Showing posts with label zulkifli mohd nor. Show all posts
Showing posts with label zulkifli mohd nor. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Kongres DAP - Melayu DAP tuntut kerusi PKR

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Dulu sebelum adanya PKR, DAP meletakkan 13 calun Melayu untuk bertanding di Pulau Pinang. Bila PKR ditubuhkan kesemua kuota kerusi tersebut diserahkan kepada PKR. Sejak PRU 12 Melayu DAP langsung tidak mendapat peluang bertanding dalam sebarang pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum atas tiket DAP. Sekarang mereka ingin menuntut kembali kuota kerusi yang pernah mereka tandingi dahulu, untuk mendapat peluang merasa pegang kuasa dan kedudukan...




Kongres DAP - DAP bukan untuk politik Melayu

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Kesian mendengar penjelasan dari calun Melayu yang kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP ini. Beliau mengaku berpegang kepada Malaysian Malaysia tapi masih mengharapkan sokongan suku Melayu dalam DAP untuk menang undi. Kalau beginilah sikap lagi baik tinggalkan DAP dan masuk parti lain yang ramai Melayu boleh sokong cita cita anda. DAP tak akan buang masa dan sumber untuk menarik ahli Melayu. Cukup sekadar apa yang ada hanya untuk menjadi bahan bukti bahawa DAP itu terdiri dari pelbagai kaum... Itulah hakikat pahit yang perlu disedar oleh Melayu seperti Sdr Zulkifli..


Kongres DAP - Tengku Aziz khianati Melayu DAP

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Tunku Abdul Aziz dituduh sebagai pengkhianat kerana keluar dari DAP semasa memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat DAP. Disebabkan tindakan keluar DAP, calun Melayu dalam DAP dikatakan dipandang dengan penuh curiga oleh perwakilan.