Showing posts with label saiful bukhari. Show all posts
Showing posts with label saiful bukhari. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Penyokong Anwar lakukan provokasi depan mahkamah

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014



Jumlah penyokong Anwar memang melebihi jumlah yang turun menyokong mangsa liwat tetapi sebahagian mereka memang turun dengan cara berdemo jalanan dengan melakukan provokasi walaupun dalam kelompok mereka sendiri. Mungkin ini cara mereka untuk menarik perhatian wakil media yang hadir memang membuat liputan. Pihak Polis yang berkawal hanya memerhati gelagat mereka.

 
 Video 1 - Tian Chua jangkakan keputusan lewat
 


Video 2 - Penyokong Anwar melakukan provokasi dengan membakar T-shirt yang tertera wajah Saiful


 
1  Bersama temana-teman wakil media... anak dara yang mulut macam Angelina Jolie tu si Zuzu Malaysiakini... hehe
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 

Penyokong mangsa liwat turun beri sokongan

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014
 


Wah siapa pula yang jadi penaja penyokong Saiful Bukhari mangsa liwat seramai lebih kurang 300 orang di hadapan Istana Keadilan Putrajaya ? Mereka berhimpun secara aman dan membawa pelbagai sepandok bagi menyatakan sokongan moral mereka kepada Saiful. Kebanyakan mereka bersurai sebelum waktu makan tengah hari setelah mengetahui bahawa keputusan tidak akan diperolehi pada hari yang sama. 
 
1  Bersama Nasir Sudin (Harakah) dan Wira (RocketDaily).
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8 Kumpulan Belia 4B
 9
 10
 11
 12
 

Saturday, 22 March 2014

N25 Kajang - Bahan bukti sabitkan Anwar tidak tercemar

Lokasi : Padang awam Kg Sungai Kantan, Kajang

Acara : Perhimpunan Anak-Anak Bai'ah Kajang

Tarikh : 21/3/2014


Ini lah penerangan yang mudah difaham mengenai fakta yang menyebabkan Anwar Ibrahim
disabitkan dengan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan. Ianya berkaitan dengan bahan bukti yang diperolehi dari badan Saiful Bukhari yang boleh dipadankan dengan profil DNA Anwar Ibrahim. Penerangan ini wajib ditonton dan difahami oleh semua rakyat Malaysia yang mencari kebenaran tapi masih lagi terkeliru dengan pelbagai versi spinning yang dilakukan oleh penyokong Anwar walhal mangsa liwat Saiful Bukhari hanya berdiam diri dan menyerahkan bulat-bulat kepada sistem mahkamah untuk penghakiman.


1
2
3


N25 Kajang - Anwar zalimi diri bila enggan bersumpah bersih nama

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Perkara yang paling mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan untuk membersihkan nama dan menghilangkan syak wasangka terhadap beliau. Namun beliau enggan berbuat demikian walaupun diminta oleh sahabat baik dan terdekat beliau. Sebaliknya Saiful Bukhari telah melakukan nya dua kali termasuk sekali didepan Kaabah. Siapa yang menzalimi siapa sebenarnya ?




Friday, 21 March 2014

N25 Kajang - Anwar zalimi diri dengan menolak ujian DNA

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Zul Noordin cadangkan kepada Anwar supaya bagi sample darah bagi tujuan pengesahan DNA kerana beliau sangka Anwar difitnah. Yang pastinya Anwar menolak cadangan yang boleh memudahkan penolakkan pertuduhan keatas beliau. Mengapa beliau enggan beri sample darah? Siapa yang menzalimi siapa?



N25 Kajang - Anwar zalimi diri apabila enggan jadi saksi liwat

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Anwar menolak peluang mempertahankan diri dalam kandang saksi.. jadi salah siapa? Siapa menzalimi siapa ?





N25 Kajang - Anwar zalimi diri dengan melantik Karpal

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Apa alasan sebenar Anwar melantik Karpal Singh sebagai peguam bela beliau bilamana sudah terang terangan Karpal Singh lah yang mula-mula sekali menuduh beliau terlibat dalam kegiatan homoseksual ?



Friday, 7 March 2014

N25 Kajang - Anwar diyakini akan menang rayuan kes liwat

Lokasi : Pusat Komuniti, Sungai Kantan, Kajang, Selangor

Acara : Pelancaran Bilek Gerakan Pakatan Rakyat, PDM Sungai Kantan, N25 Kajang

Tarikh : 6/3/2014


Azmin Ali menegaskan bahawa Anwar Ibrahim akan terselamat dari cubaan menghukum beliau dalam rayuan kes liwat Saiful Bukhari sehingga kan tiada 'back-up' atau 'contigency plans' sekiranya beliau didapati bersalah.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8  Anwar terpaksa menghadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan Khalid Ibrahim untuk membincang isu perjanjian air. Azmin menyempurnakan majlis
 9
10  Selfie bersama Azmin dan Sha 


Monday, 5 August 2013

Rayuan kes liwat Anwar suatu wayang - Yuktes



Pendedahan Yuktes melalui e-mail bertarikh 2/8/2013. Saya dedahkan bagi penilaian rakan rakan blogger dan para pembaca yang telah menjadi 'pakar' dalam kes liwat Anwar vs Saiful. Anda semua nilai lah sendiri... Bagi saya persoalan siapa itu Yuktes amat penting bagi memastikan kita semua tidak dipermainkan oleh 'yet another spinner'.. Namun setakat ini pihak Anwar tidak pula ambil endah untuk menafikan atau menyerang balas pendedahan yang dibuat setakat ini.


"Gay Malaysia dengan Gay Barat"

"emel ini menunjukkan perhubungan di antara seorang pemerhati antarabangsa dengan kita (team peguam Anwar),
kita dah lama tahu keputusan anwar akan bebas dan keputusan AG nak fail rayuan tapi bila dia orang fail, kita buat drama..
bukti drama :

Anwar”s lawyer Sankara Nair told The Malaysian Insider that he had not been informed by the prosecution on the filing of the appeal against Mohd Zabidin”s decision.

“I am not aware of this, we have not received anything so far, strange that it was done today, towards the end of the appeal period,” he said.

(The Malaysian Insider)
laporan pemerhati asing itu membuatkan warga asing dan badan2 lain seperti UN, IPU dan negara asing seperti Australia dan Kanada percaya Anwar dianiyai BN (** Bukti ditempelkan dibawah dalam bentuk email dari pemerhati tsbt kepada Sankara Nair)
permerhati ni member kita ;)
saya menyeru kementerian luar negara dan kementerian dalam negeri untuk memberi saya platform untuk menceritakan hal sebenar kepada badan2 tersebut"

...Yuktes..



Yusof yang dimaksudkan dalam email diatas adalah bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

P.S Betul ke surat layang di Permatang Pauh itu sebenarnya disebarkan oleh Anwar sendiri sebagai langkah mengalihkan pandangan rakyat Malaysia dari pendedahan yang dibuat oleh Yuktes??



Friday, 2 August 2013

Yuktesvaran beri Anwar 7 hari untuk respon

Lokasi : Restaurant Lotus, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media Yuktesvaran a/l Malaipan

Tarikh : 1/8/2013 @ 1.30 pm


Ini notis awal mengenai Sidang Media

"Sidang Media  -Yuktesvaran (Bekas Pembantu Shankara Nair, peguam Anwar Ibrahim dlm kes Liwat) akan membongkar dokumen2 Sulit Penipuan Anwaribrahim utk Membodohkan Rakyat serta mencabar Pihak AG, KETUA POLIS & MAJILIS PEGUAM kenapa tiada tindakan mengenai laporan polis yang dibuat 2 minggu yang lepas. Serta terbaru Laporan mengenai isu dakwaan 40k Bangla yang menangkan BN"


Tiada apa pendedahan dokumen dokumen sulit dibuat semasa sidang media selain cerita panjang berjela dari pemuda berumur 25 tahun. It was a very long rant. Untuk buat cerita pendek agak sukar dan memakan masa pasal dia suka mengait cerita dengan kejadian dan isu isu lain selain dari kes liwat. 

Anyway saya tempelkan disini salinan 2 laporan Polis yang diperkatakan bagi rujukan pembaca yang mengikuti kes liwat Anwar Ibrahim secara terperinci


Laporan 1
 Laporan 1/2
Laporan 2/2
Rakaman penuh sidang media. Siapa ada masa boleh lah tolong buatkan transkrip. 




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8