Showing posts with label letak jawatan. Show all posts
Showing posts with label letak jawatan. Show all posts

Sunday, 25 October 2015

Kumpulan berani desak NAJIB UNDUR muncul di Teluk Kemang

Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan

Acara : Sidang media oleh 14 Ketua CawanganUMNO dalam Bahagian Teluk Kemang
mendesak Presiden UMNO, Najib Razak berundur segera sebagai Perdana Menteri

Tarikh : 24/10/2015


Senarai cawangan-cawangan yang terlibat dalam desakan Najib berundur

1.  Kg Linggi
2.  Taman Selaseh
3.  Taman PD Utama
4.  Taman Dato' Abdul Samad
5.  SUA Betung
6.  Kg Teluk
7.  Sg Sekawah
8.  Bukit Tembuk
9.  Taman Intan Duyung
10. Taman TKK
11. Kg Pacitan
12. Taman Bunga Raya
13. Taman Sirusa
14. Taman Molly

Mereka ini mendakwa hilang kepercayaan dan keyakinan  keatas kepimpinan Najib Razak dan membuat desakan ini bagi menyelamatkan UMNO dalam Pilihanraya ke-14 akan datang. Ikuti rakaman perjalanan sidang media sepenuhnya bagi memahami semangat BERANI yang telah jiwai sebagai ahli UMNO.

++++++++++++++++++++++++++++

PS : Dari segi pentadbiran parti sememang dan semudahnya kita melebelkan 14 ketua cawangan ini sebagai pengacau, pengkhianat dan sebagainya... akan tetapi Najib Razak sebagai Presiden UMNO seharusnya menerima mereka ini sebagai ahli UMNO yang berani bersesuaian dengan semangat berani yang disemai oleh kepimpinan tertinggi UMNO kepada ahli mereka sejak awal penubuhan lagi. Selagi perjuangan mereka adalah untuk 'survival' parti, suara mereka harus lah didengar dan diberi perhatian sewajarnya.



1
 2
 3
 4
 5


Saturday, 28 March 2015

Gerakan rakyat hilang fokus, Anwar sudah tidak relevan ?

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara : Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 27/3/2015


Perkhemahan bermula dari hari Sabtu lepas dengan tujuan mendesak perletakan jawatan oleh TS Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara. Malam kelmarin telah berlaku kekecohan disini apabila beberapa orang Penguatkuasa DBKL diserang dan dipukul oleh peserta haram perkhemahan ketika mereka cuba menarik turun kain rentang yang dipasang.

Sebentar tadi pula sekitar jam 945 pm, aktivis Hishamuddin Rais telah di 'culik' oleh sepasukan orang yang tidak dikenali yang menaiki kereta Honda betul-betul dipersimpagan Jalan TAR / Jalan Tun Perak dihadapan tontonan semua yang berada dilokasi. Hishamuddin yang dalam perjalanan ke lokasi telah ditarik atau 'di-bundled-in' kedalam kereta yang memecut kearah Pudu. Mereka dipercayai anggota Polis Cawangan Khas menurut beberapa rakan wartawan yang bertugas dilokasi. 

Isu Anwar nampak nya semakin tenggelam dengan pelbagai isu lain yang dibawa peserta yang berfahaman lain dari penyokong Keadilan... Di lokasi ada yang bawa isu GST dan isu Ketua Polis Negara .. Banner #march2freedom langsung tidak kelihatan.. Program berlilin di Sg Buloh pun sudah seminggu dihentikan setelah tiada sambutan ...  Kecuali Nurul Izzah yang turun membaca sajak pada malam pertama, tiada laporan diterima yang menunjukkan anak-anak Anwar membuat kunjungan lanjut ke tapak lokasi. Gerakan rakyat nampak nya sudah fragmented dan tidak fokus pada satu isu utama.

1
 2
 3
 4
 5 
 6
 7  Kaunter mengumpul tandatangan untuk pembebasan Anwar ditutup awal. Tunggu lama pun tak berguna lagi dah setelah berita permohonan pengampunan dilaporkan telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
 8
 9
 10
 11
 12

Monday, 23 March 2015

Khalid Abu Bakar penghalang utama demonstran didesak letak jawatan

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara :Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 22/3/2015



Sabtu kelmarin 21/3/2015 selepas Flash Mob di SOGO sekumpulan aktivis telah bergerak kearah Dataran Merdeka dengan tujuan untuk berkhemah ala-ala Takluk Dataran Merdeka yang dilakukan hampir tiga tahun yang lalu.

Tetapi niat mereka terhalang kerana Dataran Merdeka ditutup bagi kerja kerja baik pulih dan sebagai alternatif mereka telah mula membuat tapak perhemahan di persimpangan Jalan TAR / Jalan Tun Perak di kawasan air terjun bersetentangan dengan Dataran DBKL.

Tujuan utama perkhemahan adalah untuk mendesak perletakan jawatan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang dilihat sebagai individu penghalang terbesar dalam segala kegiatan jalanan mereka. Khalid yang dipanggil Kepala Twitter begitu aktif memantau segala komunikasi Twitter penggerak demo jalanan dan melakukan tangkapan susulan..

Perkhemahan ini dijangka berjalan sehingga Sabtu depan dimana satu lagi demo besar besaran dijadual akan dilakukan sekali lagi di SOGO.

In the meantime berhibur lah dengan nyanyian kumpulan  anak muda ini.
  
 1
 2
 3
 4
 5
 6
  7
 8
 9
 10

Tuesday, 17 March 2015

17 AJK PAS Batu bermufarakah dengan kepimpinan Hadi Awang

 Lokasi : Madrasah Tarbiyah Kg Banda Dalam, Jalan Gombak, KL

Acara : Sidang media PAS Batu mengumumkan 17 AJK kawasan Batu meletak jawatan

Tarikh : 16/3/2015


17 daripada 25 AJK PAS Kawasan Batu hari mengumumkan bermufarakah dengan kepimpinan PAS dibawah Presiden Hadi Awang kerana kecewa dengan sikap beliau yang tidak berbaik dengan Pakatan Rakyat. YDP PAS Batu , Cikgu Ishak Surin menyenaraikan sepuluh perkara yang menjadi teras kepada keputusan mereka untuk bermufakarah dengan sekaligus melepaskan jawatan mereka (tidak keluar parti). 

Antaranya termasuk lah budaya pemimpin PAS yang suka melabel ahli yang tak sebulu dengan pelbagai gelaran seperti, babi, jebon, iblis tua, munafik haraki, kafir liberal, komunis dll. Malah Presiden turut melabel ahli sebagai broker dan barua.


PAS Batu juga sangat kecewa dengan sikap Presiden PAS yang hanya membisu dan tidak melakukan apa-apa untuk menjernihkan keadaan berhubung kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan juga dalam perbalahan yang berlaku secara terang terangan dalam parti dewasa ini

PAS Batu berharap tindakan mereka akan menjadi katalis kepada ahi-ahli kawasan lain untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada Presiden parti menjelang pemilihan parti June ini. Sekira nya Presiden masih berdegil enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, mereka tiada pilihan lain  selain mengaharapkan Presiden yang sedia ada diganti dengan yang baru yang dapat membina kekuatan baru bersama Pakatan Rakyat. Mereka merasakan kekuatan yang terbentuk menjelang PRU13 dahulu harus dipulihkan kembali.

Walau bagaimana pun PAS Batu masih berpegang kepada perjuangan menegakkan Hudud dan tidak akan berkompromi tetapi akan cuba menyakinkan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. 




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7