Showing posts with label kes liwat II. Show all posts
Showing posts with label kes liwat II. Show all posts

Thursday, 29 January 2015

Anwar dijangka lari ke luar negara sebelum penghakiman ?

Lokasi : IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis oleh Musyidul Am TIBAI bagi menghalang Anwar Ibrahim
melarikan diri ke-luar negara sebelum penhakiman Kes Liwat II pada 10/2/2015

Tarikh : 28/1/2015


Dengan kesangsian bahawa anwar akan berada di mahkamah atau didalam negara di hari penghakiman Kes Liwat II pada 10/2/2015, satu laporan Polis telah dibuat oleh Mursyidul Am TIBAI, Sdr Zahid Md Arip bagi mendesak pihak berkuasa untuk merampas passport antaranbangsa Anwar Ibrahim. Ini bagi menghalang sebarang keberangkalian cubaan Anwar untuk melarikan ke luar negara bagi mendapat perlindungan politik.

Ikuti ulasan dan pandangan Zulkifli Noordin mengenai  keberangkalian Anwar melarikan diri dalam catatan blog beliau di SINI


1
 2
3
 4
 5


Friday, 7 November 2014

Pendakwa dan peguam yakin perbicaraan selesai minggu ini

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir kes Liwat II

Tarikh : 6/11/2014


Perbicaraan rayuan kes Liwat II akan disambung semula pada jam 3 petang selepas Solat Jumaat 7/11/2014. Kedua-dua peguam dan pendakwa yakin perbicaraan akan selesai sebelum jam 5 petang tetapi tidak pasti bila keputusan Hakim akan diperolehi.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 5 November 2014

Anwar yakin sokongan rakyat masih kuat dan akan kekal bebas

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II

Tarikh : 4/11/2014



Tan Sri Shafee selesai hujah sebentar tadi. Esok tiada bicara dan akan bersambung pada hari Khamis apabila peguam Anwar pula akan berhujah balas. Shafee berkata keputusan rayuan liwat paling cepat pada hari Jumaat, tapi mungkin juga seminggu atau dua minggu bagi Hakim membuat keputusan.



1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
9
 10
 11
 12
 13


Tuesday, 4 November 2014

Pembuktian DNA lelaki Y ikut prosedur

Lokasi : Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II

Tarikh : 3/11/2014



Catatan :

1. 'Exhibit' yang digunakan dalam pembuktian siapakah Lelaki Y ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperolehi dari lokap dimana Anwar ditahan

2. Daripada tiga 'exhibit' yang disebutkan, pihak jabatan kimia dapat mengumpul DNA yang sepadan dengan DNA yang diperolehi dari rektum sipengadu.

3. Pihak Polis terpaksa menggunakan kaedah alternatif untuk mendapatkan contoh DNA kerana Anwar enggan bekerjasama dalam membuat DNA 'profiling'

4. Mahkamah akan menyemak semula prosedur penahanan Anwar setelah beliau mendakwa terpedaya dengan penahanan beliau yang bertujuan untuk mengambil contoh DNA sedangkan pihak pendakwa mengatakan bahawa penahanan tersebut adalah mengikut prosedur untuk mendapatkan keterangan orng kena tuduh.

5. Dr Osman PUSRAWI telah membuktikan diri beliau tidak boleh dipercayai dengan kenyataan yang tidak konsisten mengenai 'plastik' yang menusuk rektum Saiful.


1
 2
 3
 4


Anwar berkeras pertahan perlantikan Gopal sebagai peguam

Lokasi : Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II

Tarikh : 3/11/2014


Video 1 - Anwar Ibrahim berkeras pertahankan perlantikan Gopal Sri Ram sebagai peguambela kanan beliau. Anwar juga menyatakan keyakinan dengan sikap teliti panel Hakim dalam hal DNA yang pembuktian nya lebih saintifik dari politik. Beliau juga menganbil kesempatan untuk menyindir pihak peguam pendakwa yang dikatakan bercita-cita hendak menjadi Peguam Negara.




Video 2 - Gelagat penyokong Saiful Bukhari diluar Istana Kehakiman



1 ~ 2  Penyokong Anwar dianggarkan sekitar 100 orang pada jam 11.00 pagi
 2
3 ~ 7  Gelagat penyokong Saiful Bukhari yang tiba pada jam 11.20 pagi.. Jumlah lebih kurang 50 orang.
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10

Sunday, 2 November 2014

Cabaran Tun M berdepan rakan kolej Anwar dalam kabinet

Lokasi : Stesen bas, Maran, Pahang

Acara : Himpunan Solidariti bersama Anwar Ibrahim

Tarikh :


Ada portal berita yang membawa cerita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri tak yakin bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan liwat berdasarkan apa yang telah dikatakan oleh sahabat Anwar, Fauzi Abdul Rahman.  

Umum mengetahui bahawa memang benar pada peringkat awal Tun Dr Mahathir menolak dakwaan polis bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan salah laku seks kerana begitu sayang dan percaya kepada Anwar. Tetapi setelah segala bukti dikemukan oleh Ketua Polis Negara termasuk oleh pegawai penyiasat ketika itu Tan Sri Musa Hassan, beliau telah yakin bahawa Anwar memang telah melakukan liwat seperti yang telah dilaporkan kepada beliau.

Mustahil Dr Mahathir dapat menyakinkan kabinet dan MT UMNO untuk memecat Anwar sekiranya beliau sendiri tidak yakin dengan hasil siasatan Polis. Tun Dr Mahathir mungkin telah menghadapi sedikit tentangan dan bantahan dari anggota kabinet yang terdiri daripada teman setia Anwar (kelompok x-MCKK & ABIM)) yang bersolidariti dengan beliau pada ketika itu


Mengenai Fauzi Abdul Rahman (Dari FB)

Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran yang kedua (era Tunku Abdul Rahman).

Datuk Fauzi menamatkan pelajaran di peringkat menengah di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) bersama-sama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1964.
Beliau merupakan lepasan Imperial College, University of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.

Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 (1990).Beliau memegang jawatan Ahli Parlimen Kuantan Selama dua penggal (dari 1990-1999). Pada tahun 1999 iaitu pilihanraya yang ke-10, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.

Pada 23 Julai 2008, Datuk Fauzi telah mengisytihar keluar daripada UMNO dan menyertai PKR. Kini beliau merupakan Ketua Perhubungan Keadilan Negeri Pahang.

 








Friday, 31 October 2014

Teguran sinis kepada YB-YB Pakatan dari pemandu teksi

Lokasi :Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II - Himpunan penyokong Anwar Ibrahim

Tarikh : 30/10/2014


Pemandu teksi Saw Hock Hin seperti biasa akan berpantun dan berpuisi dimana saja tempat yang memberi ruang kepada beliau. Bakat semula jadi yang jarang dimiliki oleh orang Melayu sendiri. Pertama kali saya terserempak dengan beliau ketika PRK Sg Pinang, Negeri Sembilan. 


1
 2



Anwar rasa penghujahan peguambela kuat dan beliau yakin akan bebas

Lokasi : Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II

Tarikh : 30/10/2014


PUTRAJAYA: Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari ketiga hari ini.

Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh menyambung sesi penghujahannya semalam pada sebelah pagi, sebelum diteruskan sesi hujah balas daripada pihak pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dijangka diadakan di sebelah petang nanti.

Pihak pendakwa dijangka  akan membentangkan hujah bukan saintifik manakala pada pagi hari Jumaat, Muhammad Shafee memerlukan dua jam untuk menyampaikan hujah saintifik berkenaan sampel DNA tersebut.



1  Pak Din sudah kembali bertugas dengan keluarga Anwar sejak tiga bulan yang lalu setelah di minta oleh Anwar.  Pak Din sebenarnya telah memulakan perniagaan mini market di Pinggiran Bukit Jalil. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perjalanan Anwar hingga ke penghujung setelah berkhidmat lebih 15 tahun
 2  Cucu-cucu Anwar ...anak Nurul Hana
 3  Gopal Seri Ram, bekas Hakim Persekutuan yang kini mewakili Anwar
 4 
 5 "Mereka begitu hebat dalam penghujahan. Saya percaya selepas ini tiada lagi sebab atau hujah yang munasabah untuk mensabitkan saya dengan pendakwaan ini, apatah lagi ada usaha untuk menambah pula hukuman yang sedia ada,"
 6
 7
 8
 9
 10
 11  Ram Singh mewakili Anwar Ibrahim
 12
 13
 14
 15
16
 17  Anak lelaki Anwar, Mohd Ihsan

Putrajaya – Anak lelaki Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Ihsan berkata, beliau sekeluarga bersikap optimis selepas prosiding rayuan terakhir kes liwat ketua pembangkang kini masuk hari ketiga.
Berusia 27, Mohd Ihsan berkata, selagi mahkamah belum memutuskan  sama ada bapanya dibebas atau dipenjarakan, perjuangan menuntut keadilan perlu diteruskan.
“Kita optimistik dan perjuangan harus diteruskan.
“Saya rasa kita harus positif,” katanya selepas berakhirnya prosiding hari ketiga rayuan terakhir kes liwat bapanya.
Ihsan yang menetap Amerika Syarikat (AS), pulang dari  bersama isterinya dan adik perempuannya, Nurul Hana, kembali ke tanah air untuk memberikan sokongan kepada bapa mereka dan mereka meletakkan pandangan yang positif terhadap kes ini. Mereka juga amat kesal apabila pihak pendakwaan kini dilihat cuba merendah-rendahkan hujah dan bukti yang dikemukakan. Artikel penuh di SINI
18
19