Showing posts with label pelancungan. Show all posts
Showing posts with label pelancungan. Show all posts

Monday, 1 January 2018

Pavilion KL lancar promosi tarik pelancung ke destinasi premier untuk membeli belah

Acara : Majlis Pelancaran "Visit Pavilion 2018"

Lokasi : Pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang, KL

Tarikh : 1/1/2018 @ 11.00 am



Video 1 - Visit Pavilion 2018 bermatlamat untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi premier bagi pelancung luar negara membeli belah.



********************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
Musik fusion antara kaum
   6
Ucapan aluan oleh Joyce Yap, CEO Retail Pavilion Kuala Lumpur
 7
Ucapan perasmian oleh Menteri WP, Tengku Adnan
 8
Melontar wang syilling kedalam kolam untuk 'prosperity' sebagai gimik pelancaran
 9
 10
Mengecat mata Singa yang dapat melihat 10,000 batu

Friday, 14 February 2014

Kereta Kuda produk pelancungan Kuala Lumpur

Lokasi : Galeri Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Festival Kebudayaan Tahun Baru Cina 2014

Tarikh : 13/2/2104 @ 12.00 pm



KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Mulai 15 Mac, pengunjung ke Kuala Lumpur boleh merasai pengalaman baharu menaiki kereta kuda sambil menikmati pemandangan melalui kawasan-kawasan warisan yang berlatar belakang 12 bangunan peninggalan sejarah.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkhidmatan kereta kuda itu bakal menjadi tarikan terbaharu untuk pelancong di Kuala Lumpur.

"Pengalaman berkereta kuda akan menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan "KL Horse and Carriage Ride" sempena festival Tahun Baharu Cina di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, di sini Khamis.

Beliau berkata pengunjung akan dibawa bersiar-siar melalui Jalan Mahkamah Persekutuan yang berlatar belakang bangunan Sultan Abdul Samad sebelum melalui Masjid Jamek, sebuah daripada masjid tertua di Kuala Lumpur terletak di muara sungai Klang dan sungai Gombak.

Gerabak kereta kuda itu akan melalui Panggung Bandaraya, Gereja St Mary, Padang Kelab dan Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur sebelum berakhir di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.

Di sepanjang laluan, pemandu gerabak akan memberi penerangan mengenai bangunan-bangunan warisan yang terdapat di situ, kata Tengku Adnan.

Beliau berkata tiket bagi menaiki kereta kuda itu berharga RM50 seorang atau RM200 bagi seluruh gerabak dan boleh dibeli di kaunter Galeri Bandaraya Kuala Lumpur.

Tengku Adnan berkata perkhidmatan kereta kuda itu akan bermula dari 15 Mac dengan perkhidmatan berjadual 10 pagi hingga 11.30 pagi sementara pada sebelah tengah hari dari 3 petang hingga 4.30 petang.

Ini bagi memastikan perkhidmatan itu tidak terjejas semasa waktu puncak kesesakan jalan raya di ibu negara.

Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) optimis bahawa perkhidmatan kereta kuda itu akan menjadi produk pelancongan yang menarik dan menyasarkan 17,000 penumpang sepanjang 2014.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata buat permulaan tiga gerabak disediakan dan enam ekor kuda dan jumlah gerabak akan ditambah jika mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

-- BERNAMA


1
 2
 3
 4
 5
 7
 8
 9
 10

Friday, 27 December 2013

Zoo Negara berwajah baru kekal di Ulu Kelang

Lokasi : Zoo Negara, Ulu Kelang, Selangor

Acara : Santai

Tarikh : 27/12/2013


Zoo Negara kekal di Hulu Kelang dan kerja pengubahsuaian untuk wajah baru kini sedang berjalan rancak. Tiket masuk bagi rakyat Malaysia dnegan MyKad ialah RM30. Setakat ini enclosure beruang telah hampir siap diubah suai dan hanya menunggu beruang dikembali kan ke enclosure tersebut. Tambahan terbaru ialah harimau putih dan Safari Walk yang hampir siap. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan keadaan binatang-binatang yang kelihatan sihat dan aktif  di dalam enclosure masing-masing. 

1/39
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8 ~ 12  Badak Air Nil - Badak air adalah perenang yang hebat dan boleh menahan nafas didalam air selama 5 minit. Badak air juga boleh berjalan didalam sungai dan tasik. Ia mempunyai kelenjar yang mengeluarkan mukus berwarna 'pink' yang berfungsi sebagai losyen plembab, pelindung matahari dan pencegah serangga..
Makanan utama - rumput & rumpai air.. Habitat asal - Afrika
 9
 10

Thursday, 26 December 2013

Bersantai bersama gajah Kuala Gandah

Lokasi : Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary, Temerloh, Pahang

Acara : Jalan-jalan Makan angin

Tarikh : 24/12/2013


Dah lama tak beraktiviti santai bersama keluarga. Hari ini kami sekeluarga buat keputusan melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, dalam kawasan Parlimen Temerloh, Pahang. Cadangan asal nak balik ke Perak, tapi ibu saya pula bercuti ke Langkawi bersama adik saya. 

Aktiviti di PKGK terhad kepada memberi makan gajah dan persembahan gajah terlatih sahaja. Menurut Mahout yang bertugas, kegiatan mandi bersama anak gajah dan menunggang gajah terpaksa dihentikan buat ketika ini kerana anak-anak gajah dan gajah tunggangan baru masih dalam latihan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur cuma memakan masa sejam suku sahaja. Sebagai peringatan jangan guna Waze map atau pun Google Map. Kedua dua nya memberi pandu arah yang salah dan tersasar hampir 25 km. Dari lebuhraya Pantai Timur keluar exit Lancang dan tuju terus ke Lanchang. Bila tiba Lanchang cari tanda arah ke PKGK. Mudah saja.

Masuk adalah percuma. Selain Cafetaria, kemudahan seperti tandas moden dan bersih disediakan untuk pengunjung mandi dan menyalin pakaian. 

Untuk memberi makan kepada gajah, pengunjung boleh lah membeli pisang dan tebu dengan harga RM5 sesikat pisang dan RM3 bagi seberkas tebu. 

Walaupun terhad aktiviti, saya rasa kunjungan kesana amat berbaloi kerana dapat ketenangan dan terhibur dengan gelagat gajah. 


1/39
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10