jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label memorandum bantahan. Show all posts
Showing posts with label memorandum bantahan. Show all posts
Memorandum ini telah disampaikan kepada Majlis Peguam pada 2 oct 2012, jam 3 45 ptg. Seramai 100 wakil2 ngo telah berhimpun secara aman di pej Majlis Peguam.
MEMORANDUM
BANTAHAN
KEPADA
MAJLIS
PEGUAM MALAYSIA
Keamanan negara merupakan satu
perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan,
kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa
keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat
sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.
Peranan
pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah
memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi
hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara
pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% -
48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu
20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.
Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas
yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan
masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada
mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa
mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.
Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak
termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal
keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah
mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan
polis.
Majlis
Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan
dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan
setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga
keamanan negara dan keselamatan rakyat.
Majlis
Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan
hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat
serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman
anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan
kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang.
Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan
kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat
yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan
yang lebih baik dinegara ini.
Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk
menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan
ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.
PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,
Gagasan Anti Penyelewengan
Selangor (GAPS)
Pertubuhan Pribumi PERKASA
Malaysia
Jaringan Melayu Malaysia
(JMM)
Jaringan Cina Malaysia (JCM)
Pertubuhan Waris Malaya
4 Justice
Pertubuhan Tolak Individu Bernama
Anwar Ibrahim (TIBAI)
Venue : Perkarangan Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur
Event : Penyerahan Memorandum Bantahan kepada Ketua Polis Negara
Date : 24/5/2012 @ 11.00 am
Sekumpulan India PKR telah dibelasah teruk oleh kumpulan pemuda MIC yang diketuai oleh T.Mohan ketika mereka bertembung di luar pejabat Perdana Menteri, Putrajaya kira kira sebulan yang lalu. Ketika kejadian kumpulan India PKR cuba menghantar memorandum kepada PM mengenai seorang pelajar bernama Reshina yang tidak mempunyai kad pengenalan walaupun sudah berumur 15 tahun. Kumpulan pemuda MIC yang jumlahnya dua kali ganda ramainya pula dalam perjalanan menghantar memorandum menyatakan sokongan mereka kepada PM.
Tidak diketahui sama ada kumpulan India PKR yang dekepalai oleh Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran ini ada membuat sebarang temujanji dengan pihak Bukit Aman untuk menghantar memorandum bantahan ini. Mereka mendesak untuk menghantar nya terus kepada KPN. Tapi setelah berbincang dengan pihak Perhubungan Awam Bukit Aman, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan penyerahan tersebut sehingga KPN bersedia menerimanya sendiri..
1.
2.
3. Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran (DAP) akan bertindak sebagai peguam kepada kumpulan ini bersama sama dengan peguam PKR, R Surenderan.