Lokasi : Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Acara : Majlis Sentuhan Kasih, Yayasan Wilayah Persekutuan
Tarikh : 12/10/2014
Menteri WP, Tengku Adnan merangkap Pengerusi YWP hari ini menyempurnakan Majlis Sentuhan Kasih, YWP dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM135,000 kepada
- 150 Pelajar Cemerlang OKU
- 21 buah Sekolah Pendidikan Khas
- 10 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
- 21 Atlet Sukan OKU Berjaya
- 4 Usahawan OKU Berjaya
- Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan WP
Majlis ini diilhamkan dari kesedaran bahawa
- Terdapat ramai warga serta anak-anak istimewa yang kelainan upaya di bandaraya KL, yang memerlukan bantuan untuk menjalani hidup yang lebih selesa
- Masih ramai ibubapa, penjaga, keluarga dan guru yang bergelut dengan cabaran, untuk membesarkan anak-anak kelainan upaya ini, termasuklah cabaran mendidik, cabaran kewangan, cabaran motivasi, cabaran mental, cabaran fisikal serta macam-macam cabaran dan keperluan lain.
Touch points teks ucapan Tengku Adnan
Pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan masyarakat sehingga Feb 2014 telah mencecah 500,000 dan WP berada dikedudukan ke-5 tertinggi.
Menurut statistik JKM OKU di sektor awam telah meningkat kepada 1,754 setakat Disember 2012 berbanding 1,294 pada tahun 2009
Mengikut statisik Jabatan Buruh pula, sejumlah 13,339 OKU telah berdaftar engan Sistem Penempatan OKU bagi sektor swasta, dan 9,074 orang berjaya ditempatkan untuk bekerja di sektor itu, setelah dipadankan secara dalam talian sejak tahun 1990
Kerajaan juga akan terus memperkasa ekonomi golongan OKU melalui pelbagai geran untuk menggalakkan OKU menceburi bidang perniagaan. Contohnya, sejumlah 914 OKU telah menerima bantuan melalui Skim Galakan Bantuan Perniagaan bagi OKU oleh Kementerian Sumber Manusia dan berjaya mencipta peluang pekerjaan untuk 1,597 OKU.
1
| Negara Ku |
2
| Bacaan Surah Al-Imran |
3
| Ucapan aluan oleh Syed Ali Al-Habshee, Pengarah Eksekutif YWP |
4
| Ucapan Persamian oleh Tengku Adnan, Menteri WP |
5
6
| Penyumbang, Alif Mesra Sdn Bhd |
7
| Penyumbang, Masteron Sdn Bhd |
8
| Penyumbang , Exsim Development Sdn Bhd |
9
| Penyumbang, Austral Meridian Property Sdn Bhd |
10
| Penyumbang, Memang Perkasa Sdn Bhd |