jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Lokasi : Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya
Acara : Perjumpaan antara Tun Dr Mahathir dengan pengamal media sosial anjuran
"Kamy Mahathir"
Tarikh : 17/6/2015
Perjumpaan tertutup anjuran 'Kamy Mahathir' mula nya khas untuk beberapa orang yang sahaja, tetapi berita mengenai nya telah terbocor ke pengetahuan penggiat sosial media lain yang pro-Tun M. Maka venue telah bertukar dari bilik mesyuarat ke auditorium YKP dengan kehadiran 148 orang kesemua nya, ada yang terbang dari Sabah untuk bertemu Tun M.
Tujuan perjumpaan ini ialah bagi mendapat penjelasan dari Tun M mengenai isu 1MDB, mengenai isu politik semasa dan masa depan serta cabaran yang dihadapi kepimpinan UMNO / BN. Sesi soal jawab berjalan dengan penuh enthusiastic oleh para peserta mengenai isu-isu yang berbangkit.
Soalan akhir yang diajukan oleh pengerusi majlis ialah mengenai cabaran Chegu Bard kepada Tun M untuk menghadiri sesi #Nothing2Hide anjuran SAMM, bertujuan untuk menyoal beliau mengenai isu-isu semasa 22 tahunpentadbiran Tun M.
Ini jawapan Tun M kepada 'kucing kurap PKR' yang cuba 'menangguk di air keruh' dalam kemelut antara beliau dengan Najib Razak. P.S - Kalau sanggup dan berkemampuan , penuhi sajalah syarat yang diketengahkan oleh Tun M. Janganlah jadi alat untuk mengalihkan isu dari Najib Razak dengan cubaan menelanjangkan Tun M
1
2
3
4
5
6
148 penggiat media sosial menyertai perjumpaan ini majoriti tanpa jemputan
7
8
Bawa banner, bawa bendera "I Luv PM" tapi undi tak dapat
9
10
Peserta dari Sabah menceritakan pengalaman beliau menyertai majlis sambutan Najib Razak di Tawau