Showing posts with label pmo. Show all posts
Showing posts with label pmo. Show all posts

Thursday, 26 July 2018

Majlis Apresiasi Penggiat Media Sosial oleh Perdana Menteri

Acara : Majlis Apresiasi Penggiat Media Sosial pro kerajaan Pakatan Harapan

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh : 26/7/2018 @ 6.00 pm



Majlis hari ini ialah sesi kedua daripada beberapa sesi pertemuan yang diatur untuk Dr Mahathir bertemu para penggiat media sosial pro kerajaan Pakatan Harapan.


Video 1 - Ucapan aluan oleh A.Kadir Jasin, Penasihat Media kepada PM7



Video 2 - Biro Tata Negara akan dikekalkan dan akan beroperasi mengikut matlamat asal penubuhan nya.




*****************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 30 May 2018

Sidang media mesyuarat kedua Kabinet PM7

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Kabinet

Lokasi : Tingkat 1, Perdana Putra, Putrajaya

Tarikh : 30/5/2018 @ 1.00 pm




Antara perkara penting yang diumumkan dalam sidang media PM7:


1) Bantuan RM400 untuk kakitangan awam gred 41 ke bawah.

2) Bantuan RM200 untuk pesara kerajaan.

3) GST sifar bermula 1/6/201

4) GST diganti dengan SST mulai 1/9/2018

5) Harga RON 95 & Diesel kekal. RON 97 mengikut harga semasa.

6) Bantuan sara hidup akan diberikan kepada rakyat bagi menggantikan BR1M.

7) HSR dibatalkan tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana ianya membawa implikasi kewangan yang tinggi

8) MRT 3 tidak akan diteruskan.

9) Tabung Harapan Malaysia (tabung untuk rakyat derma pada kerajaan). Ramai rakyat patriotik bersimpati dan sanggup memberi derma apabila mengetahui kedudukan kewangan kerajaan masa ini.

10) Diskaun 50% untuk semua tol 2 hari sebelum raya.

11) Tema hari kebangsaan - Sayangi Malaysiaku

12) PERMATA ditukar kebawah Kementerian pendidikan.

13) Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.




************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


Friday, 25 May 2012

India PKR tuntut siasatan segera Polis

Venue : Perkarangan Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Event : Penyerahan Memorandum Bantahan kepada Ketua Polis Negara

Date : 24/5/2012 @ 11.00 am


Sekumpulan India PKR telah dibelasah teruk oleh kumpulan pemuda MIC yang diketuai oleh T.Mohan ketika mereka bertembung di luar pejabat Perdana Menteri, Putrajaya kira kira sebulan yang lalu. Ketika kejadian kumpulan India PKR cuba menghantar memorandum kepada PM mengenai seorang pelajar bernama Reshina yang tidak mempunyai kad pengenalan walaupun sudah berumur 15 tahun. Kumpulan pemuda MIC yang jumlahnya dua kali ganda ramainya pula dalam perjalanan menghantar memorandum menyatakan sokongan mereka kepada PM. 

Tidak diketahui sama ada kumpulan India PKR yang dekepalai oleh Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran ini ada membuat sebarang temujanji dengan pihak Bukit Aman untuk menghantar memorandum bantahan ini. Mereka mendesak untuk menghantar nya terus kepada KPN. Tapi setelah berbincang dengan pihak Perhubungan Awam Bukit Aman, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan penyerahan tersebut sehingga KPN bersedia menerimanya sendiri..


1.
 2.
 3. Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran (DAP) akan bertindak sebagai peguam kepada kumpulan ini bersama sama dengan peguam PKR, R Surenderan.
 4.
 5.
 6.