Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, 20 April 2015

Tun M - Tukar Najib atau hadapi risiko kalah PRU14

Venue : Dewan Tun Ismail, PWTC, Kuala Lumpur

Event : International Forum, 'Criminalise WAR'

Date : 18/4/2015


Pilihan yang ada , tukar Perdana Menteri yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik yang boleh menyebabkan kekalahan UMNO dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya mengambil langkah (bagi sisa masa yang berbaki) untuk memperbaiki dan menyelamatkan UMNO dari kekalahan. Adakah pandangan ini suatu hasutan ? 






Monday, 3 November 2014

Obama sokong pentadbiran Najib Razak

Lokasi : Perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, KL

Acara : Perasmian Program Sarapan Rakyat 1Malaysia

Tarikh : 2/11/2014


Obama Sokong Pentadbiran Najib - Tengku Adnan


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Tindakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengkritik kerajaan Malaysia menunjukkan beliau menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Obama sebenarnya menghormati keputusan Najib dalam mencorak kepimpinan negara.

Katanya walaupun sikap Obama itu dikritik akhbar berpengaruh The Washington Post semalam, beliau tidak memberi sebarang reaksi kerana tidak mahu mencampuri urusan kepimpinan Najib.

"Malah Obama, dia sokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh Najib. Pembangkang akan kata macam-macamlah, nak memburukkan negara kita di luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sarapan Pagi 1Malaysia yang bertema Bersama Meraikan Kepelbagaian anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan di sini, pada Ahad.

Tengku Adnan berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar The Washington Post semalam yang menggesa Obama berpegang kepada janjinya mempertahankan demokrasi dan mengaitkan Malaysia sebagai negara yang perlu ditegur kerana kononnya melancarkan tindakan luar biasa keras terhadap pemimpin pembangkang, ahli akademik dan wartawan dalam dua bulan lepas.

"Saya berterima kasih kepada Presiden Obama yang telah mengeluarkan satu kenyataan di mana dia bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Najib sebagai seorang pemimpin dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, dengan konsep wasatiyyah beliau dan juga segala apa yang dilakukan untuk kebaikan Malaysia," katanya.

-- BERNAMA







Monday, 9 December 2013

Mantan Naib Presiden kongsi pengalaman reformasi

Lokasi : Ballroom Hotel Continental, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Acara : Bicara Khas " REFORMASI - PENGALAMAN INDONESIA" bersama Tan Sri Try Sutrisno

Tarikh : 6/12/2013


Mantan Naib Presiden Indonesia (1993-1998) Tan Sri Try Sutrisno telah sudi memenuhi jemputan JASA untuk berdialog dan berkongsi pengalaman beliau dalam menangani kebangkitan Reformasi di Indonesia. Beliau turut bercerita mengenai pengalaman beliau sebagai Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) (1988-1993)

1/80 Try Sutrisno, Fuad Hassan + Syed Saifuddin
 2  Try Sutrisno, Fuad Hassan, Dr Rothiah Omar + Syed Saifuddin
 3
 4
 5  Ibrahim Abdul Rahman, Zainal Sarkom + Musa Hassan
 6
 7
 8  Syed Hassan & Don
 9
 10