Showing posts with label pemandu teksi. Show all posts
Showing posts with label pemandu teksi. Show all posts

Sunday, 22 March 2015

Pemandu teksi bermeter akan caj tambang baru

Lokasi :Petronas Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) bagi menyatakan
sokongan kepada kenaikan tambang baru teksi yang diumumkan SPAD

Tarikh : 22/3/2015


Pemandu teksi bermeter yang bergabung dibawah satu Badan Bertindak akan menggunakan meter yang telah dikalibrat mengikut harga tambang baru kecuali diberitahu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Pengangkutan Darat (SPA) untuk memberhentikan atau menangguhkan nya.

Menurut jurucakap ahli persatuan terpaksa menanggung kos sebanyak RM106 - RM110 untuk reset meter dan RM55 pula untuk pengesahan PUSPAKOM. Terdapat 22 persatuan pemandu teksi yang bergabung dibawah badan bertindak ini dengan jumlah keahlian mencecah 6,000.

Badan Bertindak ini berharap SPAD akan meningkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan bagi menghalang teksi sapu dari 'mencuri' penumpang teksi bermeter.


1
 2
 3
4


Friday, 28 December 2012

Himpunan Raksasa Pemandu Teksi

Venue : Auditorium Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya , Selangor

Event : Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat

Date : 27/12/2012 

Satu bantahan aman dan penyebaran maklumat dan risalah telah dilakukan oleh sekumpulan pemandu teksi yang pro-kerajaan di jalan utama berhadapan Dewan Sivik. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan kecuali kesesakan lalu lintas. 

Majlis malam ini dilaporkan ditaja oleh EXCO Selangor, Ronnie Liew, samada secara peribadi ataupun melalui dana negeri tidak pula diperincikan.

Antara penceramah yang mengambil bahagian ialah Ramasamy, Timbalan KM Pulau Pinang, Ronnie Liew, EXCO Selangor dan Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak selain daripada orang orang kuat persatuan pemandu teksi.

Dalam ucapan Anwar beliau menyentuh isu permit teksi dan  bukan tayar yang dipohon pemandu teksi, isu Syed Mokhtar yang diberi segala macam kontrak oleh kerajaan Najib, isu kekayaan Tun Mahathir dan keluarga. Beliau juga melantik semua pemandu teksi yang hadir sebagai ejen perubahan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab menyampai maklumat kepada penumpang penumpang mereka.


1/30
 2.
3.
4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.