastikan perkembangan dan kematangan industri yang dibangunkan sendiri di Malaysia. Dibawah TPPA semua jenis sekatan dan perlindungan yang kita kena kan harus di tarik balik untuk membuka jalan kepada pelabur asing masuk dan mengambil semua peluang yang ada di Malaysia dengan kekuatan kewangan dan jaringan antarabangsa yang mereka punyai.  

Ikuti pandangan Tun mengenai TTPA... (sila gunakan headphone untuk lebih jelas)





Wednesday, 18 September 2013

Isu TPPA - Hasutan Hishamuddin Rais

Lokasi : Tapak Pasar Malam, Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur


Tarikh : 17/9/2013  @ 10.00 pm


Hishamuddin Rais. pakar hasut massa hadir untuk membuat 'hasutan'


Jelajah Bantah TPPA gagal tarik minat ramai

Lokasi : Tapak Pasar Malam, Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Pelancaran Jelajah Bantah TPPA

Tarikh : 17/9/2013  @ 10.00 pm


Antara yang beri ceramah ialah Dr Hatta Ramli, Safuan Anang, Adam Adli, Dr Tan Kee Kwong, Syed Ibrahim, Chegu Bard, Hishamuddin Rais dan Tian Chua. Tempat luas dan terbuka menyerlahkan lagi kegagalan majlis..

Jelajah Bantah TPPA adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah) yang turut dibarisi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)..

Jumaat 11/10/2013  ini akan diadakan demonstrasi depan KLCC selepas solat Jumaat. Saya kurang yakin demonstrasi itu akan dapat menarik peserta yang ramai. Mungkin wakil media yang membuat liputan dan Polis Cawangan Khas yang lebih ramai dari peserta.

TPPA sejak mula dirundingkan merupakan urusan kerajaan semata mata tanpa penglibatan rakyat awam..Tetapi sejak akhir akhir ini gerakan bantahan telah dilakukan oleh beberapa NGO yang mula mendapat perhatian kementerian yang berwajib. Malah Tun Dr Mahathir sendiri telah meluahkan rasa skeptikal beliau akan keberkesanan TPPA dan menafaat yang akan dibawa kepada ekonomi Malaysia.


Pelancaran ini sebagai permulaan kepada siri Jelajah Bantah TPPA ke seluruh negara sebagai mobilisasi rakyat bagi membantah TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober depan.


1
 2  Gerai anti-Lynas untuk mengumpul tandatangan
 3
 4  Safuan Anang
 5  Badrul Hisham Shahrin a.k.a Chegu Bard 
 6
 7
 8  Adam Adli
 9
 10  Hishamuddin Rais
 11  Gimik pelancaran
 12
 13
 14  Tian Chua
 15