Showing posts with label town hall. Show all posts
Showing posts with label town hall. Show all posts

Sunday, 25 January 2015

Sesi Town Hall Parlimen Setiawangsa berjalan lancar

Lokasi : Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Acara : Sesi "Town Hall" Parlimen Setiawangsa bersama Menteri Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/1/2015


Sesi Town Hall ini adalah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membolehkan rakyat jelata berinteraksi bersama Menteri dan Datuk Bandar dalam matlamat untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi keselesaan wargakota. Sesi pertemuan ini akan diadakan mengikut kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan.

Dalam sesi kali ini isu-isu yang dibawa oleh wakil-wakil penduduk antara lain ialah penebangan pokok sekitar KL, lif rosak, pintu gerbang yang tak membawa faedah, jalan rosak, pembinaan pusat komuniti baru, penyediaan kemudahaan untuk kaum yang bukan beragama Islam.

Ikuti penerangan Tengku Adnan mengenai sistem Majlis Perwakilan Penduduk yang telah diperkenalkan bagi kluster penduduk dalam Kuala Lumpur.



Kementerian Wilayah Persekutuan telah pun mengambil langkah penjimatan dalam perbelanjaan Kementerian dan agensi-agensi nya. Ini bagi menjayakan usaha kerajaan dalam penstrukturan semula perbelanjaan negara berlatarbelakangkan kemerosotan harga minyak mentah dunia dan juga penyusutan nilai matawang Ringgit Malaysia.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9


Friday, 27 June 2014

Rata rata pemilik hartanah terima cukai baru

Lokasi : Kompleks Sukan Bangsar, Kuala Lumpur

Acara : Sesi Town Hall mengenai penilaian semula hartanah dalam Wilayah Persekutuan

Tarikh : 24/6/2014


Rata-rata pemilik hartanah yang hadir dalam sesi Town Hall tidak membantah penilaian semula hartanah dan kadar cukai pintu yang telah diputuskan Menteri WP. Sesi soal jawab berlegar dalam soal kemudahan awam dan perkhidmatan yang disediakan DBKL. Kebanyakan soalan dapat dijawab terus oleh Menteri WP dan ada beberapa soalan yang perlu dilakukan semakan dan akan diberitahu kepada yang menyoal dalam masa terdekat.

Bottomline - Menteri WP telah nampak gayanya mengotakan janji beliau untuk mendengar rintihan wargakota dan tidak membebankan mereka dengan cukai pintu yang terlalu tinggi disamping menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. 






1
2
 3
  4  Wakil OKU mahu potongan khas bagi OKU dan mahukan juga kemudahan yang mesra OKU.
 5
 6
 7  Wakil dari Seri Petaling memuji Menteri WP kerana prihatin terhadap pemilik hartanah dan aktif dalam 'engagement' dengan penduduk.
 8
 9
 10  Penduduk Kg Puah dan pewaris tanah yang luas tetapi bertindih tindih hak milikan mahu pencerahan mengenai kaedah penilaian semula