Showing posts with label tony tan. Show all posts
Showing posts with label tony tan. Show all posts

Friday, 11 July 2014

KDN didesak pecat KP ROS dalam isu CEC DAP

Lokasi : Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya

Acara : Penyerahan memorandum mendesak KDN memecat Ketua Pengarah ROS yang masih gagal membuat keputusan rasmi mengenai status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 

Tarikh : 9/7/2014


Tujuan penyerahan memo oleh Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) kepada Menteri Dalam Negeri:-

1. Langkah akhir dalam usaha mendapatkan penyudahan kepada isu status sah Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP setelah Ketua Pengarah ROS gagal membuat sebarang keputusan dan tindakan

2. Syak wasangka yang timbul terhadap Ketua Pengarah ROS. Adakah beliau bersekongkol dengan DAP atau terlalu takut dengan DAP.

3. Mendesak Menteri Dalam Negeri memecat Ketua Pengarah ROS dan bubar saja DAP.



1  Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Norzihan Haji Tambi menerima memorandum 
dari Ramesh Rao
 2
 3
 4
 5
 6


Wednesday, 18 June 2014

Roket dan Suara Keadilan sumber fitnah - KDN bertindak lah !

Lokasi : Pintu masuk ke Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan
mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN

Tarikh : 17/6/2014


Bekas ahli DAP, Tony Tan merayu Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak keatas Suara Keadilan dan Roket kerana menjadi sumber fitnah tambahan pula permit mereka hanya terhad untuk ahli sahaja.. bukan untuk dijual kepada umum.




Thursday, 29 May 2014

P.076 - Bekas pembantu Teresa akan kempen balun DAP

Lokasi : Bandar Teluk Intan, Perak

Acara : Sidang media NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin

Tarikh : 28/5/2014


Tony Tan bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok dan Setiausaha DAP Seputih akan berceramah malam ini di Tokong Jalan Pasir Bedamar bagi mendedahkan segala kepincangan dan salah laku yang melibatkan kepimpinan DAP terutama nya bekas boss beliau Teresa Kok..

(Update : Ceramah terpaksa dibatalkan bagi menghormati kemangkatan Tuanku Baginda Sultan Perak... Hanya sesi sembang-sembang santai bersama masyarakat Cina setempat diadakan dalam bahasa mereka)




Friday, 16 May 2014

Lim Kit Siang pun kaki songlap duit tabung ?

Lokasi : Balai Polis Seri Petaling, Selangor

Acara : Laporan Polis oleh Tony Tan bekas ahli DAP, keatas Lim Kit Siang kerana penyelewangan wang sumbangan kempen PRU13

Tarikh : 15/5/2014


Bermula dengan masalah selewang wang oleh Teresa Kok, kini melarat pula kepada Lim Kit Siang dalam isu kutipan dana kempen PRU13 melalui pelbagai tabung. Nampak gaya nya Tony Tan, bekas ahli DAP Seputih istiqamah dalam usaha beliau mendapatkan keadilan. DAP kini telah diketahui umum sebagai tidak telus dan tidak pernah akan melayan ahli mereka sendiri yang menuntut keadilan. Saman menyaman dan membuang ahli adalah kaedah yang mereka paling gemari untuk menutup sesuatu isu.  Ikuti rakaman yang berikut nya...


1
 2
3  Hasil kutipan dari jualan patung Teresa Kung Fu Rasuah hilang begitu sahaja tanpa rekod


Thursday, 6 February 2014

Hasil jualan patung Kung Fu Rasuah pun Teresa songlap

Lokasi : Taman OUG, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh bekas DAP, Tony Tan mengenai salah laku Teresa Kok

Tarikh : 5/1/2014


Waaah sebelum PRU13, Teresa Kok telah bersetuju untuk gunakan patung cenderahati sebagai salah satu sumber mengumpulkan dana. Patung berwajah dan tertera Teresa Kok itu membawa mesej memerangi atau melawan kerajaan yang rasuah ... ber-KungFu lah konon-konon nya.. akhirnya penipuan perempuan ini terbongkar juga oleh bekas ahli DAP, Tony Tan pada satu sidang akhbar... dia mencabar Teresa untuk menyaman beliau jika apa yang beliau katakan adalah fitnah... ikuti kenyataan penuh beliau mengenai patung "Kung Fu (Hustler) Teresa Kok"..


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7

Teresa saman ahli DAP untuk tutup salah laku beliau

Lokasi : Taman OUG, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh bekas DAP, Tony Tan mengenai salah laku Teresa Kok

Tarikh : 5/1/2014


Untuk menutup mulut ahli DAP yang mempersoalkan mengenai dana kutipan untuk kempen PRU13, Teresa Kok telah mengarahkan peguam beliau menyaman ahli tersebut (Dany Leong Eng Tiom) sebanyak RM10 juta
1.  Bekas Pengerusi DAP Cawangan Seputih, Mr Wong (tengah) pun turut memberi kenyataan
 2.
 3. Tony menunjukkan salinan surat tuntutan dari peguam Teresa... disebelah  beliau ialah Dany Leong Eng Tiam, ahli DAP