Showing posts with label ishak surin. Show all posts
Showing posts with label ishak surin. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

Jawatankuasa Tadbir akan urus AGM Pemilihan PAS Batu

Lokasi : Pusat medi, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Tarikh : 30/3/2015



Cerita mengenai 'pemberontakan' PAS Kawasan Batu telah dilaporkan dibawah tajuk 17 AJK PAS Batu bermufarakah dengan kepimpinan Hadi Awang. 

Pentadbiran PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tadbir yang akan dikelolakan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS untuk membantu PAS Kawasan Batu mengadakan Mesyuarat Tahunan memandangkan tahun ini adalah tahun pemilihan PAS. Mustafa Ali juga mengumumkan bahawa salah seorang daripada 17 AJK PAS Pusat yang dikatakan bermufarakah tempoh hari sebenarnya tidak berbuat demikian, menjadikan 9 jumlah AJK asal yang masih setia dengan PAS Batu.  


1
2

Tuesday, 17 March 2015

17 AJK PAS Batu bermufarakah dengan kepimpinan Hadi Awang

 Lokasi : Madrasah Tarbiyah Kg Banda Dalam, Jalan Gombak, KL

Acara : Sidang media PAS Batu mengumumkan 17 AJK kawasan Batu meletak jawatan

Tarikh : 16/3/2015


17 daripada 25 AJK PAS Kawasan Batu hari mengumumkan bermufarakah dengan kepimpinan PAS dibawah Presiden Hadi Awang kerana kecewa dengan sikap beliau yang tidak berbaik dengan Pakatan Rakyat. YDP PAS Batu , Cikgu Ishak Surin menyenaraikan sepuluh perkara yang menjadi teras kepada keputusan mereka untuk bermufakarah dengan sekaligus melepaskan jawatan mereka (tidak keluar parti). 

Antaranya termasuk lah budaya pemimpin PAS yang suka melabel ahli yang tak sebulu dengan pelbagai gelaran seperti, babi, jebon, iblis tua, munafik haraki, kafir liberal, komunis dll. Malah Presiden turut melabel ahli sebagai broker dan barua.


PAS Batu juga sangat kecewa dengan sikap Presiden PAS yang hanya membisu dan tidak melakukan apa-apa untuk menjernihkan keadaan berhubung kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan juga dalam perbalahan yang berlaku secara terang terangan dalam parti dewasa ini

PAS Batu berharap tindakan mereka akan menjadi katalis kepada ahi-ahli kawasan lain untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada Presiden parti menjelang pemilihan parti June ini. Sekira nya Presiden masih berdegil enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, mereka tiada pilihan lain  selain mengaharapkan Presiden yang sedia ada diganti dengan yang baru yang dapat membina kekuatan baru bersama Pakatan Rakyat. Mereka merasakan kekuatan yang terbentuk menjelang PRU13 dahulu harus dipulihkan kembali.

Walau bagaimana pun PAS Batu masih berpegang kepada perjuangan menegakkan Hudud dan tidak akan berkompromi tetapi akan cuba menyakinkan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. 




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Monday, 12 January 2015

Isu Harakah - Agen Anwar wajar dipecat untuk selamatkan jemaah

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media khas Presiden Perkasa

Tarikh : 10/1/2015


Video ini mengandungi pandangan mantan Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri mengenai kemelut isu pemecatan Chief Editor Harakah bersama 2 wartawan kanan yang lain seperti yang tersiar dalam Isu HARAKAH - Mustafa Ali 'disumpah' PAS Batu 

Ustaz Hassan merasakan bahawa pemecatan 3 individu tersebut adalah tepat dan wajar kerana mereka bertiga telah menyalah gunakan lidah rasmi PAS untuk mengenepikan kepimpinan ulamak dan lebih mementingkan kelompok atau individu  yang pro-Anwar. Pemecatan perlu untuk menyelamatkan jemaah.