Showing posts with label ambiga. Show all posts
Showing posts with label ambiga. Show all posts

Friday, 18 November 2016

BERSIH 5 - Penganjur dibiayai sepenuh nya oleh penyokong tempatan - tiada lagi dana Soros

Acara : Sidang media BERSIH 5.0

Lokasi : Avenue 8, Petaling Jaya, Selangor

Tarikh : 17/11/2016



Video 1 - Maria mengesahkan bahawa pihak BERSIH hanya menerima sumbangan kurang dari RM100,000 dari pihak yang berkait dengan Soros antara tahun 2010-2011. Tahun lepas sahaja BERSIH berjaya mengumpul dana sebanyak RM2.6 juta dari penyokong tempatan untuk membiayai program program mereka.



*********************************************************************************

1
 2
3 
 4
 5
 6
 7


Tuesday, 15 November 2016

LKS tawar duduk semeja dengan Najib untuk selamatkan Malaysia dari KLEPTROKASI

Acara : Ceramah Perdana BERSIH 5.0

Lokasi : Perkarangan Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang, Selangor

Tarikh : 14/11/2016



Video 1 - LKS sanggup duduk semeja dan bekerjasama dengan Najib Razak dalam usaha menyelamatkan Malaysia dari KLEPTROKASI sebagaimana kerjasama yang sudah beliau jalinkan dengan Dr Mahathir.



Video 2 - Malaysiakini buktikan Jamal 'Jamban' menipu dalam insiden hidung berdarah



Video 3 - Benarkah tiada anggota kabinet yang menyanggah kenyataan LKS dalam Parlimen pemerintahan KLEPTOKRASI  3P iaitu PENCURI, PEROMPAK & PENYAMUN ?? 



Video 4 - Peserta BERSIH 5.0 kaum Cina dijangka jadi sasaran provokasi kumpulan baju merah



Video 5 - Jamal 'Jamban' memalukan diri sendiri apabila mengadu dipukul oleh seorang perempuan (MP Ampang, Zuraida Kamaruddin)




*********************************************************************************


1 
 2
 3
 4
 5
  6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18


Sunday, 17 April 2016

Respon walkabout #deklarasirakyat terlalu hangat, borang kehabisan

Acara : Walkabout  Dr Mahathir 

Lokasi : Tapak Pasar Malam, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL

Tarikh : 16/4/2016



Video 1 : Dr Mahathir sendiri membawa penerangan kenapa Najib Razak harus didesak untuk melepaskan jawatan ke pengunjung Pasar Malam Jalan TAR. Ramai pengunjung yang mengambil peluang menyerahkan sendiri borang #deklarasirakyat yang telah ditandatangani kepada Dr Mahathir.



Video 2 : Azmin Ali, Menteri Besar Selangor mengiringi Dr Mahathir dari mula sehingga habis majlis... kepada Najib ini peringatan yang disampaikan ... ENOUGH IS ENOUGH !!!



Video 3 : Menteri Luar Saudi seolah olah sengaja membuat kenyataan yang berdolak dalik..terdahulu beliau menyatakan RM2.6b untuk pelaburan tetapi kini beliau tukar tujuan nya kepada sumbangan peribadi kepada Najib Razak... kenyataan beliau hanya mengundang musibah yang lebih besar kepada Najib



Video 4 : Penganjur rasa sungguh terharu dengan respon dan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap #deklarasirakyat.






1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 17 October 2014

Sekitar Walk for Peace and Freedom

Lokasi : Jalan masuk menuju Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Walk for Peace and Freedom oleh Majlis Peguam - bantahan Akta Hasutan

Tarikh : 16/10/2014



Anggaran sekitar 500-700 aktivis berarak dari Padang Merbok ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan Akta Hasutan kepada wakil kerajaan. Terdahulu kumpulan tersebut (yang mungkin lebih ramai) telah berhimpun di Padang Merbok pada jam 10.30 pagi dan beberapa individu telah menyampaikan ucapan disana sebelum kumpulan tersebut bergerak sejam kemudian.




1  Bersama rakan photo-blogger dari zaman Pak Lah / Blog House dan kini Ahli Parlimen Jelutong (DAP), Jeff Ooi. Persahabatan tetap utuh...
 2  Raja Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu
 3  Mohamed hanipa Maidin, Peguam PAS
 4
 5  Mantan YB Balik Pulau, Yusmadi Yusuf (bersut) saja singgah nak tengok kawan-kawan lama..
6
 7
 8
 9
 10  Kumpulan 10 wakil Majlis Peguam yang dibenarkan masuk ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum

Thursday, 2 May 2013

PRU 13 - Pelbagai cara menaikkan kemarahan kaum

Lokasi : Taman Kelang Utama, Selangor dalam Parlimen Kapar

Acara : Ceramah Umum anjuran DAP

Tarikh : 1/5/2013 @ 5.00 pm


Ambiga menjadi fokus untuk menaikkan amarah kaum India...

1
 2
 3



Sunday, 14 October 2012

BERSIH mahu SPR dipantau pemantau asing

Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor

Event : Konsert BERSIH 2.

Date : 13/10/2012 @ 10.00 pm





Boleh ke SPR tunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 ?

Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor

Event : Konsert BERSIH 2.0

Date : 13/10/2012 @ 10.00 pm



8 Tuntutan Bersih 2.0


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


Penyokong PAS tak tertarik dengan Konsert BERSIH ?

Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor

Event : Konsert Bersih 2.0

Date : 13/10/2012 @ 10.00 pm


Mana pergi nya penyokong PAS? Mereka lah yang selalunya menjadi penggenap angka dan yang meramaikan sesuatu majlis anjuran komponen pembangkang. Kehadiran orang ramai amat amat mengecewakan walaupun pelbagai promosi telah dilakukan di media media alternatif sejak 3 minggu yang lalu. Hujan sejak tengah hari mungkin boleh dijadikan alasan yang mudah oleh pihak penganjur. Tapi kalau meriam air boleh ditentang apa ada hal dengan hujan renyai renyai ?.. Mungkin kah penganjur gagal memahami minat dan kehendak penyokong PAS... ? 

Saya fokus kepada penyokong PAS kerana mereka inilah yang berkemampuan menyediakan 'critical mass'  yang diperlukan oleh pihak penganjur. Gagal memahami mereka maka berkemungkinan besar majlis atau acara mereka akan gagal dari segi jumlah kehadiran. Dalam permainan politik, angka memainkan peranan yang penting untuk menghantar mesej kepada lawan dan kawan. 

Semasa saya singgah di Stadium pada jam 6.20 pm, saya anggarkan cuma 200-300 orang sahaja yang berada dipersekitaran pentas konsert. Bila saya kembali semula pada jam 10.00 pm, jumlah nya hanya meningkat ke 1,000 orang saja paling ramai. Bagaimanapun persembahan artis yang sempat saya saksikan, Republic of Brickfields dan ITO and The Gang amat menghibur dan tidak mengecewakan.

Penganjur tidak boleh pandang enteng terhadap kehendak dan minat kumpulan yang menyediakan 'critical mass'  ini sekiranya ingin berjaya dalam penganjuran pada masa masa hadapan. Ambiga pernah gagal dalam penganjuran acara seperti ini di tempat yang sama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Beliau perlu ambil pengajaran...

1/33
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.