Australian Imigration Department (AID) hanya menyatakan kebenaran tidak diberikan untuk sebarang temuramah televisyen diadakan dalam tempat tahanan, tidak pula dinyatakan samada Sirul perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran untuk berbual melalui talipon. Kalau nak lebih jelas AID kena beri pengesahan samada mereka yang ditahan dalam pusat tahanan imigresen (bukan penjara) dibenarkan membawa dan menggunakan talipon bimbit masing-masing. Tak perlu lah kita terlalu ghairah membaghalkan sesiapa selagi SOP pusat tahanan pun kita tak fahami..
jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label sirul azhar umar. Show all posts
Showing posts with label sirul azhar umar. Show all posts
Tuesday, 24 February 2015
Monday, 23 February 2015
Mahfuz buktikan Sirul boleh dihubungi
Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL
Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS dan tele-conferencing bersama Sirul Azhar Umar
Tarikh : 22/2/2015
Sirul masih enggan beri kenyataan
(SinarHarian)
KUALA LUMPUR - Penantian media selama dua jam bagi mendengar pendedahan bekas ahli Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar hampa apabila beliau enggan memberi sebarang kenyatan mengenai kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Dalam satu telesidang yang diaturkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar hari ini, Sirul berkata beliau akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai.
"Saya amat berterima kasih dengan kerajaan Australia yang telah beri perlindungan sepenuhnya kepada saya. Termasuk menyediakan tempat yang saya kira selamat dan juga selesa.
"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia dan saya tidak berhasrat buat kenyataan pada masa ini. Walau bagaimanapun, saya akan cuba membuat satu kenyataan lain pada masa yang sesuai," katanya dalam sidang media kedua di Ibu Pejabat Pas, hari ini.
Selepas itu, Sirul mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada wartawan.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas 'bawa' Sirul secara langsung dari Australia ]
Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan dibuat sebanyak 15 kali selama kira-kira 40 minit.
Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian berjaya mendapat panggilan telefon daripada Sirul.
1
2
3
4
5
6
7
8 Orang lama dari RTM 'mengusik' Mahfuz dengan soalan-soalan provokatif
9
10
11
12
13
14
2
3
4
5
6
7
8 Orang lama dari RTM 'mengusik' Mahfuz dengan soalan-soalan provokatif
9
10
11
12
13
14
Saturday, 21 February 2015
Najib terbuka peluang diserang dalam isu Koperal Sirul
Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS, KL
Tarikh : 20/2/2015
Kenyataan Media
20 Februari 2015
Pendedahan Sirul, PM Usahlah Gelisah, Hanya yang Makan Cili Sahaja yang Terasa Pedasnya.
1. Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengatakan pendedahan terbaru Sirul berkenaan kes Altantuya itu adalah “mengarut”. Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa.?
2. Sewajarnya, apabila Sirul berani membuat pendedahan terbaru dalam kes misteri ini maka Perdana Menteri wajar menyatakan kepentingan untuk menyiasat dan membicarakan kembali kes ini. Kita tidak boleh menafikan kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa di Malaysia.
3. Pihak berkuasa wajar menyiasat kembali kes ini berpandukan kenyataan Abdul Razak Baginda yang mengatakan kes Altantuya ini hanyalah kes biasa yang sengaja disensasikan sedangkan pada masa sama di dalam wawancara The Malaysian Insider itu, dia sendiri mengaku mengenali dan pernah diugut oleh Altantuya atas sebab peribadi. Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada berkata hanya suspek utama yang tahu motif kes ini tetapi sudah pun dilepaskan. Terbaru Tan Sri Musa juga membuat gesaan agar kes ini disiasat semula mengambilkira apa yang didedahkan oleh Sirul.
4. Sirul juga mendakwa “orang penting yang mempunyai motif masih bebas” dan dia hanyalah menjadi mangsa kambing hitam. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat wajar menyiasat dahulu kesahihan apa yang dikatakan Sirul ini sebelum terus menafikan sebegitu sahaja demi mempertahakan imej ketelusan dan keberanian PDRM untuk bertindak tanpa memilih bulu. Pihak PDRM boleh sahaja menghantar pegawai penyiasat ke Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalankan siasatan semula terhadap kes ini.
5. Justeru, saya menegaskan kembali agar PM dapat membuat gesaan agar kes ini disiasat dan dibicarakan kembali demi menegakkan keadilan dan mengelakkan penindasan kepada pihak yang di bawah. Usahlah PM resah gelisah kerana bak kata pepatah “orang yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
***********************************************************
Mahfuz turut mengesahkan bahawa beliau kini menunggu visa siap untuk ke Australia dan akan kesana bersama ibu dan adik Sirul, peguam serta pegawai beliau. Beliau juga akan membuat permohonan untuk melawat Sirul di Pusat Tahanan Imegresen Queensland. Mahfuz juga mengesahkan bahawa Sirul telah menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan pihak media dari Malaysia dan satu tarikh yang sesuai akan diatur untuk wakil media pergi dan berjumpa sendiri dengan Sirul di Queensland.
Updated @ 9.55 am 21/2/2015 : Sirul Azhar Umar telah dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney, Australia dan ditempatkan di bahagian berkawalan maksimum
Mahfuz turut mengesahkan bahawa beliau kini menunggu visa siap untuk ke Australia dan akan kesana bersama ibu dan adik Sirul, peguam serta pegawai beliau. Beliau juga akan membuat permohonan untuk melawat Sirul di Pusat Tahanan Imegresen Queensland. Mahfuz juga mengesahkan bahawa Sirul telah menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan pihak media dari Malaysia dan satu tarikh yang sesuai akan diatur untuk wakil media pergi dan berjumpa sendiri dengan Sirul di Queensland.
Updated @ 9.55 am 21/2/2015 : Sirul Azhar Umar telah dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney, Australia dan ditempatkan di bahagian berkawalan maksimum
Sila rujuk respon pembaca di Facebook Minaq Jinggo yang menjurus kepada kesilapan Najib Razak dalam memberi 'respon' kepada soalan yang diajukan oleh wartawan dari Malaysiakini. Mungkin ada benar nya apa yang dikatakan oleh wartawan senior Sa'odah Elias mengenai cara Najib 'rubbishing' atau menolak soalan yang cuba diajukan kepada beliau. Akan tetapi dengan menyebut 'nonsense' atau mengarut telah memberi implikasi bahawa beliau lebih mengetahui perkara yang sebenar dari apa yang telah diberitahu kepada umum selama ini. Jadi ini lah peluang bagi pihak lawan untuk menyerang beliau bagi mencungkil misteri pembunuhan Atlantuya. Jadi hantu Atlantuya sentiasa hidup dan menunggu peluang untuk 'menggigit' bila bila masa sahaja.
1
2
Subscribe to:
Posts (Atom)

