Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

Monday, 28 September 2015

Pakatan Harapan masih menaruh harapan kepada penyertaan PAS

Lokasi : Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor

Acara : Sidang meja bulat Ketua Parti Pembangkang - penubuhan Pakatan Harapan

Tarikh : 22/9/2015



Bekas Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hadir di sidang meja bulat ketua pembangkang atas kapasiti sebagai salah seorang Ahli Parlimen pembangkang. PAS menolak pelawaan menghadiri sidang ini.

Kenyataan beliau ini bukan kenyataan rasmi tetapi membayangkan apa yang telah dibincangkan didalam sidang tersebut. 

BOTTOMLINE : Pakatan Harapan masih menaruh harap untuk PAS menyertai mereka atau memberi  laluan untuk mereka lawan BN satu lawan satu pada PRU14 akan datang.   





Tuesday, 14 April 2015

PAS akan bantu PKR di Permatang Pauh

Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL

Acara : Sidang media selepas mesyuarat bulan jawatankuasa pengurusan PAS Pusat

Tarikh : 13/4/2015


Boleh juga rujuk kepada komen-komen awal di
My FB Quick Entry


Keputusan yang diambil dalam mesyuarat hari ini ialah:

1. PAS akan bertanding dalam PRK Rompin dan Pengurus Pilihanraya islah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Man Tuan Ibrahim. PAS akan bantu calon PKR dalam DUN Muazzam, salah satu dari tiga DUN dalam Parlimen Rompin (DUN Tioman dan Bukit Ibam ditandingi calon PAS)

2. PAS juga akan turun membantu calon PKR di PRK P.044 Permatang Pauh yang akan di urus oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mat Sabu

3. PAS juga akan turut mengambil bahagian dalam himpunan mega Anti GST  pada 1/5/2015 kelak



1
 2
 3
 4
 5
 6


Thursday, 2 April 2015

Sanggupkah PAS terima sekiranya dipaksa keluar dari Pakatan ?

Lokasi : Pusat Media, Pejabat Agung PAS, KL

Acara : Kenyataan SUA PAS mengenai Pakatan Rakyat

Tarik : 31/3/2015



PKR dan DAP Sabah sudah putuskan hubungan dengan PAS Sabah sementara DAP Sarawak telah umum keluar dari Pakatan Rakayat kerana sudah tak tahan dengan PAS.

Khairul Faizi, Penolong Setiausaha Agung PAS pula menegaskan PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat. Pengurusan PAS tidak pernah berbincang mengenai keluar dari Pakatan... Adakah PAS rela sekiranya dikeluarkan dari Pakatan oleh DAP dan PKR ?





Wednesday, 1 April 2015

PAS Pusat pertahan hak PAS Kelantan pinda undang undang Syariah negeri.

Lokasi : Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Tarikh : 30/3/2015


Haji Hadi menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kelantan berhak membentangkan pindaan kepada undang-undang syariah Negeri Kelantan dan terpulangnya kepada komponen lain dalam Pakatn Rakyat hendak bersetuju atau tidak. Buat masa ini soal PAS dalam Pakatan Rakyat tidak dibincangkan langsung dalam mesyuarat mereka. 


1
 2


Tuesday, 17 February 2015

Serangan bertali arus keatas Shafee Abdullah sudah bermula

Lokasi : Pejabat MP Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media bagi membantah perlantikan Shafee Abdullah ke badan hak asasi Asean

Tarikh : 16/2/2015


Secara ringkas nya, sidang media hari ini bertujuan menyatakan bantahan terhadap perlantikan Tan Sri Shafee Abdullah sebagai Pengerusi ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR)  baru-baru ini. Alasan utama ialah Shafee pro-UMNO dan tiada rekod dalam pembelaan isu-isu hak asasi. Saya kurang pasti apa tugasan dan fungsi utama badan tersebut..




1
  2  Dari kiri - MP Alor Setar,  Gooi Hsiao Leung (PKR), MP Kuala Kerai , Dr Mohd Hatta Ramli (PAS) dan MP Segambut, Lim Lip Eng (DAP)
3
4  Mana ada gaduh-gaduh.. we are united !!!
5  Ini fesyen Malaysiakini... depa taip news pakai blackberry saja ...dan satu lagi rahsia ...pen kena gigit dimulut... baru report keluaq laju...


Wednesday, 11 February 2015

Bakal ada perebutan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ?

Lokasi : Pusat Media, Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Selangor

Acara : Sidang media pimpinan Keadilan

Tarikh : 10/2/2015


Azmin Ali menolak kemungkinan beliau menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen secara otomatik kerana menurut beliau ada ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang berkelayakan untuk dipertimbangkan secara konsensus.

Namun kesemua ini bergantung kepada kesudahan kemelut dalaman Pakatan Rakyat. Secara amalan pihak yang mempunyai kerusi paling banyak dikalangan pembangkang akan diberi kerusi Ketua Pembangkang. DAP mempunyai kelebihan tersebut.

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat dijadualkan pada hari Jumaat ini dijangka akan membincangkan antara lain kedudukan Ketua Pembangkang. Jadi buat masa ini memang sukar buat Azmin Ali untuk menyatakan pendirian beliau secara jelas selagi isu kerjasama dalam Pakatan Rakyat tidak diselesaikan dahulu.



1
 2


Monday, 9 February 2015

Hanya kesepakatan INTERIM dicapai menjelang keputusan kes liwat 2

Lokasi : Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL

Acara : Sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 8/2/2015


Mesyuarat yang dinanti nantikan akhir nya berjaya diadakan di Pejabat Agung PAS petang tadi. Semua orang yang dikira penting dalam parti masing-masing diakui hadir termasuk lah Presiden PAS, Haji Hadi Awang.  Tetapi atas alasan beliau mempuyai atur cara lain yang lebih penting, Haji Hadi tidak turut hadir dalam sidang media selepas mesyuarat bersama tersebut.

Kenyataan media yang dibacakan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng hanya menunjukkan satu kesepekatan longgar yang bersifat INTERIM atau sementara yang akan ditentukan kesinambungan nya selepas Mahkamah membuat keputusan kes Liwat 2.0.

Anatara perkara yang dibacakan dalam sidang media yang berjalan tak sampai 5 minit ini adalah :-

1. Mesyuarat bersetuju semua keputusan dibuat atas dasar muafakat bersama

2. Mesyuarat khas untuk memutuskan hal Enakmen Jenayah Syariah 2 dan Peilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan akan diadakan melalui Konvesyen Khas pada 10/5/2015

3. Menjelang keputusan mahkamah ketiga-tiga parti memberi jaminan perjuangan Pakatan Rakyat akan diteruskan Satu mesyuarat tergempar akan dibuat sebaik selepas keputusan mahkamah Kes Liwat 2.0 diterima.

  



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat - Pre-meeting fotos

Lokasi : Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL

Acara : Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 8/2/2015


Fotos only ... 5-8 mins to capture before the meeting starts..

 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 30 January 2015

Sekiranya Anwar dipenjarakan Pakatan Rakyat akan lebih kukuh - Stopa Ali

Lokasi : Pusat media, Ibupejabat PAS, KL

Acara : Sidang media oleh SUA PAS mengenai isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan 



Tarikh : 28/1/2015


Ini jawapan spontan Mustafa Ali bila diajukan soalan samada Pakatan Rakyat akan berpecah sekiranya Anwar dipenjarakan

 



Thursday, 29 January 2015

Stopa Ali dedah cerita dalam selimut, cabar Guan Eng 'face-off' (Full unedited)

Lokasi : Pusat media, Ibupejabat PAS, KL

Acara : Sidang media oleh SUA PAS mengenai isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan 

Tarikh : 28/1/2015


Mustafa Ali tersinggung dan berasa hati setelah di katakan 'dishonest' oleh Lim Guan Eng dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Ikuti pendedahan sepenuh nya oleh Mustafa berkaitan perbincangan beliau dengan Lim Guan Eng mengenai isu berbangkit dan juga urutan sejarah perjanjian bersama PKR, PAS dan DAP dalam mencapai Common Framework. Mustafa Ali juga mencabar Guan Eng untuk 'face-off' bagi membuktikan siapa sebenarnya yang berbohong dan bermulut celupar.





1
 2
 3


Tuesday, 16 December 2014

Anwar akui menjadi orang perantara Hadi Awang dan Lim Kit Siang

Lokasi: Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Anwar Ibrahim mengenai harga minyak dunia

Tarikh : 12/12/2014


Hadi Awang dan Lim Kit Siang masih tidak boleh bersemuka dan duduk semeja. Anwar Ibrahim akui sedang berusaha untuk memulihkan keadaan dan buat sementara menunggu pulih beliau nampak gayanya akan memainkan peranan perantara atau adakalanya menjadi postmen yang menghubungkan Kit Siang dan Hadi..  





Wednesday, 3 September 2014

DAP-PAS-PKR jelas derhaka Titah Tuanku Sultan, tak reti bahasa Melayu mudah




KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada isu penamaan calon MB Selangor oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Ternyata bahawa PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah, manakala PAS mengemukakan dua nama iaitu Wan Azizah & Azmin Ali.

1. Pertama, ini adalah penderhakaan kepada titah Tuanku yang telah menitahkan supaya mereka mengemukakan tidak kurang daripada dua nama.

2. Kedua, kedua-dua nama ini tidak layak menjadi MB. Bukan kerana kedua-duanya anak kelahiran Singapura & bukan anak Selangor. Tetapi kedua-duanya tidak mempunyai kewibawaan & integriti untuk menduduki jawatan MB ini.

3. Ketiga, ini membuktikan sebenarnya entiti yang dinamakan 'Pakatan Rakyat' sebenarnya adalah 'Pecahan Rakyat'. Bagaimana mereka boleh mengaku sebagai sebuah 'pakatan' sedangkan dalam soal pokok seperti siapa patut menjadi MB pun mereka berpecah!

Sebenarnya secara tidak rasmi Pakatan Rakyat sudah berkubur, secara rasminya mereka memang tidak ujud.

Saya cadangkan kepada Tuanku supaya menolak kesemua senarai yg dikemukakan kerana ianya tidak mematuhi titah Tuanku.

Jelas mereka tidak memahami bahasa Melayu yang mudah!

Elok dititahkan mereka patuhi titah Tuanku. Selagi mereka tidak faham erti mentaati titah seorang Raja yang berdaulat, elok jangan dilayan mereka ini.

Sekian terima kasih!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Zul-Qaedah 1435
03 Sept 2014

Thursday, 28 August 2014

#sinistibai - Anwar patut baring atas jalan dan sidang bawah pokok saja

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Mursyidul Am TIBAI menempelak kenyataan Saifuddin Nasution dan Tony Phua mengenai titah Tuanku Sultan Selangor yang mahukan dua nama calon MB dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat dengan mencadangkan Anwar dan PR Selangor meniru apa yang telah dibuat oleh PR Perak setelah kuasa mereka dirempas BN.. Beliau mencadangkan Anwar baring saja diatas jalan dan adakan sidang bawah pokok sebagai tanda protes... 




Monday, 18 August 2014

Azmin tidak pernah kata dia tak mahu jadi MB

Lokasi : Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor


Tarikh : 17/8/2014


Azmin Ali menafikan bahawa beliau tidak ingin menjadi MB Selangor tetapi apa yang beliau tegaskan ialah komitmen beliau kepada Akuan Berkanun (yang beliau tandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah).. Adakah beliau masih menaruh harap Tuanku Sultan akan menolak pencalonan Wan Azizah dan PKR akan mencalonkan beliau pula..? Nampak gayanya Azmin tidak mahu terbelit dengan kata-kata yang beliau tidak teringin dengan jawatan MB dan membiarkan opsyen terbuka.. 


1
 2


Pakatan pilih Wan Azizah sebagai calon MB

Lokasi : Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor

Acra : Sidang media Kepimpinan Pakatan Rakyat bagi mengumumkan calon MB Selangor

Tarikh : 17/8/2014


Pakatan Rakyat mudah membuat keputusan memilih Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor setelah  Azmin Ali memilih untuk akur kepada keputusan PKR dan berpegang kepada Akuan Berkanun yang telah beliau tandatangani.


1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
 9
10