Showing posts with label pulapol. Show all posts
Showing posts with label pulapol. Show all posts

Friday, 15 September 2017

RCI kebakaran Pondok Pak Ya perlu dikaji untuk adaptasi dalam kes Darul Quran Ittifaqiyah

Acara : Sesi Transformasi Nasional 2050 TN50 Kluster Keselamatan

Lokasi : Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, PULAPOL, KL

Tarikh : 15/9/2017


Video 1

Ringkasan sidang media Zahid Hamidi

1. Mesyuarat pasukan petugas khas yang pertama akan diadakan pada hari Selasa 19/9/2017 yang melibatkan menteri menteri yang berkaitan pendidikan, agensi agensi dan jabatan jabatan yang berkenaan pendidikan
2. Syor yang dibuat RCI kebakaran Pondok Pak Ya, Kedah pada tahun 1989 akan dikaji semula dan diguna sebagai garis panduan kerana hasil siasatan dan syor syor RCI tersebut tidak diberi sebarang tindakkan susulan. (Kemungkinan redundancy sekiranya satu lagi RCI diadakan)
3. PDRM tidak menolak sebarang keberangkalian perbuatan jenayah dan akan menyiasat secara teliti dari pelbagai aspek dan punca
4. Zahid sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak mempunyai niat atau perancangan untuk mengambil alih pentadbiran sekolah sekolah agama dan maahad tahfiz kerana ianya dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.
5. JAKIM hanya diberi kuasa penyelarasan sekolah sekolah agama tetapi tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan undang undang seperti keperluan memenuhi piawaian keselamatan dan sebagainya.. kuasa tersebut terletak pada jabatan agama negeri




Video 2 - Segala syor dari hasil siasatan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja dalam kes kebakaran Pondok Pak Ya pada tahun 1989 perlu dikaji dan digunapakai mana mana syor yang berkenaan dalam kes kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah





*********************************************************************************

 1
2
3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10
 11



Wednesday, 25 March 2015

208 tahun pengalaman PDRM berbanding tak sampai 10 tahun Pakatan Rakyat

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur

Acara : Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-208, Tahun 2015

Tarikh : 25/3/2015



Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-208 tahun, terbayang dibenak kepala saya betapa banyak nya pengalaman yang telah terkumpul oleh PDRM untuk membolehkan mereka membaca dan menyelam pemikiran pihak-pihak yang cuba membuat onar di negara ini. Awesome...

Daripada 208 tahun saya telah menghadiri 35 tahun sambutan Hari Polis di PULAPOL... Banyak kenangan di PULAPOL termasuk lah sejarah pertemuan kali pertama saya dengan isteri saya.. sehingga menjejak ke jinjang pelamin.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10