Showing posts with label kongres perpaduan nasional. Show all posts
Showing posts with label kongres perpaduan nasional. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Kongres Perpaduan Nasional dapat sambutan NGO

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kongres Perpaduan Nasional

Tarikh : 23/11/2014


Perasmian hari ini dilakukan oleh Tun Abdul Hamid bagi pihak Tun Dr Mahathir yang tidak dapat hadir disebabkan keuzuran. Teks ucapan beliau pula dibacakan oleh Dato' Seri Aziz Shamsuddin. Satu suara yang bergema dalama setiap ucapan sebelah pagi yang saya ikuti... kekalkan akta hasutan dan kembalikan ISA... itu lah kunci keamanan yang menjadi teras kepada segala usaha membawa perpaduan antara kaum.


1
 2
 3
 4
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 13 November 2014

Tun Dr Mahathir akan rasmikan kongres perpaduan nasional

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Jawatankuasa Induk Kongres Perpaduan Nasional

Tarikh : 10/11/2014


Kongres Perpaduan Nasional buat julung-julung kali nya akan diadakan pada 23/11/2013 bertempat di Pusat Islam, Kuala Lumpur (bersebelahan Masjid Negara). Acara yang akan berlangsung sepanjang hari ini akan dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammed, manakala Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad akan membentangkan kertas khas mengenai perpaduan nasional dari perspektif perundangan

Draf Memorandum Perpaduan Nasional akan dibahaskan di Kongres tersebut untuk mendapat kata putus dari wakil-wakil NGO yang mengambil bahagian. Memorandum yang diluluskan kelak diharap akan dapat diserahkan kepada Perdana Menteri selepas ucapan perasmian Perhimpunan Agong UMNO 2014 kelak.

Ikuti penerangan Ibrahim Ali mengenai latarbelakang gerakan mengadakan Kongres Perpaduan Nasional dalam rakaman sidang media berikut.




1  Dari kiri ~
Othman Baba, Yang Dipertua Badan Kebajikan Orang Asli Islam Malaysia
Datuk Suhaimi Yacob, Bendahari Konvensyen dan juga Presiden Majlis Usahawan Malaysia
Dato' Azih bin Muda, Pengerusi Konvensyen dan juga Presiden CUEPACs
Ibrahim Ali, Presiden PERKASA
Dato' Mohamad Sabri Mohd Arsad, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
Jaafar Mansor, Setiausaha CUEPACs

 2
 3
 4
 5