Showing posts with label provokasi. Show all posts
Showing posts with label provokasi. Show all posts

Thursday, 25 June 2015

Tindakan akan diambil kepada ahli UMNO yang bakar bendera DAP

Lokasi : Jakel Mall, Kuala Lumpur


Tarikh : 24/6/2015


Oleh SM Amin
KUALA LUMPUR, 24 Jun:

Ahli UMNO yang terbukti terlibat membakar bendera DAP di bangunan Komtar baru-baru ini akan dikenakan tindakan kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun kata Adnan, pihak polis perlu menjalankan siasatan teliti terlebih dahulu bagi menyiasat dalang sebenar disebalik kejadian itu.

"Saya tidak tahu siapa yang buat, ada yang tuduh UMNO buat.
"Tetapi kalau UMNO buat kita akan ambil tindakan kepada ahli-ahli yang buat perkara ini kerana ini bukan sikap UMNO

"Orang boleh guna nama UMNO. Betul atau tidak kita tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di Program Bantuan Baju Raya anjuran Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Jakel Mall di sini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berharap pihak polis mengambil tindakan segera kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam cubaan menaikkan semangat kebencian antara satu dengan lain.

Kata Ku Nan, sebagai negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa, kekuatan terletak kepada masyarakat Yang bersatu dalam kepelbagaian.

"Jadi jangan ada puak-puak tertentu yang ingin untuk melihat kesatuan yang kita ada ini akan berpecah dan akhirnya kita akan bertelingkah antara satu sama lain.

"Saya menasihatkan semua pihak berhati-hati kerana ada banyak tukang dalang, batu ronson akan buat macam-macam untuk bawa cerita menaikkan semangat sifat kebencian diletakkan dalam hati manusia," ujarnya.






Monday, 4 May 2015

PRK P.44 - Kawasan putih BN akan diganggu menjelang pengundian

Lokasi : Rumah sebelah Masjid Saad, Tanah Liat

Acara : Sambutan Hari Ibu oleh Wanita UMNO

Tarikh : 3/5/2015



Wanita UMNO dakwa kawasan putihBN akan diganggu oleh pihak lawan menjelang hari pengundian pada 7/5/2015 nanti. Ketua mereka Shahrizat Jalil meminta para penyokong BN supaya jangan bertindak balas kepada sebarang provokasi tetapi sebalik nya segera melaporkan kepada Polis.







Wednesday, 29 October 2014

Penyokong Anwar lakukan provokasi depan mahkamah

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014



Jumlah penyokong Anwar memang melebihi jumlah yang turun menyokong mangsa liwat tetapi sebahagian mereka memang turun dengan cara berdemo jalanan dengan melakukan provokasi walaupun dalam kelompok mereka sendiri. Mungkin ini cara mereka untuk menarik perhatian wakil media yang hadir memang membuat liputan. Pihak Polis yang berkawal hanya memerhati gelagat mereka.

 
 Video 1 - Tian Chua jangkakan keputusan lewat
 


Video 2 - Penyokong Anwar melakukan provokasi dengan membakar T-shirt yang tertera wajah Saiful


 
1  Bersama temana-teman wakil media... anak dara yang mulut macam Angelina Jolie tu si Zuzu Malaysiakini... hehe
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 

Thursday, 6 February 2014

Giliran Kit Siang pula buat laporan Polis?

Lokasi : Taman OUG, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia

Tarikh : 5/1/2014


Al-Baqarah : 120



Ini amaran dari MJMM .. Adakah Kit Siang pula akan berlakun jadi tikus dan membuat
laporan Polis kerana menerima amaran ini ?

1
2


Tuesday, 28 January 2014

Najib seru semua bertenang hadapi provokasi

Lokasi : Hotel Concorde, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas selepas Majlis Peluncuran Buku Maps of Malaya and Borneo

Tarikh : 27/1/2014



MENGENAI INSIDEN DI PULAU PINANG PM TELAH MENGARAHKAN PERBUATAN PROVOKASI YANG BOLEH MENJEJASKAN  ANTARA KAUM DAN AGAMA DIBANTERAS OLEH PIHAK BERKUASA.

KERAJAAN MENGUTAMAKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN BERDASARKAN PENGUATKUASAAN THE RULE OF LAW.

PM BERHARAP TIADA PIHAK BERTINDAK BALAS UNTUK MENGERUHKAN  LAGI SUASANA. BIARLAH PIHAK BERKUASA  YG MENGAMBIL TINDAKAN SELANJUTNYA. JANGAN LAH ADA PIHAK YG MELATAH  DALAM APA JUA KEADAAN




Tuesday, 23 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - MBM nafi sokong 16:16

Lokasi : Primula Pointray, Kuala Besut, Terengganu

Acara : Sidang media

Tarikh : 23/7/2013  @  6.00 pm


Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah antara 4 NGO Melayu / Islam yang disenaraikan dalam risalah yang disebarkan sekitar Kuala Besut. Tiga lagi NGO adalah GPMS, PEKIDA dan PERKASA. Perbuatan menyebarkan risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mengelirukan pengundi untuk mempercayai bahawa percubaan menubuhkan DUN berkomposisi 16:16 mendapat sokongan dari empat NGO tersebut. MBM petang tadi dengan tegas menafikan bahawa mereka terlibat.. 


Sdr Manndzri Hj Nasib, Naib Presiden MBM menunjukan risalah yang dimaksudkan.


Friday, 21 September 2012

Hina Islam - Pemuda UMNO tidak bersendirian dalam demo

Venue : IbuPejabat Pemuda UMNO Malaysia, Tingkat 28, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Event : Sidang media mengenai demo bantahan terhadap "Innocence of Muslims" dan penghinaan terhadap Islam dan RasulAllah

Date : 20/9/2012 @ 10.30 am


Pemuda UMNO akan mengadakan himpunan bantahan terhadap provokasi yang menghina Islam dan RasulAllah SAW yang dilakukan oleh penerbit filem "Innocence of Muslims" dan juga penerbit sebuah majalah Peranchis. Perhimpunan yang akan dilakukan selepas Solat Jumaat akan turut disertai oleh sayap pemuda Gerakan, MIC dan MCA termasuk lah juga NGO seperti PERKASA dan Persatuan Silat Lincah Malaysia. Khairy manjangkakan kurang lebih 5,000 orang akan menyertai himpunan ini. Wanita UMNO juga akan turut menghantar delegasi mereka.


1.
 2.