jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label yammy abdul samat. Show all posts
Showing posts with label yammy abdul samat. Show all posts
Tun menjawab soalan mengenai hak UMNO untuk mengambil tindakan disiplin keatas Yammy Samat, kehilangan sokongan pengundi oleh DAP dan ura-ura mengenai rombakan kabinet pasca-PRK Teluk Intan.
Tertekan Yammy Abdul Samat ibu kandung calon DAP dengan gelagat calon tersebut menafikan siapa itu ibunya sehingga memaksa beliau membuat keputusan meninggalkan Pribumi Perkasa. Beliau memberi alasan Perkasa sudah lari dari landasan asal dan kini lebih mirip parti politik... tetapi bukan kah Umno juga parti politik. Agak nya bila beliau akan meninggalkan Umno pula ?
1 Tumpang glamer anak...salah UMNO pasal tak bagi dia peluang glamer.. :)
Lokasi : Bilek gerakan DAP, Pekan Baru Teluk Intan, Perak
Acara : Sidang media harian
Tarikh : 21/5/2014
Ikuti penafian oleh calon DAP mengenai pembabitan ibu beliau dalam Pribumi Perkasa yang menjadi seteru DAP dari segi ideologi dan dasar perjuangan. Mengapa harus beliau
menipu ? Bukan kah lebih baik beliau akui sahaja pembabitan dalam Perkasa bersama ibu beliau yang berlaku enam tahun yang lalu dengan alasan ketika itu beliau masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politik .. Mengapa beliau memilih untuk berbohong ?
Lupakah beliau bahawa beliau bertanding untuk menjadi wakil rakyat bukan nya bertanding untuk menjadi juara lagu atau artis popular. Saya yang telah mengikuti kempen calon Melayu DAP ini dari hari penamaan calon, berasa amat malu dan tertipu dengan penipuan bersahaja yang beliau lakukan.. Telah ditakdirkan saya juga yang telah merakam gambar di majlis Perkasa pada 21/10/2008 itu.
Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI
Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :
Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008
PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang
berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan
Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.
Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;
Memperkasakan Islam sebagai Agama
Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja
Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan
Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan
rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.
AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA
Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad
AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd.
Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud
Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain
Omar Din
Jismi Azahar iJohari
Check-mate.PuanYammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin
yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi
Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh
ROS iaitu 12hb. Sept 2008.
Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan
Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM
Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama.
Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.