Showing posts with label pbrk p44 permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label pbrk p44 permatang pauh. Show all posts

Tuesday, 5 May 2015

PRK P.44 - ADUN PKR didakwa peras wang perlindungan dari peniaga

Lokasi : Kovil Karumariaman, Seberang Jaya

Acara : Aduan oleh ahli PKR yang dianiaya pemimpin PKR negeri

Tarikh : 4/5/2015



ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin didakwa terlibat sama dalam memeras wang perlindungan dari peniaga-peniaga sekitar kawasan Seberang Jaya yg turut melibatkan penguatkuasa majlis tempatan. Yang mendakwa adalah ahli PKR Ranting Jalan Tenggiri yang menjalankan perniagaan cuci kereta, A Vigneswaran.

Disebabkan keengganan beliau membayar wang perlindungan sebanyak RM2,000 sebulan, tapak perniagaan yang baru beliau perolehi dari Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr Ramasamy telah dirampas balik oleh ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.




Tuesday, 28 April 2015

PRK P.44 - Sokong Calon BN = Sokong Najib = Sokong GST

Lokasi : Dewan Chuan Kang Weng, Tanah Liat, SPT

Acara : Fund Raising Dinner

Tarikh : 26/4/2015


GST dan jet rasmi kerajaan menjadi antara bahan kempen utama yang mula di ketengahkan oleh Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, Saifuddin Nasution. Bottomline mesej yang hendak disampaikan ialah pilih calon BN bererti memilih Najib dan bersetuju dengan GST yang membebankan rakyat oleh Najib. Imej pemborosan Najib dan isteri nampak gayanya akan teruskan dimainkan sepanjang kempen disini..