Showing posts with label hari wilayah. Show all posts
Showing posts with label hari wilayah. Show all posts

Sunday, 15 January 2017

Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera

Acara : Kempen Kibar Bendera Bersempena Sambutan Hari WP 2017


Lokasi : Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, KL


Tarikh 15/1/2017



Video 1 - Kenyataan media mengenai kempen Kibar Bendera WP bersempena Sambutan Hari WP 2017

Secara ringkas nya ...

1. 5,000 wargakota hari ini menyertai kempen Kibar Bendera Bersempena Sambutan hari WP 2017 serentak di ketiga tiga Wilayah Persekutuan

2. Kempen yg telah berjalan sebanyak 11 kali ini telah disempurnakan perasmian nya oleh Menteri WP yang telah turut melancarkan kempen KL Car Free Morning.

3. KWP menyeru tuan tuan punya premis kommersial untuk mengibarkan bendera WP di premis masing masing bermulahari ini sehinggalah 28/2/2017 kelak.

4. Tema tahun ini dikekalkan seperti tema tahun lepas iaitu "Wilayah ceria Rakyat Sejahtera".

5. Sebanyak 34 program akan dilaksanakan sepanjang bulan Sambutan Hari WP 2017 yang dibahagikan kepada enam kluster iaitu Kluster Pengiktirafan, Kluster Sukan dan Rekreasi, Kluster Ilmiah dan Kerohanian, Kluster Mesra Rakyat, Kluster Program TUPA YAB PM / YABTPM / YB Menteri WP.


********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 10 February 2014

Kenduri 1 WP sebagai platform perpaduan

Lokasi : Taman Miharja Fasa 2, Cheras, Kuala Lumpur

Acara : Kenduri 1 Wilayah Persekutuan

Tarikh : 8/2/2014 @ 11.00 am


'Kick-start' acara Kenduri 1 Wilayah Persekutuan bermula di Taman Miharja Fasa 2, Dalam Parlimen Cheras. Acara yang berkonsepkan gotong royong masyarakat adalah bertujuan merapatkan silatulrahim diantara anggota masyarakat dan juga pemimpin setempat. 

Setiap 11 kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya telah diperuntukan RM70,000 untuk menjayakan Kenduri 1 WP ini. Kesmuanya akan dilakukan sebelum berakhir bulan Februari 2014. 

Peruntukan keseluruhan bagi menyambut Hari Wilayah tahun ini tidak melebihi RM1.4 juta sahaja. Separuh dari peruntukan tersebut adalah untuk menjayakan program Kenduri 1 WP yang berimpak tinggi dari segi interaksi bersama rakyat.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday, 14 January 2014

Keluar dari tradisi, suatu langkah berani

Lokasi : Bilek Mesyuarat, Blok 2, Menara Sri Wilayah, P2, Putrajaya


Tarikh : 13/1/2014  @ 11.00 am



Salah satu elemen kos paling tinggi dalam acara sambutan sesuatu hari perayaan ialah majlis "Pelancaran" dan "Penutup" perayaan tersebut. Konsisten dengan langkah berjimat cermat yang disyorkan oleh Kerajaan, Menteri Wilayah Persekutuan telah membuat keputuasan berani dan diluar amalan biasa dengan membatalkan kedua dua majis tersebut.

Setakat ini yang saya ketahui, Ku Nan telah mendahului Kementerian-Kementerian lain dalam langkah penjimatan yang drastik ini dimana penjimatan yang ketara dapat diperolehi iaitu dari RM5-6 juta seperti mana biasa nya kepada RM1.3 juta sahaja. Saya percaya Rakyat Malaysia akan menyanjung tinggi usaha yang dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.

Antara langkah penjimatan lain yang menyumbang kepada penjimatan ketara ini ialah pembatalan Pertandingan Golf DiRaja. Pembatalan ini telah mendapat restu Tuanku YDP Agung yang sentiasa sensitif dengan masalah rakyat dan isu pembaziran dalam kerajaan.