Showing posts with label raja ropiaah. Show all posts
Showing posts with label raja ropiaah. Show all posts

Friday, 13 September 2013

Wanita UMNO Selangor teguh bersama Shahrizat

Lokasi : Ballroom, De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor

Acara : Majlis Sambutan Aidil Fitri dan Kemerdekaan anjuran Wanita UMNO Selangor

Tarikh : 5/9/2013 @ 9.00 pm


Hampir 2,000 wanita UMNO dari seluruh Selangor menghadiri majlis ini.. sesak sehingga keluar dewan


Rosnah berbesar hati diterima baik oleh Wanita UMNO



1/61
 2
 3
 4
5
 6
7  Sesi memperkenalkan calun-calun yang akan bertanding
 8
 9
 10


Monday, 7 January 2013

Astacanggih jadi konduit bagi tutup mulut Deepak

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Rafizi Ramli

Date : 7/1/2013 @ 11.30 am


1.
 2.



BAYARAN RM160 JUTA DANA PENCEN ANGKATAN TENTERA KEPADA ASTACANGGIH & AWAN MEGAH TIADA ASAS

Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Mohd Nor bahawa urusan pembelian Astacanggih dan Awan Megah oleh Boustead Holdings Berhad (“Boustead”) merupakan satu pelaburan yang baik adalah tidak masuk akal.

Sekiranya LTAT benar-benar berminat untuk mengambilalih syarikat ini, ada dua perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan nilaian syarikat-syarikat ini, iaitu:

1.      Tanah yang dimiliki oleh Awan Megah yang menentukan bayaran kepada Awan Megah. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM130 juta kononnya untuk membeli tanah 223 ekar yang didakwa milik Awan Megah
2.      Nilai projek penswastaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari projek penswastaan Puspahanas. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM30 juta untuk membeli saham Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya untuk menentukan nilaian yang adil bagi urusan ini, jika LTAT dan Boustead benar-benar berminat mengambilalih syarikat ini berdasarkan pertimbangan komersil.

NILAIAN TANAH 223 EKAR

Saya merujuk kepada surat bertarikh 17 Julai 2009 dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor yang dilampirkan bersama.

Kandungan surat tersebut menyatakan rayuan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada keputusan Kerajaan Selangor yang menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk memindahmilik tanah seluas 223 ekar kepada Awan Megah.

Ini bermakna, tanah seluas 223 ekar yang kononnya dibeli oleh Boustead itu masih lagi hakmilik Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Selangor bagi kelulusan pindahmilik dan kelulusan pelan pembangunan.

Status terkini tanah 223 ekar itu adalah jelas: ia bukan hakmilik Awan Megah dan Kerajaan Selangor telah menetapkan bahawa ia tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan pembinaan markas, seperti mana tujuan asal tanah itu dipohon oleh Kerajaan Persekutuan dahulu.

Oleh yang demikian, pembayaran RM130 juta oleh anak syarikat Boustead kepada Awan Megah yang dimiliki Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor samalah dengan memberi wang RM130 juta kepadanya tanpa ada apa-apa hasil kepada Boustead.

Jika urusniaga ini tetap berlaku, Boustead akan menyalahgunakan RM130 juta dana pencen anggota tentera untuk membayar 223 ekar tanah kepada Awan Megah yang tidak mempunyai hakmilik tanah itu.

PROJEK PENSWASTAAN PUSPAHANAS

Boustead terpaksa menyiapkan Puspahanas yang kini tergendala mengikut perjanjian dengan Astacanggih dan Awan Megah. Salah satu pertimbangan nilaian berjumlah RM160 juta (iaitu RM30 juta kepada Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah) adalah kos projek yang telah dilaksanakan oleh Awan Megah.

Tanggungan Awan Megah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan projek ini boleh dirujuk kepada Perjanjian Penswastaan muka surat 13, Perkara 3.3 mengenai Bon Tanah (“Land Bond”) yang perlu dibayar oleh Awan Megah.

Bon Tanah ini adalah satu bentuk jaminan kewangan yang bersamaan dengan jumlah keseluruhan projek penswastaan, iaitu pembinaan Puspahanas yang perlu dilaksanakan oleh Awan Megah. Sekiranya Awan Megah gagal menyiapkan projek, Kerajaan Persekutuan berhak menuntukan Bon Tanah ini untuk digunakan bagi menyiapkan projek tersebut.

Perjanjian Penswastaan secara jelas menyatakan bahawa Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk menyiapkan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja. Ini bermakna, kos keseluruhan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja.

Dalam keadaan Puspahanas masih belum disiapkan dan nilainya RM72.5 juta sahaja, pembayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu satu harga yang tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, jelas bahawa urusniaga membabitkan RM160 juta ini hanyalah bayaran rasuah oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Pembayaran sedemikian rupa bagi membeli tanah yang hakmiliknya tidak wujud dan projek yang jumlahnya jauh lebih rendah adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Friday, 4 January 2013

Raja Ropiaah didesak buka mulut

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Rafizi Ramli

Date : 3/1/2013 @ 11.00 am


Raja Ropiaah di minta buat kenyataan rasmi bagi menjelaskan keadaan sebenar. Shahrizat Jalil dalam kes NFC dulu mengambil masa yang lama untuk membuat kenyataan rasmi.


1.
 2.


Rafizi akan atur perjumpaan dengan Deepak

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Rafizi Ramli

Date : 3/1/2013 @ 11.00 am


Deepak dikatakan telah menyerahkan dokumen yang berada dalam simpanan Rafizi melalui salah seorang kepimpinan PKR. Deepak dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakkan Rafizi mendedahkan kandungan dokumen kepada media tanpa merujuk dan membelakangkan beliau. Rafizi pula bertindak tidak melibatkan Deepak secara langsung kerana khuatir dituduh mengadakan komplot 'grand design' dengan Deepak. Rafizi akan menghubungi dan cuba mengadakan perbincangan dengan Deepak dalam masa terdekat.  




Rafizi yakin dokumen Deepak adalah tulin

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Rafizi Ramli

Date : 2/1/2013 @ 11.00






Penafian Deepak - Rafizi berjaya kawal imosi

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Rafizi Ramli 

Date : 3/1/2013 @ 11.00 AM


I have to admit that Rafizi did pretty well in handling yesterday's session with the media. 



'

DEEPAK MENYERAHKAN DOKUMEN KEPADA ORANG KETIGA, PIHAK BERKUASA WAJAR SIASAT

Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan kepada umum.
Saya ingin mengesahkan beberapa perkara:

1.      Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;
2.      Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor;
3.      Selepas beberapa ketika, dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak dan dipastikan kesahihannya, seperti amalan biasa di dalam KEADILAN;
4.      Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada seorang VIP tanpa ada bukti ada habuan atau projek yang terlibat;
5.      Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM160 juta untuk membeli syarikat milik Saudara Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Saudara Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam;
6.      Selepas menyemak dokumen-dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia ada asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, saya berpendapat kenyataan-kenyataan Saudara Deepak wajarlah dijadikan bukti dalam siasatan yang akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen-dokumen itu melibatkan syarikat beliau dan urusniaga syarikat beliau (termasuklah slip pemindahan wang dari akaun syarikat beliau). Fakta-fakta ini tidak disanggah atau dinafikan oleh Saudara Deepak, sekadar enggan mengulasnya buat ketika ini.

Saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya juga telah berbincang dengan individu yang mendapat dokumen-dokumen ini dari Saudara Deepak dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan bagi membuktikan bahawa dokumen-dokumen ini diperolehi dari Saudara Deepak.

Jelasnya, tindak tanduk dan tingkah laku Saudara Deepak sebelum ini tidak berkait dengan KEADILAN. Ia menyangkal percubaan Umno yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh KEADILAN. Saudara Deepak sendiri menyatakan kekecewaan beliau kerana saya dan beberapa pimpinan KEADILAN dilihatnya keberatan untuk duduk berbincang dengan beliau.

Oleh yang demikian, saya telah berbincang dengan pimpinan parti dan bersetuju bahawa saya boleh bertemu dengan Saudara Deepak untuk meneliti bukti-bukti yang beliau ada, seperti yang didakwa sebelum ini.

Saya akan mengaturkan satu pertemuan dalam masa terdekat untuk mendengar perancangan beliau dan meneliti bukti-bukti yang didakwa beliau. Semoga ini akan membantu merungkai pelbagai persoalan mengenai integriti Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang semakin menjadi isu hangat.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Thursday, 3 January 2013