Showing posts with label martial arts. Show all posts
Showing posts with label martial arts. Show all posts

Sunday, 13 September 2015

PESAKA tidak terlibat dengan agenda sempit Baju Merah

Lokasi : Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa, KL

Acara : Sidang media PESAKA mengenai "Himpunan Rakyat Bersatu"

Tarikh : 12/9/2015


Ringkasan kenyataan Ali Rustam

1. Himpunan Rakyat Bersatu pada 16/9/2015 belum mendapat sebarang persetujuan dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai venue perhimpunan. Permohonan telah dibuat pada 8/9/2015

2. Jemputan juga dihntar kepada UMNO dan PAS untuk menyertai Perhimpunan yang bertujuan untuk perpaduan, keamanan dan mempertahankan prinsip Rukun Negara.

3. Sejak kebelakangan ini ada pihak pihak yang sudah mula menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. PESAKA rasa terhina dengan perbuatan perbuatan penghinaan ini setelah pelbagai laporan Polis dan kenyataan media dibuat. Apakah orang silat hanya bertanding silat dan memerhati sahaja apabila pemimpin-pemimpin negara dihina  dengan memijak gambar mereka. Mengapa perlu tumbangkan kerajaan melalui gerakan jalanan. Gunakanlah peti undi dibawah sistem demokrasi.

4. Program perhimpunan aman ini akan diisi dengan ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin

5. PESAKA akan hanya menjadi penganjur rasmi sekiranya mendapat permit untuk menganjurkan perhimpunan ini. Jika tidak mereka akan menarik diri.

6. PESAKA rasa maruah mereka sudah tercabar apabila pihak BERSIH dengan angkuhnya telah mengadakan perhimpunan haram berulang kali.

7. PESAKA hanya bertanggungjawab keatas perhimpunan dan apa yang berlaku di Padang Merbuk. Mereka tidak terlibat dalam perarakan Baju Merah yang membawa slogan Kebangkitan Maruah Melayu.

8. Tiada T-shirt diedarkan dan peserta bebas memakai apa saja warna yang menjadi pilihan.

9. Perhimpunan ini tidak terhad kepada Melayu sahaja dan semua warga Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan dijemput hadir.


TERBARU

SUA PERKASA baru sahaja memaklumkan bahawa PERKASA telah menerima jemputan dari PESAKA pada awal pagi tadi dan mengesahkan bahawa ahli-ahli PERKASA dibenarkan menghadiri perhimpunan di Padang Merbuk dengan memakai baju PERKASA. Mereka yang ingin menyertai perarakan baju merah dari Bukit Bintang tidak dibenarkan memakai baju PERKASA .. NOT SANCTIONED  



 Video kenyataan penuh Presiden PESAKA pada sidang sidang media 



1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 21 June 2015

Pewaris Lincah akan meneruskan legasi Mahaguru Omardin

Lokasi : Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Taman Sunway, Batucaves, Kuala Lumpur

Acara : Penghormatan terakhir sebelum pengkebumian Almarhum Mahaguru Omardin

Tarikh : 20/6/2015


Mahaguru Seni Silat Lincah, Mahaguru Omardin Pendekar Negara telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.20 pagi ini setelah mengalami komplikasi akibat kanser tulang. Rakaman dibuat sebelum solat jenazah setelah ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya difahamkan DS Najib Razak tiba di Kompleks Lincah dan sempat solat jenazah kali kedua sebelum beliau berlepas ke Pekan.

Ikuti rakaman temubual bersama Mahaguru Muda Silat Lincah, Datuk Megat Zulkarnaian mengenaisaat saat terakhir bersama Almarhum ayahanda beliau.

Video 1

Video 2 - Rais Yatim kehilangan seorang sahabat 

Video 3 - PESAKA akan terbitkan memoir Mahaguru Omardin

1
 2
 3
 4
Sultan Melaka juga turut hadir memberi penghormatan terakhir
 5
 6
Ismail Sabri
 7
Rais Yatim 
8
 9
Ali Rustam
 10

Monday, 19 December 2011

PR - Perasmian Pameran Pedang Rasulallah oleh Anwar Ibrahim

Date : 18/12/2011

Venue : Dewan Naza, Gurun, Kedah


Video 1 : Ucapan aluan oleh Cikgu Majid Mat Isa



Video 2 : Ucaptama oleh Anwar Ibrahim sebagai  Ketua Imam, Khalifah Besar Seni Silat Gayung Pusaka

Video 3 : Parang vs Selempang

Video 4 : Group combat


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
 19.