Showing posts with label isa. Show all posts
Showing posts with label isa. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

POTA dari kacamata Tan Sri Musa Hassan

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015



Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara berpendapat bahawa POTA amat-amat diperlukan oleh PDRM dalam berhadapan dengan ancaman pengganas yang terhasil dalam gerakan IS (Islamic States). Namun beliau masih berharapan bahawa ISA atau undang-undang sampingan yang terkandung didalam ISA dapat dikembalikan bagi melengkapkan PDRM dengan persenjataan undang-undang. POCA (Prevention of Crime Act), EO (Emergency Ordinance) dan AMLA (Anti Money Laundering Act) adalah tools yang diperlukan PDRM dalam menjalankan operasi pencegahan jenayah, subversif dan keganasan dengan effektif.

Perbezaan utama diantara POTA dan ISA ialah dibawah POTA kuasa menahan dan menangkap mereka yang disyaki hanya boleh dikeluarkan oleh satu majlis khas yang akan dibentuk apabila POTA dikuatkuasakan nanti. Ianya tidak lagi terletak sepenuhnya kepada budibicara seorang Menteri KDN yang bakal mengundang tuduhan salahguna kuasa.


Ikuti penerangan penuh oleh Tan Sri Musa Hassan perihal POTA dan undang-undang yang diperlukan PDRM dalam menjalankan tanggungjawab mereka


1
 2
   3
 4
5

Friday, 10 April 2015

Perbezaan antara ISA dan POTA

Lokasi : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Acara : Temubual khas bersama peguam Khairul Azam Abdul Aziz

Tarikh : 8/4/2015


ISA lebih menyeluruh dan 'all-encompassing' dalam membolehkan Polis menjalankan tugas-tugas pencegahan berbanding dengan POTA.. Ikuti penerangan oleh Buzze Azam pengamal undang-undang mengenai perbezaan ketara diantar kedua dua akta ini.

Buzze Azam juga mengumumkan beliau akan menggerakkan semula aktivis pro-ISA bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula Akta ISA demi melengkapkan PDRM dengan Akta yang lengkap untuk membolehkan mereka menjalankan tugasan pencegahan dengan lebih berkesan.




Tuesday, 13 January 2015

KL mungkin alami serangan seperti di Paris

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas oleh Presiden Perkasa

Tarikh : 10/1/2015


Tidak mustahil peristiwa serangan seumpama yang berlaku keatas Charlie Hebdo, Paris akan berlaku di Kuala Lumpur dengan tiadanya undang-undang pencegahan seperti ISA dan Akta Hasutan.  Polis memerlukan instrumen yang effektif untuk menangani masalah keselamatan.






Monday, 24 November 2014

Kongres Perpaduan Nasional dapat sambutan NGO

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kongres Perpaduan Nasional

Tarikh : 23/11/2014


Perasmian hari ini dilakukan oleh Tun Abdul Hamid bagi pihak Tun Dr Mahathir yang tidak dapat hadir disebabkan keuzuran. Teks ucapan beliau pula dibacakan oleh Dato' Seri Aziz Shamsuddin. Satu suara yang bergema dalama setiap ucapan sebelah pagi yang saya ikuti... kekalkan akta hasutan dan kembalikan ISA... itu lah kunci keamanan yang menjadi teras kepada segala usaha membawa perpaduan antara kaum.


1
 2
 3
 4
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 16 January 2014

Bertindak lah, jangan jadi BARUA pembangkang..

Lokasi : Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Acara : Penyerahan Memorandum mendesak di kembalikan perlaksanaan ISA

Tarikh : 15/1/2014 @ 11.00 am


PANASSSSS...

Apa lagi yang boleh menghalang luahan rasa oleh rakyat Malaysia, sekurang kurang nya luahan ini datang nya dari  wakil NGO yang mahukan kerajaan melakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. 



Kerajaan didesak kembalikan perlaksanaan ISA

Lokasi : Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Acara : Penyerahan Memorandum mendesak di kembalikan perlaksanaan ISA

Tarikh : 15/1/2014 @ 11.00 am


8 NGO sudah semakin kecewa dan bosan dengan KDN yang dilihat tidak efisyen dan takut dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pembangkang yang kebanyakan nya terbukti hanya tohmahan dan fitnah dengan niat mencetuskan huru hara dalam negara. Hari ini mereka hadir di JPM untuk menyerahkan Memorandum kepada Perdana Menteri untuk mendesak dikembalikan penggunaan ISA bagi menjamin ketenteraman dalam negara.


1
 2
 3
 4
 5

 6


Wednesday, 18 April 2012

Bersih 3 - Hishamuddin Rais beri khidmat hasutan


Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur


Date : 17/4/2012 @ 9.00 pm


Veteran jalanan dan pakar dalam kerja kerja hasutan...bekas pemimpin pelajar semasa zaman Anwar Ibrahim dalam ABIM. Wholesale failure in academics... pernah lari keluar negara dan hidup on 'hand outs' setelah diberi pengampunan dan kembali ketanahair. Beliau pernah ditahan ISA padan tahun 2001...