Showing posts with label saman fitnah. Show all posts
Showing posts with label saman fitnah. Show all posts

Thursday, 29 January 2015

Isu bakar Bible, PERKASA jadi punching-bag

Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Acara : PERKASA fail saman fitnah keatas Joseph Kurup

Tarikh : 28/1/2015


Ikuti penerangan penuh Ibrahim Ali mengenai isu kenyataan bakar Bible yang yang diterima oleh pelajar Islam di Sekolah Menengah Jelutong. Bible yang diedarkan berbahasa Melayu dan mempunyai kalimah Allah. 

Ibrahim Ali menyarankan ibubapa kepada pelajar yang mnerima Bible tersbut untuk membakar saja Bible yang diterima sebagai cara melupuskan Bible tersebut. Ianya samalah dengan cara orang Islam melupuskan Quran lusuh dimana abu nya dibuang kedalam sungai  atau ditanam saja.






Menteri memfitnah di saman PERKASA

Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, KL

Acara : PERKAS fail saman fitnah keatas Joseph Kurup

Tarikh : 28/1/2015


Ibrahim Ali dan Joseph Kurup memang ada personality differences sejak sekian lama. Kali ini Ibrahim Ali sudah hilang sabar kerana Joseph kerap sangat mengeluarkan kenyataan berupa fitnah mengenai PERKASA. Joseph dikatakan mendakwa PERKASA adalah satu pertubuhana ekstrim, rasis dan pelampau agama.

Untuk rujukan "Ibrahim Ali desak Joseph Kurup ditukar pasal Hudud"


1
File pic - Anwar and Joseph Kurup
2



Sunday, 25 January 2015

Isteri MP 'minta nyawa' takut malu pasal perintah sita

Lokasi : Taman City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media PMSP mengenai penyitaan pejabat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng

Tarikh : 22/1/2015


Kes saman fitnah oleh MP Segambut, Lim Lip Eng keatas bekas ahli DAP Serdang Baru, Yap Kwan Meng telah memihak kepada Yap Kwan Meng. Pihak mahkamah telah memerintahkan Lim Lip Eng membayar RM27,000 beserta kos mahkamah sebanyak RM500.

Yap Kwan Meng terpaksa mengambil tindakan menyita pejabat MP Segambut setelah beliau enggan membayar walaupun setelah lapan bulan penghakiman mahkamah dibuat.

Firma guaman Lim Lip Eng adalah panel peguam MPSJ. Perbalahan antara Lim Lip Eng dan Yap Kwan Meng bermula apabila Yap mempersoalkan jumlah yuran RM55,000 yang dikenakan keatas MPSJ bagi melawan saman yang di failkan keatas MPSJ oleh sebuah premis perniagaan. MPSJ sebenarnya telah melantik sebuah firma lain yang telah meletakkan jumlah yuran sebanyak RM15,000 bagi mewakili MPSJ.

Lim Lip Eng telah menggunakan pengaruh dan networking DAP dalam MPSJ untuk 'merampas' kes tersebut dari firma yang telah dilantik terdahulu itu. Oleh kerana Yap Kwan Meng telah membuat 'bising', MPSJ telah menyemak semula kes tersebut dan hanya membuat pembayaran sebanyak RM15,000 kepada Lim Lip Eng kerana itu lah jumlah yang wajar dibayar mengikut skala yuran guaman.

Bagi menutup malu Lim Lip Eng telah menyaman Yap Kwan Meng, tetapi keputusan mahkamah telah memihak kepada Yap Kwan Meng seperti disebut diperenggan pertama.

Sebagaimana yang telah diberitahu kepada saya, ADUN Teratai (DAP) adalah pengerusi jawatankuasa yang melantik panel peguam dalam MPSJ.

Ikuti kenyataan media oleh Sdr Ramesh Rao untuk mengetahui apa yang telah terjadi dan bagaimana isteri Lim Lip Eng 'minta nyawa' untuk menutup aib hampir disita.





1
 2
 3  Tony Tan bekas setiausaha kepada Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok juga telah disaman oleh Teresa Kok kerana mempersoal kedudukan kewangan DAP cawangan Seputih
 4  Yap Kwan Meng bekas Auditor DAP cawangan Serdang Baru
 5



Thursday, 27 February 2014

Penyaman Hadi diluar kawalan Anwar

Lokasi : Kediaman Cikgu Ridwan, Ketua Cabang Hulu Langat, Taman Kperasi Cuepacs, Kajang

Acara : Santai dan ramah mesra bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 26/2/2014  @ 6.00 pm


Saifuddin Nasution telah diarah untuk melakukan damage-control setelah bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin berkeras untuk meneruskan saman dan menuntut gantirugi dari Hadi Awang. Menurut Anwar, Mohd Shamsul telah diminta untuk matikan kes demi menghormati ketua parti komponen Pakatan Rakyat dan Hadi pun telah diberitahu bahawa perkara tersebut boleh dianggap selesai..



1  Perdamaian..rugi RM10,000 dilupakan saja lah demi friendship..
2
 3
 4
 5
 6
 7
8  Bersama team M'kini & MI
9



Tuesday, 21 January 2014

UMNO HQ nampak macam beruang tapi berjiwa tikus

Lokasi : Ibupejabat PERKASA, Jalan Lumut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengenai Jawatankuasa Khas Kabinet Bagi Mengkaji Kos Sara Hidup Rakyat

Tarikh : 20/1/2014  @ 3.00 pm


Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah keatas Tian Chua menjadikan UMNO dilihat lembik dan membuka pintu bagi tindakan kurang ajar dan biadab oleh pihak lawan. Kemelut kangkung menjadi contoh terbaru. Bak kata Zahid.. "ibupejabat UMNO di lihat macam Beruang tapi berjiwa Tikus..."