Monday, 3 September 2012

Misi Somalia dalam kenangan - Kepulangan

Setahun genap sudah kepulangan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia yang berkesudahaan dengan tragedi berdarah dimana salah seorang wakil media telah menemui ajal ditembak Tentera  Pengaman Kesatuan Afrika. 

Pautan berita :



Sehingga kini tiada laporan penuh dikeluarkan oleh Wisma Putra atau pihak penganjur setelah laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan sementara Somalia. Banyak cerita yang bercanggah mengenai kejadian tembakan tersebut. Ada yang kata peluru masuk dari atas bahu dan keluar menembusi rusuk kiri dan ada pula yang mengatakan peluru melantun dari bawah dan menembusi rusuk kiri sebelum keluar melalui bahu kanan.

Teman teman media yang sama sama pergi sehingga kini masih ramai yang kabur dengan apa yang sebenarnya berlaku. Harap harap penjelasan dapat dibuat secepat mungkin setelah setahun berlalu. Saya secara peribadi mendoakan misi misi kemanusiaan yang seterusnya ditempat tempat berkonflik tingga akan berjalan lancar tanpa sebarang tragedi melibatkan nyawa mereka yang pergi secara sukarela demi kemanusiaan.

1/18
 2.
 3.
 4.
 5.
 6. Teman seperjuangan meratapi pemergian Noramfaizul...
 7.
 8.
 9.
 10.





11.
 12.
 13.
 14.
 15. Di lapangan terbang Maldives.
 16.
 17.
 18. Bacaan  Surah Yassin yang tak putus putus oleh wakil dari Somalia yang mengiringi kami. 


1 comment:

  1. Keluarga arwah Noramfaizul telah mendapat pembelaan dari kerajaan Malaysia. Tapi kami rakyat Malaysia mahukan cerita sebenar apa yang telah berlaku disana supaya menjadi iktibar kepada misi misi yang bakal menyusul kelak. Sdr Jinggo tolong desak supaya tak nampak macam ada cover up oleh penganjur. Terima kasih. - Hj Suhaimi

    ReplyDelete