jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Majlis pelepasan konvoi misi bantuan banjir UMNO ke Jerai dan Merbok, Kedah
Lokasi : Perkarangan Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh : 26/8/2021
Video 1 - Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menjalankan amanah untuk menyampaikan sumbangan korporat bernilai hampir RM500,000 dari Ranhill kepada mangsa mangsa banjir di Jerai dan Merbok, Kedah. Pelepasan konvoi disempurnakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Haji Ahmad bin Maslan di perkarangan Seri Pacific Hotel, KL
Lokasi : Bilek Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato Onn, KL
Tarikh : 24/5/2016
Video 1 - Kenyataan penuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selepas mesyuarat Exco untuk berbincang mengenai pendirian Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sg Besar.
Secara ringkas nya apa yang saya fahami dari sesi sidang media adalah:
Pemuda UMNO menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden UMNO selepas satu perjumpaan khas untuk mendapat penerangan dan penjelasan mengenai isu-isu semasa.
Dalam perjumpaan tertutup lebih satu jam tersebut, Presiden UMNO diberitakan telah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB, isu Altantuya, isu jet kerajaan, isu jambatan bengkok, isu GST, isu ekonomi dan lain-lain isu semasa.
Isu yang diberi penjelasan kebanyakan nya bertumpu kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. Presiden UMNO bersetuju untuk mempercepatkan pengauditan 1MDB dan mengambil tindakan tegas keatas mereka-mereka yang didapati menyeleweng
Pemuda UMNO menyarankan kepada Najib untuk mendekati rakyat dan meneruskan usaha-usaha penerangan kepada setiap lapisan masyarakat khususnya ahli UMNO untuk memberi penjelasan dalam isu-isu semasa.
Menurut Khairy cabaran yang dihadapi amat besar dan Pemuda UMNO tidak mahu terperangkap dalam 'sindrom penafian' walaupun mereka percaya dan yakin dapat atasi segala masalah masa ini setelah menerima dengan positif segala penjelasan daripada Presiden UMNO.
Khairy juga menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sokongan yang diberikan adalah palsu kerana kebanyakan mereka yang memberi sokongan adalah mereka yang berpangkat dan berjawatan dalam parti.
Khairy berpendapat bahawa cabaran yang dihadapi UMNO kini tidak lah sehebat cabaran yang dihadapi semasa zaman permulaan reformasi dahulu dan amat yakin UMNO dapat melayari cabaran yang dihadapi sekarang.
Presiden UMNO seterusnya menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan parti dan bukan kepada mana-mana indivdu dan akan hanya menjawab kepada parti dan rakyat.
Ikuti rakaman video penuh sesi Sidang Media untuk mendapat penjelasan sepenuhnya
Acara : Himpunan solidariti bersama Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh : 3/2/2015
Kira-kira 200 orang yang kebanyakan nya Pemuda UMNO telah berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Ismail Sabri yang berhadapan dengan back-lash dari kepimpinan MCA. Ianya berhubung saranan beliau untuk memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun. Rujuk artikel di SINI
+++++++++++++++++++++++
KENYATAAN AKHBAR MANTAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Kami merujuk kepada isu komen saudara YB
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri
Pertanian dan Asas Tani merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia di
laman FB dan media social mengenai Isu Harga Barangan yang telah dipolemikkan
dengan hangat sejak tiga hari lalu.
Kami, mantan-mantan Pemuda Umno Malaysia
berasa terpanggil untuk membicarakan hal ini disebabkan Saudara YB DS Ismail
adalah seorang rakan akrab yang telah lama berjuang bersama-sama demi agama,
bangsa dan Negara.
Ketika bergiat di dalam Pergerakan Pemuda
Umno, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuklah Ketua Pergerakan
Pemuda Umno Bahagian Temerloh dan Exco Pergerakan Pemuda Umno peringkat
nasional.
Sehubungan itu, kami bukan saja sangat
kesal tetapi berasa amat marah terhadap kenyataan berbaur kecaman yang
dilemparkan terhadap beliau oleh pelbagai pihak, khususnya para pemimpin parti
MCA termasuk Ketua Pergerakan Pemudanya.
Kami menganggap kenyataan-kenyataan
tersebut sebagai BODOH, BIADAP dan TERSASAR!
Bodoh kerana kenyataan beliau tersebut
bertujuan membela nasib rakyat terbanyak dalam soal harga barangan yang
seharusnya diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.
Inilah intipati perjuangan YB Saudara
Ismail Sabri yang kami kenali selama ini!
Apatah lagi
bagi parti MCA yang survival politik kepimpinannya hari ini terlampau banyak bergantung kepada
ehsan penyokong dan pemimpin parti UMNO., serta orang-orang Melayu.
Maka kami sama sekali tidak dapat menerima
apabila dalam isu ini Pemuda MCA tergamak senada dan seirama pula dengan parti
pembangkang yang adalah jelas dan nyata seteru politik kepada Umno dan Barisan
Nasional!
Pada hemat kami, sudah terang lagi bersuluh
– wajah sebenar MCA dan para pemimpinnya dalam konteks hubungan sesama parti
komponan BN kini amat terserlah.
Sebenarnya sekian ramai ahli-ahli Umno di
akar umbi sangat terguris dengan tindak tanduk MCA yang kadang kala lebih
chauvinist daripada parti-parti
pembangkang.
Hal ini sekali lagi tertonjol dengan
kebiadapan Ketua Pemuda MCA, bila mana beliau mempersoalkan kesesuaian Saudara
YB DS Ismail Sabri sebagai seorang anggota dalam Jemaah Menteri!!!
Pelantikan Menteri adalah hak mutlak
Perdana Menteri!!!
SIAPA dan APA HAK
Ketua Pemuda MCA untuk mempertikainya!!!
Sebaliknya,
kedudukan MCA sebagai parti komponen yang tidak banyak menyumbang kepada
kekuatan BN harus dikaji semula.
++++++++++++++++++++++++++++++
Video 1 : Ismail Sabri tidak akan minta maaf atau tarik balik seruan untuk pengguna memboikot barangan peniaga Cina yang berdegil enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun
1
2
3
Video 2 : Ismail Sabri tidak sebodoh Presiden MCA yang menyerang Menteri Kabinet yang lain secara terbuka
Acara : Perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
Tarikh : 25/11/2014
Secara ringkas nya :-
Teguran TPM dalam ucapan beliau di Majlis Perasmian Perhimpunan Sayap UMNO 2014
TANGGAPAN DAN KRITIKAN ORANG MUDA TERHADAP UMNO
1. Trust defisit
Kepimpinan yang tidak menampakkan ciri untuk memperjuangkan bangsa dan negara
2. Parti Fuedal
Orang bawah tak boleh bersuara selagi orang atas bersuara
3. Pak turut
Banyak berdiam diri daripada beri idea sebab play safe. Justeru itu umno ketandusan pemimpin
4. War Lord
Banyak pemimpin yang punya barisan setia yang sanggup buat apa sahaja. Ia akan menyebabkan ugut dan sabotage
5. Ugut & Tabur
Tak perlu buat kerja. Cuma kumpul kekayaan dan tabur untuk bertahan dalam UMNO. Politik wang berleluasa
- Orang muda mahu UMNO menjadi parti yang sederhana iaitu teguh memperjuangkan teras melayu tetapi tidak terlalu ekstrem
CADANGAN 7 LANGKAH PEMBAHARUAN DALAM UMNO :
1. Lahirkan pemimpin muda sebagai opinion leader dalam masyarakat
2. Pencarian bakat dari golongan intelektual, profesional, keagamaan untuk bergerak aktif dalam parti
3. Wujudkan modul perkaderan utk lahir pemimpin yang kental dalam perjuangan
4. Semarakkan semangat sukarelawan untuk dekati rakyat
5. Wujudkan institut naziran untuk pantau aktiviti akar umbi di bahagian
6. Gerakkan revolusi mental 2.0. Cernakan idea baru dalam semua bidang. Berpandukan Revolusi Mental oleh Tun Abd Razak
7. Bangkitkan nilai undi. Tingkatkan pendaftaran pemilih melayu supay melayu tidak jadi minoriti dalam PRU.
PEREMAJAAN PARTI
- Individu yang menjadi penghalang kepada agenda ini perlu undur diri secara terhormat dengan segera.
- Ini adalah last call untuk UMNO terus relevan.
- Cari dan selesaikan kesilapan dulu dengan segera. Tak perlu nafikan.
- Tunjukkan keazaman bahawa UMNO mahu berubah.
Terdahulu Muyiddin Yassin menegaskan bahawa Akta Hasutan harus dipertahankan dan ditambah baikan lagi bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatam Negara.
Lokasi : Rumah Pulau Pinang, Bunohan, Tumpat, Kelantan
Acara : Ronda ronda kawasan PRK
Tarikh : 19/9/2014
Semasa melilau-lilau mencari lokasi majlis Himpunan Penggiat Seni anjuran Kementerian Pelancungan, saya terserempak dengan pasukan perubatan Pemuda UMNO, Bukit Gelugor yang sedang menedarkan perbatan percuma kepada masyarakat setempat dikawasan Bunohan. Pasukan yang diketuai oleh Dr Novandri Hassan Basri kenalan blogger yang sering menjalankan kegiatan kesukarelawan. Ini lah masanya masyarakat setempat tidak kira fahaman politik dapat merasakan perkhidmatan perubatan percuma.. Elok juga kalau PAS pun turut mengadakan perkhidmatan percuma sebegini.
1
2
3
4
5 Saya pun turut tidak melepaskan peluang mendapatkan ubatan percuma untuk keracunan makanan yang saya alami sejak tiga hari yang lalu... :)
Very impressive pelancaran Jentera Motosikal Pemuda UMNO dengan kehadiran hampir 1,000 Pemuda UMNOPengkalan Kubor. Jentera ini akan digerakan dalam kerja kempen dan juga bagi membawa keluar para pengundi pada hari mengundi nanti. Harap-harap duit minyak tidak terputus atau di songlap separuh jalan...