Showing posts with label konsert. Show all posts
Showing posts with label konsert. Show all posts

Tuesday, 3 April 2018

Konsert Doa Buat kekasih - 30th Anniversary Tour 2018, Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim

Acara : Sidang media Konsert Doa Buat Kekasih

Lokasi : Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, KL

Tarikh : 3/4/2018 @ 3.00 pm



Video 1 - Kenyataan oleh Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim



*****************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9



Sunday, 22 March 2015

Sci-fi Puteri Gunung Ledang menghiburkan

Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

Acara : Puteri Gunung Ledang in Concert

Tarikh : 20/3/2015



Jom saksikan persembahan Puteri Gunung Ledang versi In-Concert, yang mengumpulkan semua pelakon utama PGL bersempena dengan ulangtahun ke -10 mereka. PGL sudah ada versi Muzikal dan Movie sebelum ini. Kali ini format jauh berlainan walaupun ada diselit segmen-segmen signature PGL yang asal.

Yang ketara kali ini ialah pengunaan sistem laser dan penataan melalui LCD panels yang baru diimport dari luar negara dan digunakan buat pertama kali di Istana Budaya. Ada 'glitches' pada hari pembukaan, but my advise to those yang nak pergi malam ini dan malam malam seterusnya, jangan keluar dari panggung apabila diumumkan ada gangguan kerana gangguan-gangguan tersebut amat pendek, tak sempat habis sebatang rokok scene baru mungkin anda akan terlepas nanti...

Saksikan tentera Majapahit yang berpakaian lengkap dengan Moulded Suits berspike... dan rapping oleh Adlin dengan Ac Mizal. 

Not to be missed. Jom jom jom...



1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
9
 10

Sunday, 14 October 2012

Penyokong PAS tak tertarik dengan Konsert BERSIH ?

Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor

Event : Konsert Bersih 2.0

Date : 13/10/2012 @ 10.00 pm


Mana pergi nya penyokong PAS? Mereka lah yang selalunya menjadi penggenap angka dan yang meramaikan sesuatu majlis anjuran komponen pembangkang. Kehadiran orang ramai amat amat mengecewakan walaupun pelbagai promosi telah dilakukan di media media alternatif sejak 3 minggu yang lalu. Hujan sejak tengah hari mungkin boleh dijadikan alasan yang mudah oleh pihak penganjur. Tapi kalau meriam air boleh ditentang apa ada hal dengan hujan renyai renyai ?.. Mungkin kah penganjur gagal memahami minat dan kehendak penyokong PAS... ? 

Saya fokus kepada penyokong PAS kerana mereka inilah yang berkemampuan menyediakan 'critical mass'  yang diperlukan oleh pihak penganjur. Gagal memahami mereka maka berkemungkinan besar majlis atau acara mereka akan gagal dari segi jumlah kehadiran. Dalam permainan politik, angka memainkan peranan yang penting untuk menghantar mesej kepada lawan dan kawan. 

Semasa saya singgah di Stadium pada jam 6.20 pm, saya anggarkan cuma 200-300 orang sahaja yang berada dipersekitaran pentas konsert. Bila saya kembali semula pada jam 10.00 pm, jumlah nya hanya meningkat ke 1,000 orang saja paling ramai. Bagaimanapun persembahan artis yang sempat saya saksikan, Republic of Brickfields dan ITO and The Gang amat menghibur dan tidak mengecewakan.

Penganjur tidak boleh pandang enteng terhadap kehendak dan minat kumpulan yang menyediakan 'critical mass'  ini sekiranya ingin berjaya dalam penganjuran pada masa masa hadapan. Ambiga pernah gagal dalam penganjuran acara seperti ini di tempat yang sama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Beliau perlu ambil pengajaran...

1/33
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Wednesday, 18 April 2012

Setelah 48 tahun DJ Dave layak ke Istana Budaya

Venue : Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media mengumumkan penaja bagi Konsert "Journey Through Song - Ingin bersua DJ Dave"

Date : 17/4/2012 @ 3.00pm


SIARAN MEDIA

SHAHDAVE ENTERTAINMENT dengan bangganya mempersembahkan Konsert "Journey Through Song, Ingin Bersua DJ Dave" di Istana Budaya.

Kerinduan peminat DJ Dave pasti terubat dengan menyaksikan persembahan belian selama 2 jam pada 1 hingga 3 Jun ini dengan lagu hit beliau sebanyak 35 buah lagu popular seperti Ingin Bersua, Maafkanlah, Biar, Nora, Different Kind of Lady dan lagu terbaru duet dengan Marsha "I Always Love You" di bawah arahan Pengarah muzik Eddie Marzuki.

Gabungan di antara penaja-penaja CELCOM, KL SOGO, Concorde Kuala Lumpur, Air Asia, Hard Rock Cafe dan Faizal Mustafa Photography merupakan gabungan yang padu untuk menjayakan Konsert "Journey Through Song, Ingin Bersua DJ Dave".

Pelancaran album single DJ Dave "Nyawaku" yang dicipta oleh Dato' M.Nasir turut dipersembahkan dalam bentuk muzik video yang diarahkan oleh Syafiq Datuk Yusof Haslam yang dipersembahkan julung kalinya di Hard Rock Cafe ini. Dalam single terbaru ini juga lagu "I Always Love You" duet dengan Marsha akan didendangkan secara langsung di sidang media ini.

Para peminat boleh mendapatkan single terbaru "Nyawaku" dalam pakej istimewa yang berbentuk LP yang mengadungi lagu kompilasi dan Inggeris yang akan dijual secara eksklusif dan hanya terhad di Istana Budaya semasa konsert ini berlangsung.

Tiket-tiket berharga RM53, RM83, RM123, RM183, RM303 dan RM453 boleh diperoleh di www.ticket2u.biz atau hubungi 03 4147 8600, 018 326 8001, 016 202 1445





1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.