Showing posts with label pau 2015. Show all posts
Showing posts with label pau 2015. Show all posts

Saturday, 5 December 2015

Tun Dr Mahathir dan Tun Siti sah hadir PAU 2015

Lokasi : Menara 1, Kementerian Wilayah Persekutuan, P2, Putrajaya

Acara : Majlis Perasmian Program Bantuan Persekolahan 'Ceria ke-Sekolah'

Tarikh : 4/12/2015


Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan mengesahkan bahawa persiapan untuk PAU 2015 berjalan lancer termasuklah persiapan untuk mengawal keselamatan. Beliau juga mnegesahkan bahawa Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah akan turut menghadiri PAU kali ini.

Terdahulu Tengku Adnan sebagai Menteri WP telah menyempurnakan majlis Perasmian Program Bantuan Persekolahan 'Ceria ke-Sekolah' anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan. Seramai 1,400 murid-murid dari sekoah-sekolah sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur pulang gembira setelah mendapat bantuan persekolahan dari YWP.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 2 December 2015

Hanya Presiden UMNO perlu berucap ketika PAU

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan
KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMUNITI BANDAR  :
KE ARAH PENGUKUHAN AGENDA BERPAKSIKAN RAKYAT


Nah jelas dan terang penerangan dari Setiausaha Agung UMNO sendiri. Hanya Presiden UMNO sahaja yang perlu memberi ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO, Ucapan Dasar dan Ucapan Penggulungan / Penangguhan. Ucapan oleh Timbalan dan Naib-Naib Presiden tidak diperlukan kerana tidak tertakluk dalam perlembagaan UMNO. Selama ini ucapan-ucapan mereka hanya lah satu tradisi / amalan / convention yang di lakukan setiap kali PAU.

Mungkin Tengku Adnan merasakan bahang kemelut dalaman UMNO yang sedang melanda ketika ini tidak perlu diperhangatkan lagi sehingga ketahap yang tidak terkawal. Beliau menegaskan akan lakukan apa yang perlu untuk memastikan PAU berjalan lancar dengan hanya melakukan apa yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO sahaja. Segala convention yang biasa diamalkan akan hanya melaga-lagakan pemimpin-pemimpin yang terlibat.

PS : Adakah ini bermakna Naib-Naib Presiden termasuk Timbalan Perdana Menteri juga tidak akan diberi slot ketika sesi Penggulungan ?