Australian Imigration Department (AID) hanya menyatakan kebenaran tidak diberikan untuk sebarang temuramah televisyen diadakan dalam tempat tahanan, tidak pula dinyatakan samada Sirul perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran untuk berbual melalui talipon. Kalau nak lebih jelas AID kena beri pengesahan samada mereka yang ditahan dalam pusat tahanan imigresen (bukan penjara) dibenarkan membawa dan menggunakan talipon bimbit masing-masing. Tak perlu lah kita terlalu ghairah membaghalkan sesiapa selagi SOP pusat tahanan pun kita tak fahami..
jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label joke babi. Show all posts
Showing posts with label joke babi. Show all posts
Tuesday, 24 February 2015
Monday, 23 February 2015
Mahfuz buktikan Sirul boleh dihubungi
Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL
Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS dan tele-conferencing bersama Sirul Azhar Umar
Tarikh : 22/2/2015
Sirul masih enggan beri kenyataan
(SinarHarian)
KUALA LUMPUR - Penantian media selama dua jam bagi mendengar pendedahan bekas ahli Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar hampa apabila beliau enggan memberi sebarang kenyatan mengenai kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Dalam satu telesidang yang diaturkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar hari ini, Sirul berkata beliau akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai.
"Saya amat berterima kasih dengan kerajaan Australia yang telah beri perlindungan sepenuhnya kepada saya. Termasuk menyediakan tempat yang saya kira selamat dan juga selesa.
"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia dan saya tidak berhasrat buat kenyataan pada masa ini. Walau bagaimanapun, saya akan cuba membuat satu kenyataan lain pada masa yang sesuai," katanya dalam sidang media kedua di Ibu Pejabat Pas, hari ini.
Selepas itu, Sirul mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada wartawan.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas 'bawa' Sirul secara langsung dari Australia ]
Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan dibuat sebanyak 15 kali selama kira-kira 40 minit.
Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian berjaya mendapat panggilan telefon daripada Sirul.
1
2
3
4
5
6
7
8 Orang lama dari RTM 'mengusik' Mahfuz dengan soalan-soalan provokatif
9
10
11
12
13
14
2
3
4
5
6
7
8 Orang lama dari RTM 'mengusik' Mahfuz dengan soalan-soalan provokatif
9
10
11
12
13
14
Subscribe to:
Posts (Atom)

