Showing posts with label mahasiswa ipta. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa ipta. Show all posts

Friday, 20 April 2012

Takluk Dataran - Penakluk undur bagi laluan diRaja ?


Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Date : 19/4/2012 @ 12.00 pm


Acara utama malam esok di Dataran Merdeka ialah  Persembahan Kesenian Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.  Kemungkinan malam ini final full-dress rehearsal akan diadakan. Presiden Bangkit Malaysia sudah beri perakuan yang kumpulan mereka akan beredar dari lokasi bagi memberi laluan kepada persembahan yang diadakan dan kembali semula ke lokasi selepas itu.

Adakah ini cadangan yang akan di terima oleh pihak berkuasa yang menjaga persekitaran Dataran Merdeka, bilamana ribuan rakyat Malaysia akan hadir. Bayangkan kemungkinan huru hara yang boleh dicetuskan oleh pihak pihak yang ingin mengambil kesempatan...

Ma


Takluk Dataran - Wanita Botak Nafi Lesbian


Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Date : 19/4/2012 @ 12.00 pm

Wanita berkepala botak yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai identiti sebenar beliau telah sudi memperkenalkan diri dan seterusnya menafikan bahawa beliau mungkin menjadi punca serangan oleh kumpulan samseng.

Terdengar beberapa perkhabaran di-angin lalu mengatakan bahawa terdapat golongan LGBT (Lesbian Gay Bisexual dan Transgender) yang berada didalam kelompok mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka. Mereka ini dikatakan dengan terbuka menunjukkan perlakuan sumbang dikhalayak ramai.

Wanita berumur 41 tahun ini bernama Mislina Mustafa mewakili sekumpulan 10-15 aktivis yang menamakan kumpulan mereka 'Occupy Dataran'. Mereka secara sukarela memberi sokongan kepada mahasiswa dalam memperjuangkan hak berada dan bersuara ditempat awam.

Mislina mengaku beliau seorang pelakun dan telah memegang watak penyanyi Zaiton Sameon dalam satu penerbitan filem (belum di tayang atau di siarkan lagi). Dalam filem tersebut beliau terpaksa membotakkan kepala ketika watak Zaiton berada dalam hospital setelah mengalami kemalangan jalanraya yang mengorbankan anak beliau. Sejak dari itu Mislina mendakwa berasa selesa dengan keadaan 'botak' dan terus mengekalkan imej tersebut.




Sunday, 18 December 2011

AUKU - Demo Bantahan Mahasiswa

Acara : Demo bantahan mahasiswa terhadap AUKU

Venue : Masjid Jamek - Pertama Kompleks - Maju Junction

Tarikh : 18/12/2011



Kira kira 100 orang mahasiswa dari pelbagai IPTA telah mengambil bahagian dalam demonstrasi membantah perlaksanaan AUKU. Perancangan asal nya ialah berkumpul di Dataran Merdeka. Tetapi disebabkan Dataran Merdeka telah ditutup sepanjang hujung minggu kerana berlangsung nya acara promosi 'Drifting', maka penganjur demonstrasi mengambil keputusan untuk berkumpul di Masjid Jamek dan berarak melalui Jalan Raja Laut menuju ke Maju Junction dimana Pejabat Suhakam terletak. Perarakan berjalan lancar dibawah pengawasan Polis sehingga lah selesai penyerahan memorandum kepada wakil Suhakam.

Saya dan beberapa wakil media yang lain telah beredar dari Maju Junction setelah selesai penyerahan memorandum setelah diberitahu bahawa acara pada hari itu telah selesai. Rupa rupa nya sebahagian kecil yang terdiri dari penggerak utama demonstrasi ini telah meneruskan perjalanan mereka ke Dataran PWTC bagi menyerahkan memorandum mereka kepada timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah.

Saya juga telah difahamkan bahawa banting yang memaparkan wajah Najib Razak sebagai salah seorang dari 6 Perdana Menter Malaysia  telah diturunkan seketika oleh Adam Adli dari UPSI. Banting tersebut telah dipijak dan kemudian nya dinaikan semula. Saya difahamkan segala perbuatan ini telah dirakamkan oleh wakil media asing yang turut berada dilokasi.  


Video 1 :


 Video 2 : Safuan Anang


Video 3 :


Video 4 : Khalid Ismath, SMM... ada berita dalam blogs mengatakan dia ni Syiah


Video 5 : Wakil GAMIS


Video 6 : Penjaja bantah kekecohan yang dibawa demonstran


Video 7 : Polis berhemah dalam mengendalikan demonstrasi walaupun pelbagai rungutan dan bantahan awam mengenai kesesakan lalulintas yang terjadi akibat dari demonstran menggunakan sebahagian dari jalanraya sebagai pentas berceramah



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
 19.
 20.
 21.
 22.
 23. Wakil Suhakam menerima memorandum dari Safuan Anang