Showing posts with label teluk kemang. Show all posts
Showing posts with label teluk kemang. Show all posts

Wednesday, 19 April 2017

Perbezaan darjat dan kasta menyebabkan Cikgu Kamarul keluar PPBM

Acara : Sidang media pengumuman keluar parti PPBM oleh Cikgu Kamarul Azman

Lokasi : Ballroom 2, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Tarikh : 19/4/2017



Video 1 - Kenyataan media oleh Cikgu Kamarul Azman.

Pelbagai kepincangan dalam pengurusan parti terbarai. Presiden hilang kawalan . Amalan kronisma yang diwarisi dari parti lama menjadi semakin parah. Pimpinan parti hanya menumpukan kepada usaha mengambil alih kedudukan sebagai Perdana Menteri Pada PRU14 akan datang sedangkan pada realiti nya PPBM tidak mempunyai kerusi majoriti dalam Pakatan Harapan. Cikgu Kamarul Azman sanggup melepaskan jawatan dalam PPBM dengan pelbgai alasan yang diberikan yang bertumpu kepada isu kronisma. Jadi alasan gila jawatan tidak lah sesuai dituduh keatas beliau. Mungkin juga alasan tidak termampu memikul tanggungjawab dalam jawatan menjadi alasan yang boleh diambil kira.



******************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6


Saturday, 12 December 2015

#PAU2015 gagal mencari penawar untuk UMNO yang kini tenat - #GKCM

Lokasi : Ruang legar PWTC, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media #GKCM mengenai rumusan #PAU2015
Tarikh : 12/12/2015
UMNO kini dalam keadaan tenat dan #PAU2015 pula gagal mencari penawar untuk memulihkan UMNO. Secara ringkas nya GKCM membuat rumusan berikut :
1. banyak isu yang perlu dibincangkan telah disembunyikan
2. demokrasi telah mati dalam UMNO
3. #PAU2015 menjadi medan membodek Presiden UMNO
4. ucapan Presiden bukan untuk memajukan bangsa & rakyat Malaysia tetapi hanya untuk menyelamatkan Presiden
5. wujud golongan yang menafikan hak UMNO
6. menjadi detik kemusnahan UMNO
Kenyataan media dibacakan oleh Cikgu Kamarul Azman, Ketua Cawangan Taman PKK, Teluk Kemang
 2


8 daripada 9 #umnorebels digantung keahlian

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh 9 Ketua Cawangan UMNO mengumumkan keputusan Lembaga Disiplin.

Tarikh : 11/12/2015



8 daripada 9 Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin pada 2/12/2015 yang lalu telah pun menerima surat penggantungan keahlian daripada Lembaga Disiplin UMNO. Dalam tempoh penggantungan tersebut kesemua mereka tidak boleh memegang sebarang jawatan dan hilang hak mengundi.




1
 2
 3


Thursday, 3 December 2015

Muhyiddin bersolidariti bersama #umnorebels kerana kebenaran

Lokasi : Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Solidariti bersama 9 Ketua Cawangan UMNO yang dipanggil mengadap
Lembaga Disiplin UMNO

Tarikh : 2/12/2015


Ringkasan kepada kenyataan media oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin :

1. TSMY turun memberi sokongan moral kerana merasakan 9 ketua cawangan yang terlibat mempunyai hak sebagai ahli UMNO untuk menyuarakan sesuatu yang bagi mereka amat penting walaupun tidak sedap didengar oleh pihak atasan UMNO

2. TSMY berharap Lembaga Disiplin dapat memberi pertimbangan yang bijaksana menghalusi apakah sebab perkara ini timbul dan tidak menghukum semata mata kerana perbezaan pendapat.

3. TSMY mengaku berpegang kepada perjuangan yang benar dan bersedia menerima apa sahaja keputusan oleh pihak atasan UMNO termasuk pemecatan walaupun beliau tidak meminta dipecat.

4. TSMY merasakan dalam keadaan yang meruncing pemimpin akar umbi sudah tidak tertahan lagi melihat keadaan dan isu yang tidak bertambah baik. Mereka ini lah yang berhadapan secara langsung dengan para pengundi.

5. TSMY masih lagi Timbalan Presiden dan akan menghadiri PAU 2015 tetapi sudah mengetahui bahawa beliau tidak akan dibenarkan membuat sebarang ucapan.

6. TSMY merasakan demokrasi dalam UMNO akan dilihat sebagai hilang sekiranya pemimpin akar umbi dibawah dan beliau yang berada diatas pentas juga tidak dibenarkan bersuara.

7. TSMY berharap PAU 2015 akan digunakan sebagai pentas utama dan agak kritikal dimana ahli parti harus mengambil kesempatan membuat keputusan-keputusan yang sesuai untuk perjuangan parti dan menentukan negara tidak hancur pada masa-masa akan datang.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
  9
 10

Sunday, 25 October 2015

Kumpulan berani desak NAJIB UNDUR muncul di Teluk Kemang

Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan

Acara : Sidang media oleh 14 Ketua CawanganUMNO dalam Bahagian Teluk Kemang
mendesak Presiden UMNO, Najib Razak berundur segera sebagai Perdana Menteri

Tarikh : 24/10/2015


Senarai cawangan-cawangan yang terlibat dalam desakan Najib berundur

1.  Kg Linggi
2.  Taman Selaseh
3.  Taman PD Utama
4.  Taman Dato' Abdul Samad
5.  SUA Betung
6.  Kg Teluk
7.  Sg Sekawah
8.  Bukit Tembuk
9.  Taman Intan Duyung
10. Taman TKK
11. Kg Pacitan
12. Taman Bunga Raya
13. Taman Sirusa
14. Taman Molly

Mereka ini mendakwa hilang kepercayaan dan keyakinan  keatas kepimpinan Najib Razak dan membuat desakan ini bagi menyelamatkan UMNO dalam Pilihanraya ke-14 akan datang. Ikuti rakaman perjalanan sidang media sepenuhnya bagi memahami semangat BERANI yang telah jiwai sebagai ahli UMNO.

++++++++++++++++++++++++++++

PS : Dari segi pentadbiran parti sememang dan semudahnya kita melebelkan 14 ketua cawangan ini sebagai pengacau, pengkhianat dan sebagainya... akan tetapi Najib Razak sebagai Presiden UMNO seharusnya menerima mereka ini sebagai ahli UMNO yang berani bersesuaian dengan semangat berani yang disemai oleh kepimpinan tertinggi UMNO kepada ahli mereka sejak awal penubuhan lagi. Selagi perjuangan mereka adalah untuk 'survival' parti, suara mereka harus lah didengar dan diberi perhatian sewajarnya.



1
 2
 3
 4
 5