Showing posts with label himpunan rakyat bersatu. Show all posts
Showing posts with label himpunan rakyat bersatu. Show all posts

Friday, 2 October 2015

UMNO tidak pernah sokong demonstrasi jalanan baju merah - Ku Nan

Lokasi : Dewan Megapuri, DBKL 1, KL

Acara : Perasmian Keluarga Angkat YKB bersama NGO

Tarikh : 1/10/2015


Ini kenyataan dan pandangan rasmi Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agng UMNO dan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.  Beliau hanya memberi sokongan dan kelulusan kepada Baju Merah untuk berhimpun di Padang Merbok dibawah slogan Himpunan Rakyat Bersatu.





Sunday, 20 September 2015

PM Najib Razak gembira, tahniah PESAKA !!

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015

Tarikh : 18/9/2015


                                                                                  
SILA RUJUK DAN TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK KETEPATAN KANDUNGAN UCAPAN
                                                                                
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina. Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam.

Berucap ketika merasmikan Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 Najib pada masa sama meyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.

Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.
Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.

"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"

"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.

Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara

*****************************************

PS - Dalam jarak masa selang sehari PESAKA telah berjaya menggembirakan PM Najib Razak dalam dua majlis perhimpunan besar melibatkan orang Melayu. Selain upah penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu, PESAKA juga mendapat pengiktirafan dan lain-lain bentuk ganjaran yang tidak diumumkan. Tahniah saya ucapkan kepada PESAKA. Terbukti melawan arus tidak mendatangkan untung apa-apa. 

Kepada mereka-mereka yang masih melawan arus gunakanlah kesempatan dan masa berbaki yang masih ada sebelum PRU14, untuk mencari rezeki sambil menggembirakan dan menyakinkan PM Najib Razak bahawa beliau masih mendapat sokongan padu rakyat Malaysia. Ubah lah pendekatan kamu semua, jangan persia siakan baki masa yang masih ada. PM Najib Razak perlu di beri keyakinan bahawa keadaan persekitaran masih selamat .

Letak lah apa pun syarat dan harga sekalipun untuk khidmat anda asalkan jangan beri syarat untuk PM Najib Razak melepaskan jawatan, InsyaAllah saya yakin usul anda akan diberi pertimbangan.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 18 September 2015

Bagaimanakah kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu diukur ??

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 16/9/2015


Tahniah kepada Ali Rustam dan PESAKA kerana berjaya menganjur perhimpunan Melayu seragam (berbaju merah) terbesar yang pernah saya hadiri dalam tempoh 17 tahun sejak kebangkitan REFORMASI... Selama ini Anwar Ibrahim saja yang mampu menarik lautan manusia pelbagai kaum.

Tahniah juga kepada Annuar Musa kerana berani memberitahu dan menggembirakan PM Najib Razak bahawa 250,000 orang menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu ini (walaupun Padang Merbok sejak zaman REFORMASI hanya boleh memuatkan 50,000 orang sahaja)

Tahniah juga kepada kepada Jamal Md Yunos kerana berjaya menjadi nadi penggerak kepada perhimpunan ini walaupun berlainan slogan.

 Tahniah juga kepada kumpulan Melayu berbaju merah yang berjaya menunjuk taring harimau Melayu di kawasan kommersial Jalan Petaling. Pasti nya peniaga-peniaga Cina rasis dan chauvanist berfahaman DAP kecut telor melihat kehebatan dan keberanian pendekar Melayu bertempur dengan pihak FRU selama hampir 2 jam. 

Tahniah juga kepada PDRM kerana berjaya menghalang para demonstran berbaju merah dari memasuki kawasan Plaza Low Yatt dan seterusnya menghalang mereka dari menerjah masuk kedalam Petaling Street.

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! Melayu sudah bangkit.... Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! 

Tetapi......

BOTTOMLINE....matlamat Himpunan Rakyat Bersatu gagal dari segi jumlah peserta.. Walau sejuta orang UMNO atau penyokong UMNO berbaju merah yang berarak ala-ala demonstran BERSIH 4.0 sekalipun, kurang 50,000 orang sahaja yang berjaya hadir di Padang Merbok. Komposisi yang hadir pun hampir 100% Melayu, Mamak, Jawa dan seangkatan nya yang beragama Islam.. Mana perginya rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India bukan Islam ? Bersatu kah rakyat Malaysia jika mereka tidak terlibat sama ?.. Tiada kah usaha untuk menarik mereka ? Atau mereka telah ditakut takutkan dengan pelbagai kenyataan yang berbaur ugutan dan ancaman

BOTTOMLINE .... Perkiraan kejayaan penganjuran hanya diambil kira di Padang Merbok. Sekiranya peserta tersasar ketempat lain untuk bershopping , makan atau bertempur dengan FRU, itu amat dikesali dan terpaksa diterima oleh penganjur bahawa mereka tidak termasuk dalam jumlah yang hadir di HIMPUNAN RAKYAT BERSATU.. Permit himpunan hanya untuk lokasi di Padang Merbok, bukan di Jalan Conlay, bukan di PWTC, bukan di Masjid Negara bukan di Masjid Wilayah dan bukan nya di Petaling Street.

Saya ulangi kenyataan saya yang terdahulu, mengapa tidak diusahakan hantar jumlah yang diperlukan untuk memenuhi Padang Merbok terus dengan bas dan selebihnya boleh lah berarak sekeling Kuala Lumpur kalau teringin sangat nak tiru apa yang BERSIH 4.0 sudah lakukan. 

BOTTOMLINE .... Adakah penganjuran HIMPUNAN RAKYAT BERSATU ini meletakkan Melayu dan kerajaan yang disokong on a higher moral ground ?. Mereka kata BERSIH 4.0 salah, haram dan sebagai nya... Tetapi dengan perarakan provokasi melintasi kawasan perniagaan Bukit Bintang dan Petaling Street menunjukkan mereka tidak lebih daripada meniru apa yang BERSIH 4.0 buat.. Rupa-rupanya mereka ini mencemburi dan teringin sangat nak berarak seperti BERSIH 4.0. Apa kata sekiranya BERSIH 4.0 didaftarkan dan memohon untuk menganjur perhimpunan yang sama dan berarak ala-ala baju merah ? Dimana pihak berkuasa nak letak muka ?  

Saya bukan bantah usaha menyatu dan membangkitkan semangat Melayu, tetapi usaha tersebut jangan lah seperti 'Mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih' . Lain kali buat saja di Stadium Bukit Jalil. Bayang kan kalau seratus ribu peserta baju merah memenuhi stadium tersebut.

Penganjur sepatut nya bantu Melayu dan kerajaan membuktikan mereka lebih BAIK dan bukannya lebih HEBAT dari BERSIH 4.0.. Peluang sudah terlepas, banyak wang sudah dibelanjakan... hanya PM Najib Razak sahaja yang berjaya digembirakan. Tetapi kalau itu lah matlamat nya saya tutup entry in dengan ucapan TAHNIAH sekali lagi. 

Ini kenyataan rasmi IPKL, bukan kenyataan saya
IPKL teah menghantar pembetulan selepas kenyataan diatas. Polis KL menganggarkan seramai 50,000 orang peserta menyertai perhimpunan secara keseluruhan nya. Jumlah awal yang diberi adalah untuk jumlah yang hadir di Padang Merbok sahaja

1
 2
Bung Mokhtar dan rakan rakan
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 16 September 2015

Mengapa tidak diselaraskan slogan himpunan di Padang Merbok ?

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015


Secara ringkas maklumat yang telah dikumpul sejak kumpulan baju merah umumkan untuk berhimpun di Low Yat / Bukit Bintang ada lah seperti berikut :-

1. 10/9/2015 gabungan 250 NGO umumkan akan mengadakan himpunan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU di Padang Merbok dan akan dari Bukit Bintang. PESAKA akan menjadi penganjur dan memohon permit dari pihak berkuasa. Himpunan ini untuk orang Melayu sahaja.

2. 12/9/2015 PESAKA umumkan bahawa permohonan permit telah dihantar pada 8/9/2015 dan masih menunggu kelulusan. Kalau tidak lulus PESAKA akan menarik diri. Tajuk perhimpunan dalam permohonan ialah HIMPUNAN RAKYAT BERSATU dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan keturunan asalkan cintakan keamanan.

3. 14/9/2015 Tengku Adnan umumkan bahawa permit sudah diluluskan untuk himpunan dilakukan di Padang Merbok tetapi bukan untuk perarakan.

4. PESAKA umumkan mereka telah peroleh kelulusan yang diperlukan seperti mana yang disebut oleh Tengku Adnan.

5. Hari ini 15/9/2015 Jamal Md Yunos umumkan beliau akan mengumpulkan 80,000 di checkpoint Pusat Kraf, Jalan Conlay dan akan mengekalkan slogan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU. Mereka akan berarak ke Padang Merbok pada jam 2 ptg selepas solat zohor.

Pihak media telah mendapat desas desus bahawa 'pihak atasan' tidak setuju penganjuran dilakukan oleh Jamal Md Yunos dan telah memberi syarat bahawa permohonan permit dibuat oleh sebuah  NGO yang berdaftar. PESAKA hanya dijemput menjadi penganjur rasmi setelah gimik 'silat hantu' didepan SOGO tempoh hari.

Dua tiga hari ini kedengaran pulak cerita ada pihak yang hendak meng-hijack penganjuran ini, semua semata mata kerana duit dan nak 'jadi hero'..

PS - Mengapa tidak dihantar kesemua 300,000 peserta terus dengan bas ke Padang Merbok ? Mengapa disuruh peserta yang sudah berusia yang berkemungkinan besar mempunyai masalah kesihatan seperti ghout, darah tinggi lemah jantung dan sebagai nya berarak ? Tidak kah ini membahayakan ? Berkemungkinan besar ada yang tercicir dan tidak sampai langsung ke Padang Merbok dan matlamat 300,000 tidak tercapai. Sama sama lah kita tunggu laporan dari lapangan.