Showing posts with label protes. Show all posts
Showing posts with label protes. Show all posts

Tuesday, 3 August 2021

Ahli Parlimen blok pembangkang dan bebas protes larangan dan halangan memasuki Parlimen oleh Polis

 Acara : Ahli Parlimen blok pembangkang dan bebas protes setelah dihalang dari memasuki Parlimen oleh Polis

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Tarikh : 2/8/2021


Video 1


Video 2
Anwar beri laluan kepada Dr Mahathir untuk berucap 


Video 3
Ahli Parlimen berkumpul ditepi Jalan setelah semua jalan menuju Parlimen disekat oleh Polis


Video 4
Gobind Singh Deo menggunakan pendekatan berhemah untuk tidak 'menyekolahkan' pegawai Polis



****************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Sunday, 1 August 2021

Protes Keluar dan #LAWAN kejayaan besar dalam #pkp anjuran anak muda. Mesej jelas disampaikan untuk Muhyiddin berundur.

 Acara : Keluar dan #LAWAN anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat

Lokasi : Dataran Merdeka, KL

Tarikh : 31/7/2021


Video 1
Petugas memastikan physical distancing diantara para peserta himpunan. 



Video 2
Perarakan #LAWAN - teratur tanpa sebarang provokasi. Semua peserta bertopeng sepenuhnya dan mengekalkan penjarakan fizikal antara mereka sepanjang himpunan  berjalan. Pihak Polis tidak pula berusaha keras untuk menyuraikan perhimpunan ini selain dari menghalang penggunaan Dataran Merdeka. 


Video 3
Acara kemuncak #LAWAN disudahi dengan ucapan oleh Mohd Asraf Safari, jurucakap penganjur, #SekretariatSolidaritiRakyat
Beliau bersama dua lagi dari SSR bagaimanapun dilaporkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang kerana melanggar SOP PKP yang melarang majlis perhimpunan orang ramai.



*****************************************************************************************************************************

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Monday, 11 January 2016

Ada kartel menekan pesawah padi di Selangor ??

Lokasi : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT)

Acara : Penyerahan Notis Bantahan oleh Pesawah Sabak Bernam

Tarikh : 7/1/2016


Satu rombongan petani Sabak Bernam telah dibawa oleh ADUN Sg Panjang, YB Budiman Zohdi mengadap Menteri Pertanian,  Shabery Cheek untuk menyerah Notis Bantahan mengenai system pemutuan (grading) padi yang diguna oleh BERNAS sertai lain-lain pengilang padi di Selangor.

Ketika ini BERNAS serta semua pengilang padi yang membeli beras dari pesawah menggunakan kadar pemotongan sebanyak 20% secara pukul rata tanpa mengira kualiti padi seolah-olah sudah ada kartel atau persetujuan antara BERNAS dengan pengilang-pengilang lain untuk berbuat demikian walaupun Kementerian Pertanian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan . Selama ini purata peratusan pemotongan ialah 17% bagi padi yang dibeli di kawasan Sabak Bernam.

Secara mudah untuk difahami, peratusan pemotongan yang diguna menggambarkan kadar risiko yng diambil oleh pengilang ketika membeli padi untuk diproses menjadi beras. Sebahagian daripada padi yang dihantar kekilang mungkin akan menjadi beras hancur, basah dan sebagainya.

Ikuti rakaman kenyataan oleh Budiman dan Shabery Cheek dibawah ini.


1
 2
 3
 4



Sunday, 20 December 2015

Terlalu banyak berahsia - Wira PERKASA tolak TPPA

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur


Tarikh : 19/12/2015



Banyak sangat yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. Wira PERKASA sangsi dan ambil keputusan menolak TPPA dan mendesak kajian semula oleh kerajaan Maysia supaya kepentingan rakyat terutamanya orang Melayu terpelihara.




Saturday, 21 November 2015

Tun M jumpa G25 untuk elak Najib eksploit isu desak beliau undur oleh NGO Cina

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)

Tarikh : 14/11/2015


Ikuti cerita sebenar mengapa Tun Dr Mahathir berjumpa dua kali dengan kumpulan G25 yang pada kali kedua nya mendapat komen negatif dan celaan oleh Taufik Tun Ismail.

Menurut Tun M, beberapa NGO Cina berjumpa beliau dengan tujuan hendak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Najib Razak melalui protes jalanan. Tun M berpendapat bahawa sekiranya hanya NGO Cina sahaja yang terlibat, maka mudah lah bagi pihak yang menyokong Najib untuk mengeksploitkan protes tersebut menjadi isu perkauman seperti yang telah kita lihat dalam Himpunan Baju Merah.

Tun M berpendapat lagi baik sekiranya protes tersebut diwakili oleh pelbagai kaum. Dalam usaha mendapat pandangan orang ramai melalui NGO atau perkumpulan yang credible  beliau telah berjumpa G25 sebanyak dua kali. Ikuti penerangan beliau.




Wednesday, 16 September 2015

Dendam terhadap Namewee tetap membara.... ptuiih

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015




Minta -minta jangan lah ada manusia sepet rupa macam Namewee yang lalu depan si Amran semasa perarakan team baju merah esok... even worse kalau Namewee sendiri yang turun buat provokasi ... LOL




Sunday, 13 September 2015

PESAKA tidak terlibat dengan agenda sempit Baju Merah

Lokasi : Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa, KL

Acara : Sidang media PESAKA mengenai "Himpunan Rakyat Bersatu"

Tarikh : 12/9/2015


Ringkasan kenyataan Ali Rustam

1. Himpunan Rakyat Bersatu pada 16/9/2015 belum mendapat sebarang persetujuan dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai venue perhimpunan. Permohonan telah dibuat pada 8/9/2015

2. Jemputan juga dihntar kepada UMNO dan PAS untuk menyertai Perhimpunan yang bertujuan untuk perpaduan, keamanan dan mempertahankan prinsip Rukun Negara.

3. Sejak kebelakangan ini ada pihak pihak yang sudah mula menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. PESAKA rasa terhina dengan perbuatan perbuatan penghinaan ini setelah pelbagai laporan Polis dan kenyataan media dibuat. Apakah orang silat hanya bertanding silat dan memerhati sahaja apabila pemimpin-pemimpin negara dihina  dengan memijak gambar mereka. Mengapa perlu tumbangkan kerajaan melalui gerakan jalanan. Gunakanlah peti undi dibawah sistem demokrasi.

4. Program perhimpunan aman ini akan diisi dengan ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin

5. PESAKA akan hanya menjadi penganjur rasmi sekiranya mendapat permit untuk menganjurkan perhimpunan ini. Jika tidak mereka akan menarik diri.

6. PESAKA rasa maruah mereka sudah tercabar apabila pihak BERSIH dengan angkuhnya telah mengadakan perhimpunan haram berulang kali.

7. PESAKA hanya bertanggungjawab keatas perhimpunan dan apa yang berlaku di Padang Merbuk. Mereka tidak terlibat dalam perarakan Baju Merah yang membawa slogan Kebangkitan Maruah Melayu.

8. Tiada T-shirt diedarkan dan peserta bebas memakai apa saja warna yang menjadi pilihan.

9. Perhimpunan ini tidak terhad kepada Melayu sahaja dan semua warga Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan dijemput hadir.


TERBARU

SUA PERKASA baru sahaja memaklumkan bahawa PERKASA telah menerima jemputan dari PESAKA pada awal pagi tadi dan mengesahkan bahawa ahli-ahli PERKASA dibenarkan menghadiri perhimpunan di Padang Merbuk dengan memakai baju PERKASA. Mereka yang ingin menyertai perarakan baju merah dari Bukit Bintang tidak dibenarkan memakai baju PERKASA .. NOT SANCTIONED  



 Video kenyataan penuh Presiden PESAKA pada sidang sidang media 



1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10

DBKL tidak akan keluarkan sebarang permit untuk perarakan baju merah

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL

Acara : Majlis Volunteer Malaysia @ Kampong Bharu

Tarikh : 12/9/2015



Video 1 - Ku Nan menerangkan mengenai konsep Volunteerism yang mendapat galakan kerajaan kerana ianya mampu mengeratkan hubungan antara kaum. Pada majlis hari ini kira-kira 5,000 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum turun beramai ramai menjalankan kerja gotong royong membersihkan kawasan Kampong Bharu. 



Video 2 - Ku Nan mengesahkan bahawa DBKL tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk PERARAKAN di jalanraya pada 16/9/2015 ini. DBKL bagaimana pun bersedia untuk menimbangkan permohonan untuk PERHIMPUNAN hanya di Padang Merbuk. Setakat ini DBKL masih belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak.




1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Friday, 11 September 2015

PESAKA jadi penganjur induk himpunan baju merah 916 ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL


Acara : Sidang media penganjuran himpunan 'Kebangkitan Maruah Melayu'

Tarikh : 10/9/2015



Dalam video sidang media ini Jamal Md Yunos yang mewakili 250 NGO telah mengumumkan bahawa PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) adalah penganjur induk secara rasmi perhimpunan baju merah 16 September ini.

Secara rasmi nya juga perhimpunan ini dikenali sebagai perhimpunan 'KEBANGKITAN MARUAH MELAYU" dan akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 3 pm, 16/9/2015. NGO yang terlibat akan berkumpul bersebelahan kawasan Sg Wang dan Lot 10 Jalan Bukit Bintang bermula jam 11 dan seterusnya akan berarak melalui Jalan Pudu menuju Padang Merbok.


Bagaimanpun sebentar tadi saya terbaca dalam salah satu komunikasi applikasi Whatsapp bahawa PESAKA telah membuat keputusan untuk tidak terlibat didalam penganjuran perhimpunan pada 16 September kerana mereka sendiri akan mengadakan satu perhimpunan pesilat-pesilat Malaysia di Dataran Merdeka pada 18/9/2015.

Tiada maklumat diperolehi dari laman rasmi PESAKA mengenai perkembangan terbaru ini dan setakat jam 5 pagi 11/9/2015 tiada jawapan diperolehi dari Presiden PESAKA, Senator Tan Sri Ali Rustam

Jam 10 pagi 11/9/2015 Jamal Md Yunos dan kesemua kepala NGO yang hadir di sidang media petang tadi akan hadir di IPD Dang Wangi setelah dipanggil oleh pihak Polis berkaitan perhimpunan yang dicadangkan.

Dari perjalanan penganjuran setakat ini saya hampir pasti perhimpunan ini tidak akan mendapat permit Polis dan jika ianya diteruskan juga akan berlaku secara haram dan dalam suasana yang tegang kerana sudah pasti ramai Melayu ultra akan menuntut keadilan dalam berdemontrasi dan berhimpun seperti mana yang telah dilakukan oleh penganjur BERSIH 4.0




1
 2
 3
   4
 5
 6
7
 8
 9