Showing posts with label mindef. Show all posts
Showing posts with label mindef. Show all posts

Tuesday, 20 February 2018

Pameran DSA & NATSEC akan tetap diadakan pada pertengahan April 2017 sekalipun PRU14 jatuh pada masa yang sama

Acara : Majlis Pelancaran National Security For Asia 2018 (NATSEC Asia 2018)

Lokasi :  Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, Kuala Lumpur

Tarikh : 20/2/2018 @ 11.00 am



Video 1 - TPM Zahid Hamidi membayangkan bahawa PRU14 mungkin akan diadakan pada bila bila masa dalam bulan April 2017. Beliau bagaimana pun mengesahkan bahawa Pameran serentak DSA & NATSEC yang dijadualkan pada 16-19 April 2018 akan tetap diteruskan juga sekiranya waktu Pilihanraya Umum ke 14 jatuh pada masa yang sama


KEMENTAH dan KDN bergabung usaha untuk mengadakan pameran industri pertahanan dan keselamatan  yang terbesar di Asia. 70 buah negara dengan 1,500 peserta pamiran dijangka mengambil bahagian. Pamiran ini dijangka akan menarik 42,000 trade visitors





***********************************************************************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 22 August 2013

Saya hanya boleh bertahan 30 minit

Lokasi : Dewan Seroja, KEMENTAH, Kuala Lumpur

Acara : Rumah Terbuka Aidil Fitri

Tarikh : 21/8/2013 @ 9.00 pm


Sambutan rumah terbuka Hishamuddin sangat luar biasa. Sesi sebelah malam dikhaskan untuk orang politik. Menjelang pemilihan UMNO ini macam2 orang mengambil kesempatan untuk bergambar and 'to be seen' dengan pemimpin2 kanan parti, terutamanya dengan Naib2 Presiden yang hadir ketiga tiga nya. Saya tak bertahan lama, terlalu sesak sehingga susah hendak bergerak . KJ pun hadir sebelum saya tiba, tetapi kepimpinan kanan Wanita tidak kelihatan walaupun wanita dengan baju parti hadir dan ditempatkan diluar dewan.


1/22  Pada sidang media Hishamuddin (sebagai Menteri Pengangkutan) dihujani dengan pelbagai soalan mengenai tragedi bas terjun gaung yang mengorbankan 32 nyawa di Genting Highland. 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 7 January 2013

Astacanggih jadi konduit bagi tutup mulut Deepak

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Rafizi Ramli

Date : 7/1/2013 @ 11.30 am


1.
 2.



BAYARAN RM160 JUTA DANA PENCEN ANGKATAN TENTERA KEPADA ASTACANGGIH & AWAN MEGAH TIADA ASAS

Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Mohd Nor bahawa urusan pembelian Astacanggih dan Awan Megah oleh Boustead Holdings Berhad (“Boustead”) merupakan satu pelaburan yang baik adalah tidak masuk akal.

Sekiranya LTAT benar-benar berminat untuk mengambilalih syarikat ini, ada dua perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan nilaian syarikat-syarikat ini, iaitu:

1.      Tanah yang dimiliki oleh Awan Megah yang menentukan bayaran kepada Awan Megah. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM130 juta kononnya untuk membeli tanah 223 ekar yang didakwa milik Awan Megah
2.      Nilai projek penswastaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari projek penswastaan Puspahanas. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM30 juta untuk membeli saham Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya untuk menentukan nilaian yang adil bagi urusan ini, jika LTAT dan Boustead benar-benar berminat mengambilalih syarikat ini berdasarkan pertimbangan komersil.

NILAIAN TANAH 223 EKAR

Saya merujuk kepada surat bertarikh 17 Julai 2009 dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor yang dilampirkan bersama.

Kandungan surat tersebut menyatakan rayuan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada keputusan Kerajaan Selangor yang menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk memindahmilik tanah seluas 223 ekar kepada Awan Megah.

Ini bermakna, tanah seluas 223 ekar yang kononnya dibeli oleh Boustead itu masih lagi hakmilik Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Selangor bagi kelulusan pindahmilik dan kelulusan pelan pembangunan.

Status terkini tanah 223 ekar itu adalah jelas: ia bukan hakmilik Awan Megah dan Kerajaan Selangor telah menetapkan bahawa ia tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan pembinaan markas, seperti mana tujuan asal tanah itu dipohon oleh Kerajaan Persekutuan dahulu.

Oleh yang demikian, pembayaran RM130 juta oleh anak syarikat Boustead kepada Awan Megah yang dimiliki Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor samalah dengan memberi wang RM130 juta kepadanya tanpa ada apa-apa hasil kepada Boustead.

Jika urusniaga ini tetap berlaku, Boustead akan menyalahgunakan RM130 juta dana pencen anggota tentera untuk membayar 223 ekar tanah kepada Awan Megah yang tidak mempunyai hakmilik tanah itu.

PROJEK PENSWASTAAN PUSPAHANAS

Boustead terpaksa menyiapkan Puspahanas yang kini tergendala mengikut perjanjian dengan Astacanggih dan Awan Megah. Salah satu pertimbangan nilaian berjumlah RM160 juta (iaitu RM30 juta kepada Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah) adalah kos projek yang telah dilaksanakan oleh Awan Megah.

Tanggungan Awan Megah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan projek ini boleh dirujuk kepada Perjanjian Penswastaan muka surat 13, Perkara 3.3 mengenai Bon Tanah (“Land Bond”) yang perlu dibayar oleh Awan Megah.

Bon Tanah ini adalah satu bentuk jaminan kewangan yang bersamaan dengan jumlah keseluruhan projek penswastaan, iaitu pembinaan Puspahanas yang perlu dilaksanakan oleh Awan Megah. Sekiranya Awan Megah gagal menyiapkan projek, Kerajaan Persekutuan berhak menuntukan Bon Tanah ini untuk digunakan bagi menyiapkan projek tersebut.

Perjanjian Penswastaan secara jelas menyatakan bahawa Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk menyiapkan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja. Ini bermakna, kos keseluruhan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja.

Dalam keadaan Puspahanas masih belum disiapkan dan nilainya RM72.5 juta sahaja, pembayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu satu harga yang tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, jelas bahawa urusniaga membabitkan RM160 juta ini hanyalah bayaran rasuah oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Pembayaran sedemikian rupa bagi membeli tanah yang hakmiliknya tidak wujud dan projek yang jumlahnya jauh lebih rendah adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Friday, 4 January 2013

Apa kriteria pemberian kontrak kerajaan?

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Rafizi Ramli

Date : 4/1/2013 @ 11.00 am


1.
 2. 


DATO’ SERI NAJIB LANTIK SYARIKAT ALI BABA DAN SYARIKAT PEMBUAT BERUS GIGI UNTUK MEMBINA PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL

Awan Megah Sdn Bhd (“Awan Megah”) dianugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 yang disertakan bersama.

Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera.

Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar). Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera.

Menteri Pertahanan semasa kontrak ini dianugerahkan kepada Awan Megah adalah Dato’ Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keputusan untuk melantik Awan Megah.

Awan Megah adalah syarikat yang dimiliki oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti.

Sehingga kini, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Awan Megah seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012.

Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif.

Ini juga bermakna, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan telah melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah apabila beliau menganugerahkan projek penswastaan bernilai puluhan juta ringgit ini dalam tahun 2005 kepada Awan Megah, sedangkan jelas Awan Megah bukanlah sebuah syarikat pembinaan yang berkemampuan untuk menjalankan projek tersebut.

Awan Megah hanyalah syarikat Ali Baba yang dilantik Dato’ Seri Najib Tun Razak dan diberikan 223.33 ekar tanah lumayan. Oleh sebab itulah, Awan Megah terpaksa melantik sebuah syarikat lain sebagai “rakan kongsi” untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu.

“Rakan kongsi” yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada 21 Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi.

Semakan dari surat kemudahan kredit GuppyUnip Sdn Bhd ini pula menunjukkan bahawa:
1.      Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah
2.      Pembayaran premium kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd
3.      Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd

Saya merumuskan bahawa GuppyUnip Sdn Bhd menanggung keseluruhannya kos pembinaan Puspahanas dan kos pembangunan tanah 223.33 ekar itu kerana Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor hanyalah membuat keuntungan atas angin. Keadaannya sekarang samalah seperti keseluruhan projek dan tanah-tanah ini telah diserahkan kepada GuppyUnit Sdn Bhd.

Lebih memeranjatkan, GuppyUnit Sdn Bhd bukanlah syarikat yang berpengalaman dalam bidang pembinaan. Semakan dengan SSM menunjukkan bahawa syarikat ini hanyalah ditubuhkan pada 9 Disember 2009 (dokumen SSM disertakan bersama).

Lebih teruk lagi, syarikat ini ditubuhkan dan dikuasai oleh Cheong Chow Koh (melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya Unip Berhad). Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah sebagai pengilang berus gigi (sila rujuk laman web www.unipberhad.com yang disertakan bersama).

Kesimpulannya:
1.    Dato’ Seri Najib Tun Razak melantik Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor yang tidak pernah menjalankan apa-apa aktiviti untuk merekabentuk dan membina Puspahanas, lalu dianugerahkan tanah seluas 223.33 ekar
2.     Secara tidak langsung, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah melantik sebuah syarikat pengeluar berus gigi untuk membina Puspahanas dan menyerahkan tanah 223.33 ekar kepada syarikat ini

Ini adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera yang berkorban demi rakyat. Ia juga perlakuan rasuah dan penyelewengan secara terang-terangan yang dilakukan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib disiasat dengan segera.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 JANUARI 2013


Saturday, 29 December 2012

Cubaan Zahid Hamidi nak jadi HERO kepada Najib?

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Rafizi Ramli on Deepak / LTAT urusniaga

Date : 29/12/2012 @ 11.00 am




  



DAKWAAN DEEPAK ADA ASAS, WANG RAKYAT DISALAHGUNA UNTUK MENUTUP MULUT DEEPAK

Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti. Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato’ Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1.      Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2.      Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3.      Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’ Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4.      Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5.      Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6.       Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.

KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
29 DISEMBER 2012 

Wednesday, 25 July 2012

Tentera sedia timbang bawa rakyat balik dari Syria

Venue : The Royale Chulan, Kuala Lumpur

Event : Iftar - Menteri Pertahanan bersama Media

Date : 24/7/2012 @ 8.30 pm




Iftar Zahid Hamidi diseri dengan kehadiran SHAKE

Venue : The Royale Chulan, Kuala Lumpur

Event : Iftar

Date : 24/7/2012 @ 8.30 pm


Selepas selesai solat Maghrib di Dewan Perdana Felda, saya bergegas pula ke Royale Chulan bagi memenuhi jemputan Dato's Seri Zahid Hamidi. Ramai kenalan bloggers sudah pun berada disana.

1.
 2.
 3.
 4. DS Zahid Hamidi menuju dewan solat untuk Isyak dan berterawikh..
 5. 
 6. Moreh..
 7.
 8.
 9.
 10. Dato' Shake memperkenalkan isteri beliau Melina kepada DS Zahid..

Friday, 6 April 2012

50,000 Peluang Pekerjaan di Sungkai

Venue : Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Event : Sidang Taklimat bersama Media bagi Projek Taman Teknoloji Pertahanan dan Keselamatan
Malaysia (MDSTP

Date : 5/4/2012 @ 3 pm





MDSTP tarik pelaburan RM15b


KUALA LUMPUR 5 April - Projek Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang bakal menjadi hab penyelidikan dan pertahanan pertama Asia Tenggara di Sungkai, Perak dijangka menerima pelaburan bernilai RM15 bilion dalam tempoh 12 tahun akan datang.

MDSTP akan mula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MCSB) pada suku akhir tahun ini, setakat ini telah menarik minat kira-kira 500 syarikat pertahanan dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MCSB, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata, antara syarikat itu termasuk Persekutuan Aeroangkasa, Pertahanan dan Keselamatan Itali (AIAD) yang dijangka melabur RM4 bilion dalam bidang sistem integrasi, teknologi pembuatan komposit, penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan (MRO) serta hidrogen pengangkutan.



1. Ketua Pegawai Eksekutif MCSB, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.