Showing posts with label nazri aziz. Show all posts
Showing posts with label nazri aziz. Show all posts

Sunday, 26 March 2017

Semakin galak 3M jelajah kubu BN di Perak

Acara : Ceramah Jelajah Tawan Perak - Selamatkan Malaysia

Lokasi : Batu 29, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar

Tarikh : 25/3/2017



Perak antara negeri yang paling kerap dikunjungi 3M. Jelas negeri ini menjadi sasaran mereka untuk mengambil alih pada PRU14 akan datang.



Video 1 - Ucapan oleh Mukhriz Mahathir



Video 2 - Ucapan oleh Muhyiddin Yassin



Video 3 - Ucapan oleh Dr Mahathir





********************************************************************************

#suasana360



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 25 March 2017

Padang Rengas masih mundur dibawah ahli Parlimen yang sama setelah lima penggal

Acara : Majlis ramah mesra Dr Mahathir bersama masyarakat Padang Rengas

Lokasi : Restoran Rahmaniah, Pekan padang Rengas

Tarikh : 25/3/2017



Video 1 - Ucapan ringkas Dr Mahathir & Hamidah Osman yang menyentuh keadaan semasa di Padang Rengas



*********************************************************************************
1
 2
3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 11
 12
 13
14



Wednesday, 28 December 2016

Hargai dan pertahankan hak kebebasan beragama di Malaysia

Acara : Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016  #mrtmkrismas2016

Lokasi : Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Tarikh : 28/12/2016


Video 1 - Hak kebebasan beragama hendak lah di hargai dan dipertahankan demi keharmonian oleh seluruh rakyat Malaysia dengan dibantu oleh pihak kerajaan yang memerintah.



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 26 February 2016

Rosmah Mansor rasmi Hari Kraf Kebangsaan 2016

Acara : Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2016

Lokasi: Panggung Sari, Pusat Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Tarikh : 25/2/2016



GLC, Pihak Swasta Digalak Pakai Batik Setiap Khamis - Rosmah


KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta supaya menggalakkan pekerja mereka memakai batik pada setiap Khamis, dalam usaha menggalakkan industri batik negara.

Beliau berkata pemakaian produk batik oleh penjawat awam pada setiap Khamis ketika ini, telah membantu meningkatkan jualan batik dan memperluaskan permintaan terhadap industri produk itu.

"Kini, terdapat 462 GLC dengan anggaran kakitangan mencecah 100,000 orang. Cuba bayangkan berapa banyak permintaan yang akan diwujudkan ke atas produk batik," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2016 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Beliau juga memuji inisiatif Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) mengawal kualiti pengeluaran batik menerusi pengenalan Standard Malaysia MS692:2007, yang menjadikan produk kraf itu paling popular.

Sehingga kini, seramai 51 usahawan kraf batik menerima sijil pengiktirafan standard kualiti batik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, katanya.

"Pengiktirafan ini akan menjadi tanda aras terpenting terhadap mutu produk batik yang dihasilkan dan seterusnya memberi keyakinan kepada pembeli bahawa produk batik Malaysia dihasilkan melalui proses pengeluaran yang bermutu tinggi," kata beliau.

Sementara itu, Rosmah berkata produk kraf menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencatat hasil jualan berjumlah RM505.4 juta pada tahun lepas berbanding RM94.5 juta pada 2009.

Menurutnya peningkatan hasil jualan sebanyak 36 peratus setiap tahun itu melibatkan 5,130 usahawan kraf berbanding 1,003 pada 2009.

Beliau juga menyarankan usahawan kraf meningkatkan strategi pemasaran dengan melaksanakan promosi secara maya menggunakan teknologi pintar melalui jualan dalam talian seperti Zalora, Lazada, Fashion Valet dan MySale.

"Kini, pengguna lebih menggemari informasi di hujung jari termasuk pembelian produk secara dalam talian," katanya sambil memberitahu beliau sendiri mempromosikan batik dan songket Malaysia di negara-negara ikon fesyen seperti di Paris dan Ekspo Dunia Milano di Itali.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pihaknya menyasarkan jualan sebanyak RM25 juta pada Hari Kraf 

Kebangsaan 2016 yang berlangsung selama 12 hari bermula semalam.

Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan perolehan nilai jualan tahun lepas sebanyak RM20.3 juta, yang menyaksikan produk kraf bagi kategori hasil tanah penyumbang utama nilai jualan iaitu sebanyak RM8.7 juta atau 43 peratus.

Hari Kraf Kebangsaan 2016 yang bertema 'Natif ke Kreatif' disertai 500 pengusaha termasuk dari luar negara seperti Perancis, Rusia, Belgium, Amerika Syarikat dan Pakistan.

Pameran dan jualan barangan kraf itu dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam, yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, pameran dan jualan produk kraf rekaan baharu, demonstrasi dan interaktif kraf, pameran produk kraf warisan, padanan perniagaan, bicara kreatif, demontrasi makanan tradisional, persembahan keseniaan dan peragaan fesyen.


-- BERNAMA



1
2
 3
L-R - Nazri Aziz, Rosmah Mansor dan Nancy Syukri
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 20 September 2014

PRK N.01 - Biar kampong nama BEROK jangan perangai macam berok

Lokasi : Kg Bunohan , Tumpat, Kelantan

Acara :  Himpunan penggiat seni budaya anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Tarikh : 19/9/2014



Nazri Aziz menentang sebarang usaha untuk menukar nama kampong warisan atas alasan nama yang diberikan oleh orang terdahulu melambangkan warisan tradisi menamakan sesuatu tempat mengikut apa yang unik mereka lihat ditempat tersebut. Terdahulu beliau telah meluluskan pembinaan sebuah arena seni di Kampong Bunohan bagi membolehkan penggiat seni mengembangkan kegiatan mereka.


1
 2
 3
 4  Orang kampong gembira bila menteri umum permohonan mereka untuk sebuah arena seni di kampong mereka diluluskan
 5
 6
 7
 8 
 9
 10
 11