Showing posts with label kongres dap. Show all posts
Showing posts with label kongres dap. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Kongres DAP - Guan Eng kawal pekong dari dibuka

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Saksikan petikan dakwaan mengenai politik wang semasa perbahasan, temubual selepas perbahasan, penggulungan oleh Guan Eng dan penafian oleh pembahas (ADUN Sekinchan) yang ditemubual selepas sesi penggulungan...nampak ketara teguran atau pelurusan telah dilakukan oleh Lim Guan Eng... mereka pun flip-flop juga dalam DAP...




Kongres DAP - Melayu DAP tuntut kerusi PKR

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Dulu sebelum adanya PKR, DAP meletakkan 13 calun Melayu untuk bertanding di Pulau Pinang. Bila PKR ditubuhkan kesemua kuota kerusi tersebut diserahkan kepada PKR. Sejak PRU 12 Melayu DAP langsung tidak mendapat peluang bertanding dalam sebarang pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum atas tiket DAP. Sekarang mereka ingin menuntut kembali kuota kerusi yang pernah mereka tandingi dahulu, untuk mendapat peluang merasa pegang kuasa dan kedudukan...




Kongres DAP - DAP bukan untuk politik Melayu

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Kesian mendengar penjelasan dari calun Melayu yang kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP ini. Beliau mengaku berpegang kepada Malaysian Malaysia tapi masih mengharapkan sokongan suku Melayu dalam DAP untuk menang undi. Kalau beginilah sikap lagi baik tinggalkan DAP dan masuk parti lain yang ramai Melayu boleh sokong cita cita anda. DAP tak akan buang masa dan sumber untuk menarik ahli Melayu. Cukup sekadar apa yang ada hanya untuk menjadi bahan bukti bahawa DAP itu terdiri dari pelbagai kaum... Itulah hakikat pahit yang perlu disedar oleh Melayu seperti Sdr Zulkifli..


Kongres DAP - Tengku Aziz khianati Melayu DAP

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Tunku Abdul Aziz dituduh sebagai pengkhianat kerana keluar dari DAP semasa memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat DAP. Disebabkan tindakan keluar DAP, calun Melayu dalam DAP dikatakan dipandang dengan penuh curiga oleh perwakilan.


Tuesday, 18 December 2012

Kongres DAP - DAP tak cukup ahli Melayu yg setia

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Walaupun baru satu setengah tahun menjadi ahli DAP, Ariffin SM Nor telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat DAP meskipun kalah dalam proses pemilihan.. Ini mungkin menggambarkan ketandusan calun Melayu yang boleh 'dipakai' dalam DAP...



Kongres DAP - Melayu yakin Malaysian Malaysia ujud

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Walaupun kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, masih ada calun Melayu yang menaruh harapan tinggi dan yakin akan ujud nya Malaysian Malaysia dalam DAP..


Kongres DAP - DAP terlepas peluang tonjol Melayu

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Jeff Ooi ralat dengan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP yang tidak berjaya menonjolkan walau seorang pun wakil Melayu.




Kongres DAP - PAS bertaichi harapan Anwar pudar?

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Nampak gayanya peluang untuk Anwar menjadi Perdana Menteri secara automatik sekiranya PR mengambil alih Putrajaya pada PRU 13 akan datang semakin pudar. PAS sudah mula menunjukkan perubahan sikap, yang berkemungkinan besar atas desakan dalaman dari akar umbi. Lihat sajalah bagaima Mustafa Ali ber-taichi dengan kata-kata..



Monday, 17 December 2012

Kongres DAP - PAS akui lemah dan menagih kerusi

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012

Setiausaha Agung PAS akui PAS hanya mampu menang satu kerusi saja di Pulau Pinang walaupun bertanding beberapa kerusi. Untuk PRU 13 PAS mengharap belas ikhsan dari rakan komponen.



Kongres DAP - The Star belajar putar dari Utusan ?

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Begitu lah lantang nya dakwaan Setiausaha Agung PAS mengenai kemampuan The Star memutar cerita setelah diberi latihan oleh Utusan Malaysia... syabas Utusan kerana diberi pengiktirafan oleh SUA PAS, Mustafa Ali.


Kongres DAP - 'Ubah Roket Style'

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Seperti yang pernah saya katakan kepada kawan kawan bloggers yang lain semasa di PRK Sibu dahulu, lagu tema akan memainkan peranan penting dalam kempen pilihanraya DAP dan pakatan pembangkang. Mesej amat senang disampaikan secara berulang kali dan santai. Semasa hari terakhir kempen PRK di Sibu lagu 'BERUBAH' ciptaan Anthony Loke dipercayai telah menjadi faktor utama menghayun saki baki undi atas pagar kepada DAP. Hadirin dengan jelas tersentuh dengan lagu tersebut sehingga menitisklan air mata secara terang terangan. Begitu lah effektif nya lagu tersebut. Namun para bloggers penyokong BN memandang enteng faktor tersebut dan sentiasa menekankan faktor pembangunan yang dibawa kerajaan sebagai faktor penentu semasa di Sibu. Kita tunggu dan lihat pula bagaimana effektif nya strategi DAP kali ini.

Adakah UMNO / BN akan memainkan lagu 'Warisan' (BTN) sebagai penaik semangat penyokong Melayu atas pagar?. Apa pun saya yakin kita akan menyaksikan kepentingan peranan lagu dalam
kempen kempen pilihanraya umum akan datang.



Sekitar Kongres DAP ke 16 (Hari Pertama)

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku samada didalam mahupun diliuar dewan persidangan. Semua urusan termasuk proses pembuangan undi berjalan lancar.


Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2012

1 LIM KIT SIANG  1607
2 LIM GUAN ENG 1576
3 KARPAL SINGH 1411
4 CHONG CHIENG JEN 1211
5 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202
6 WU HIM VEN (VINCENT) 1202
7 TAN KOK WAI 1199
8 GOBIND SINGH DEO 1197
9 PUA KIAM WEE (TONY) 1162
10 TENG CHANG KHIM 1152
11 FONG KUI LUN 1137
12 NGA KOR MING 1075
13 CHONG ENG 1006
14 CHOW KON YEOW 986
15 LIEW CHIN TONG 984
16 M. KULA 984
17 BOO CHENG HAU 958
18 KOK SUH SIM (TERESA) 925
19 TEO NIE CHING 903
20 NGEH KOO HAM 824


1/55
2. Betty mendukung bayi kepada Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang
3.
4.

5. Teo Nie Ching mencuba kelengkapan yang disediakan di bilik asuhan / jagaan kanak kanak bagi ibubapa yang terpakasa membawa anak anak mereka yang masih kecil ke persidangan 
6. Tetamu kehormat mewakili parti komponen pakatan pembangkang.  PKR diwakili Timbalan Ketua Menteri Satu, Mansor Othman semantara PAS pula diwakili oleh Naib Presiden Mahfuz Omar dan juga Setiausaha Agung nya, Mustafa Ali
7. Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin turut hadir
8.
9. Chief of Staff di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Jeff Oii
10. Yang bercermin mata hitam ialah Sdr Faqar (PAS),  Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang