jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
1. Laporan mengenai keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar
2. Keputusan sebulat suara untuk memecat TSMY dan DSMM diatas pelanggaran disiplin apabila berada diatas pentas bersama pemimpin pembangkang dalam menyerang pimpinan dan parti UMNO.
3. Manakala MT mengambil keputusan untuk menggantung keahlian DSSA sehingga selesai siasatan oleh Lembaga Disiplin.
4. Diatas saranan Pemuda UMNO, MT akan meminta pihak kerajaan untuk memutus segala bentuk sumbangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana kerana ianya telah digunakan sebagai pengkalan untuk menjatuhkan kerajaan.
1
Reminiscing kejadian lucu dimalam meraikan kejayaan calon BN di #prksgbesarp093
2
Reminiscing kejadian lucu dimalam meraikan kejayaan calon BN di #prksgbesarp093
3
Reminiscing kejadian lucu dimalam meraikan kejayaan calon BN di #prksgbesarp093
4
Reminiscing kejadian lucu dimalam meraikan kejayaan calon BN di #prksgbesarp093
5
Reminiscing kejadian lucu dimalam meraikan kejayaan calon BN di #prksgbesarp093
6
Reminiscing kejadian lucu dimalam meraikan kejayaan calon BN di #prksgbesarp093
Acara : Sidang media Syed Saifuddin Syed Harman, Ketua UMNO Cawangan Pusat Bandar, Taman Chempaka, Bahagian Pandan
Lokasi : Kediaman Syed Saifuddin @ Taman Chempaka
Tarikh : 23/6/2016
Video 1 - Ringkas nya
1. Surat pemecatan bertarikh 2/6/2016 baru saja diterima
2. Tuduhan mensabotaj parti menjadi alasan utama pemecatan
3. Keputusan pemecatan dibuat oleh MKT UMNO.
4.Lembaga Disiplin pernah memanggil Syed untuk ditemuramah, tetapi beliau telah memberitahu Lembaga Disiplin bahawa beliau uzur ketika itu
5. Syed Saifuddin merupakan seorang ahli UMNO yang aktif diperingkat cawangan dan telah menjadi Ketua Cawangan lebih 20 tahun dan telah menjadi Pemikir JASA ketika Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan.
BOTTOMLINE - Syed tidak berpuas hati dengan cara UMNO dikendalikan kerana ahli langsung tidak boleh menegur kepimpinan selari dengan prinsip demokrasi yang diamalkan UMNO.
Harus tonton sepenuhnya kenyataan ini untuk mengelak kekeliruan dan fitnah
Acara : Sidang media Presiden PERKASA, Dato' Ibrahim Ali
Tarikh : 25/11/2015
Berani melawan arus demi kebenaran menyebabkan Dato' Hamidah Osman dipecat dari UMNO. Beliau sepatutnya rasa bangga kerana tindakkan diambil keatas beliau kerana beliau memperjuangkan sesuatu yang beliau rasa benar.
Acara : Sidang media Dato' Hamidah Osman mengenai pemecatan beliau dari UMNO
Tarikh : 27/11/2015
Hamidah tuntut penjelasan mengenai alasan dan sebab beliau dipecat tetapi tidak akan merayu. Beliau tidak dipanggil pun untuk menghadap lembaga disiplin sebelum dipecat
Video 1 : Hamidah Osman tuntut sebab dan alasan beliau dipecat tetapi tidak akan merayu
Adun Bukit Lada Patut Fokus Selesai Masalah Sosial dan Dadah di kawasan sendiri.
- Sidang Media Kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena-
Kepimpinan Umno Bahagian Pokok Sena dan bukit lada menyokong penuh YAB DS Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri demi survival kelangsungan pembangunan negeri Kedah.
Kami berharap agar Adun bukit lada memberi fokus kepada tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat Dun Bukit Lada sebelum menunding jari mencari kesalahan pihak lain.
Kami mahu Adun menangani masalah sosial (sarang penagih dadah dan air ketum) di Bukit Lada yang kian meruncing dimana minggu lalu pihak STING PDRM telah membuat serbuan. Dalam serbuan tersebut polis berjaya merampas daun ketum 2000 gram, air ketum, ganja, heroin dan syabu.
Jadi adalah lebih baik Adun Bukit Lada selesaikan masalah kawasan sendiri terlebih dahulu dari memikirkan masalah negeri yang kononya tidak membangun.
Kami sebulat suara mahu Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan MB Kedah.
DSMM telah melakukan yg terbaik di Kedah. Adalah tidak wajar jika beliau ditukar.
Video 1 - Tun M yakin Mukhriz juga akan dikenakan tindakan pemecatan dari jawatan Menteri Besar tidak berapa lama lagi. Beliau juga pernah dipecat pada zaman Tunku Abdul Rahman dahulu tetapi telah berjaya menjadi Perdaan Menteri pula selepas itu.
Tun M mengingatkan mereka yang in memecat supaya bersedia menghadapi kesan dari pemecatan tersebut.
Lokasi : Kediaman TS Muhyiddin Yassin @ Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media pertama TS Muhyiddin selepas pemecatan sebagai TPM
Tarikh : 29/7/2015
Ini sidang media pertama yang dilakukan TS Muhyiddin setelah beliau dipecatkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semalam. Dalam sesi yang berjalan hampir setengah jam itu TS Muhyiddin telah diajukan pelbagai soalan yang berkisar mengenai
(1) samada usul tidak percaya terhadap Najib Razak akan dibuat di Parlimen,
(2) fact sheet 1MDB yang diberikan kepada ahli kabinet,
(3) samada beliau kesal mengkrtik mengenai 1MDB sehingga dipecat,
(4) mengenai kemungkinan beliau bergabung dengn Tun M dibawah satu platform,
(5) samada beliau akan disisihkan oleh bahagian-bahagian UMNO dalam perasmian persidangan tahunan,
(6) samada kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO akan tergugat,
(7) samada isu 1MDB akan dapat diselesaikan,
(8) samada beliau masih boleh bekerjasama dengan Presiden UMNO,
(9) samada beliau akan mengambil kesempatan diatas kekcewaan dan sokongan yang diberikan oleh para penyokong beliau,
(10) mengenai penangguhan pemilihan parti,
(11) mengenai rombakan kabinet dan pertemuan beliau dengan Najib sebelum dipecat,
(12) mengenai apa yang beliau tahu dalam isu 1MDB
(13) samada berhasrat menggantikan Nur Jazlan sebagai pengerusi PAC
(14) pandangan beliau mengenai pemecatan AG
Bottomline - TS Muhyiddin berhasrat besar untuk membantu dan memastikan pengurusan UMNO berjalan lancar dan berjaya mengharungi kemelut yang sedang dihadapi sekarang dan beliau juga berharap isu 1MDB dapat diselesaikan dengan cepat.
Lokasi : Madrasah Tarbiyah, Kg Banda Dalam, Gombak, Kuala Lumpur
Acara : Sesi pendedahan "Harakah Dalam Bahaya"
Tarikh : 28/1/2015
Bekas editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam mendedahkan bahawa berlaku gerakan pembersihan dalam Harakah mereka-mereka yang menentang kelompok UG (unity government) iaitu kelompok-kelompok yang sedang berbaik-baik dengan UMNO
Jualan Harakah merudum dari 125,000 naskah kepada 45,000 naskah
Krisis yang dihadapi Harakah
1. ditolak anak muda
2. Pas bermusuh dengan NGO
3. PAS bermusuh dengan komponen
4. Editorial dalam delima kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden yang menghentam komponen Bagaimana hendak disiarkan kenyataan Presiden sedangkan PAS masih lagi dalam Pakatan Rakyat ?
Delima dalam parti
1. Setiausaha Dewan Ulamak Pusat, Dr Khairuddin At-Takiri mahukan Harakah menjadi suara rasmi PAS dan hanya menyiarkan berita parti sahaja bukan berita-berita parti komponen
2. puak ulamak pula tidak mahu bekerjasama dengan Harakah... susah hendak mendapat ulasan mereka dalam isu-isu semasa berbanding dengan Khalid Samad, Mujahid dan Hanipah Maidin
yang boleh memberi ulasan on the spot
Permit Harakah hanya sebagai News Letter tetapi KDN tutup sebelah mata walaupun Harakah diterbitkan dalam bentuk suratkhabar penuh
Ikuti rakaman sepenuhnya pendedahan oleh Tarmizi Mohd Jam sebagai pembuka mata dan kefahaman umum mengenai kemelut dalaman Harakah. Persoalan saya adakah puak ulamak semakin berkuasa atau sudah mengukuhkan semula kedudukan mereka dalam PAS dan akan meneruskan usaha perpaduan bersama umat Islam UMNO sehingga mencapai kejayaan atau pun ini hanya kocakan dalam air tempayan keluarga PAS sahaja...?