Showing posts with label mak tom. Show all posts
Showing posts with label mak tom. Show all posts

Saturday, 18 February 2017

Azmin Ali berbakti kepada Mak Tom hingga ke liang lahad

Acara : Urusan pengkebumian Mak Tom, bonda MB Azmin Ali 

Lokasi : Kediaman Mak Tom, Jalan Klang Gate

Tarikh : 18/2/2017




Video 1 - Ucapan ringkas dari Azmin Ali kepada semua yang hadir sebelum jenazah Mak Tom diusung ke tanah perkuburan yang terletak berhampiran kediaman Mak Tom. 



*********************************************************************************

#suasana360




*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Monday, 11 March 2013

Azmin bergambar dgn Mak Tom untuk tipu rakyat ???

Lokasi : Bandar Utama, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media

Tarikh : 9/3/2013 @ 4.00 pm


Sengketa keluarga Pak Ali semakin kronik dengan dakwaan bahawa Azmin bersandiwara untuk menipu rakyat dalam usaha memulihkan imej si-Tanggang yang telah melekat pada diri beliau.

Dakwaan terbaru ialah Azmin telah menceroboh masuk ke wad Mak Tom semasa Mak Tom diberi rawatan kerana retak tempurong kepala setelah terjatuh dalam bilik air selepas majlis persandingan Ummi pada 18/1/2013 yang lalu.

Azmin didakwa membawa crew pengambaran untuk merakam 'adengan mesra ibu dan anak' ketika Mak Tom masih dalam keadaan separuh sedar. Menurut Ummi bahan rakaman tersebut akan digunakan Azmin untuk menipu pengundi seolah olah hubungan beliau dengan Mak Tom sudah pulih. Ini penting kerana isu si-Tanggang akan menjadi isu berduri semasa PRU 13 nanti.

Ikuti rakaman dibawah ini untuk memahami isu yang dibawa Ummi Hafilda.



1
 2  Resit rasmi dari Gleneagles Kuala Lumpur
 3  Satu lagi resit rasmi 
 4  Surat jaminan yang ditandatangani oleh Ummi Hafilda


Friday, 11 May 2012

Isu Anak Derhaka - I have done my best

Venue : Pejabat PKR Selangor, Pusat Perdagangan Dana, Lembah Subang, Selangor

Event : Sidang media selepas merasmikan Pejabat baru PKR Selangor

Date : 10/5/2012 @ 4.30 pm


Media juga dipersalahkan...




Monday, 7 May 2012

Kasih Anak - Saya Tidak Pernah Derhaka

PEJABAT TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
ISNIN | 7 MEI 2012




Kasih Anak: Saya Tidak Pernah Derhaka

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.


Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan UMNO janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik UMNO yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh UMNO dan media yang ditunggangi mereka.



Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah UMNO. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.




Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN