Showing posts with label dyana sofya. Show all posts
Showing posts with label dyana sofya. Show all posts

Friday, 10 February 2017

Program Dr Mahathir tidak terjejas dengan program besar BN di Alor Setar

Acara : Bicara Rakyat bersama Dr Mahathir

Lokasi : Pasaraya Tok Wan, Jalan Kuala Kedah, Kedah

Tarikh : 10/2/2017



Program tahunan sukan isteri wakil-wakil rakyat BN sedang berjalan di Alor Setar dari 7-12/2/2017. Hari ini PM Najib Razak berada di Alor Setar dan akan turut serta dalam beberapa acara termasuk menyempurnakan majlis penutup program pada hari Ahad ini.

Ramai kenalan yang menjangkakan program Bicara Rakyat bersama Dr Mahathir ini akan terjejas dengan kehadiran PM Najib yang diiringi oleh segala macam wakil-wakil rakyat dan Menteri-Menteri BN yang akan melibatkan diri dengan pelbagai jenis program rasmi dan tidak rasmi sekitar Alor Setar. Nyata sekali sambutan yang diberikan kepada Dr Mahathir melepasi jangkaan semua. 5,000 kerusi yang disediakan penganjur penuh semua nya dan ramai yang terpaksa berdiri atau duduk diatas lantai

Adakah ini menunjukkan bahawa PPBM sudah mempunyai jumlah penyokong yang cukup besar dan mampu mengadakan majlis mereka sendiri pada bila bila masa di Kedah tanpa berdepan dengan masalah kehadiran orang ramai ?


Video 1 - Ucapan Dyana Sofya (DAP). 



Video 2 - Ucapan Dr Mahathir (Full)



********************************************************************************

#suasana360






********************************************************************************* 

1
2
3
  4
5
6
7
8
9
10

Tuesday, 16 December 2014

DAP pinda perlembagaan untuk hadapi PRU14

Lokasi : One City, Subang Jaya, Selangor

Acara : Persidangan Parti (DAP) 2014

Tarikh : 14/12/2014


DAP Pinda Perlembagaan Parti Bagi Hadapi PRU14


KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Konvensyen Kebangsaan DAP 2014 Ahad meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti, termasuk untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan parti kepada 30 peratus.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 berkata pindaan adalah penting, bagi mengiktiraf peranan yang semakin meningkat oleh wanita masa kini.
Beliau berkata ini juga penting terutama untuk meraih undi wanita pada pilihan raya umum akan datang.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan parti, persidangan hari ini juga meminda perlembagaan parti untuk meningkatkan bilangan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada 30 orang daripada 20 orang sekarang.
Ia juga meluluskan cadangan bagi penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan dalam parti kepada 30 peratus untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya sembilan daripada 30 anggota CEC yang dipilih adalah wanita.
Pindaan itu juga menyaksikan perwakilan bersetuju untuk mengehadkan tempoh menyandang jawatan pengerusi negeri kepada tiga penggal atau sembilan tahun.
"Had tempoh selama tiga penggal untuk pengerusi negeri adalah langkah untuk memastikan pembaharuan yang berterusan dan menyuntik nafas baru kepada pemimpin parti di peringkat negeri," kata Lim dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan persidangan itu di Subang Jaya, di sini pagi Ahad.
Ia juga melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Negeri daripada dua tahun kepada tiga tahun, untuk selaras dengan CEC, manakala tempoh bagi Jawatankuasa Cawangan akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun.
Jawatankuasa Perhubungan parlimen parti dirombak dengan tujuan untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum.

Konvensyen itu dengan tema 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' berlangsung sehari.
Dalam pada itu, konvensyen meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum Hudud.
Resolusi berkenaan yang diumum anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Hannah Yeoh dan diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan itu menolak pelaksanaan hukum Hudud sebagai sistem perundangan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.
Parti itu menyokong reformasi terhadap sistem pendidikan negara dan mahu pendidikan berbahasa ibunda sebagai satu kekuatan dengan mengiktiraf peperiksaan United Examination Certificate (UEC).
-- BERNAMA


Video 1 - AJK Pusat PAS adakan mesyuarat sama hari dengan Persidangan DAP. PAS hanya diwakili Dr Hatta, AJK PAS Pusat sedangkan PKR diwakili oleh Presiden dan Timbalan beliau.


Video 2 - Bekas calon DAP untuk PRK Teluk Intan positif mengenai pindaan perlembagaan DAP yang menyediakan kuota 30% wanita untuk kerusi CEC   



1  938 orang perwakilan berdaftar menghadiri Persidangan kali ini 
2
 3  Sudut media dipenuhi oleh hampir 150 orang wakil media
 4
 5
 6
 7  Unit Tindakan Khas untuk kawal siapa ?
 8
9
 10

Thursday, 5 June 2014

Pasca PRK Teluk Intan - jawapan Tun Dr M

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Tun menjawab soalan mengenai hak UMNO untuk mengambil tindakan disiplin keatas Yammy Samat, kehilangan sokongan pengundi oleh DAP dan ura-ura mengenai rombakan kabinet pasca-PRK Teluk Intan.



Thursday, 29 May 2014

P.076 - Lagi ramai yang menghantar dari menyambut calon DAP

Lokasi : Sekitar kawasan selatan Teluk Intan, Sg Sakam, Sg Bugis ++

Acara : Walkabout calon DAP

Tarikh : 28/5/2014


Program walkabout calon DAP dibeberapa kampong di selatan Teluk Intan yang merupakan kawasan 'selamat' BN  menyaksikan sambutan ala kadar oleh masyarakat setempat. Tapi ianya menunjukkan masih ada sekelompok penyokong yang sedia menanti dan memberi sokongan kepada calon DAP. 

1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
  9
 10

Wednesday, 28 May 2014

P.076 - Orang muda naik gian dengan calon DAP ?

Lokasi : Pasar malam, Kg Bahagia, Teluk Intan, Perak

Acara : Walkabout calon DAP

Tarikh : 27/5/2014


 Kumpulan budak-budak Giat Mara ini pengundi Teluk Intan ke? Kalau ya beruntunglah calon DAP .  Saja nak eksyen untuk tatapan Pak Menteri... :)

1
 2
 3
4  Panglima perang UMNO / BN pun berada ditempat yang sama... tapi dia tak lah menganggu rombongan calon DAP... dia ni jenis Pencinta Wanita... :)


Tuesday, 27 May 2014

P.076 - Yammy tertekan dan umum keluar Perkasa

Lokasi : Bilek gerakan utama DAP, Teluk Intan

Acara : Sidang media harian DAP

Tarikh : 27/5/2014


Tertekan Yammy Abdul Samat ibu kandung calon DAP dengan gelagat calon tersebut menafikan siapa itu ibunya sehingga memaksa beliau membuat keputusan meninggalkan Pribumi Perkasa. Beliau memberi alasan Perkasa sudah lari dari landasan asal dan kini lebih mirip parti politik... tetapi bukan kah Umno juga parti politik. Agak nya bila beliau akan meninggalkan Umno pula ? 


1  Tumpang glamer anak...salah UMNO pasal tak bagi dia peluang glamer.. :)
 2

P.076 - Calon DAP sudah mula pendekkan ucapan ?

Lokasi : Taman Cecily,Teluk Intan, Perak

Acara : Hi-tea bersama Hadi Awang & calon DAP

Tarikh : 26/5/2014


Kalau ini strategi baru maka ini langkah terbaik. Pendekkan ceramah. Jangan banyak bercakap nanti terkeluar lagi macam-macam cerita tak benar (bukan tipu). Kalau tak boleh berkata benar langkah yang lebih baik ialah duduk diam saja. Lemparkan senyuman dan melambai lah kepada orang ramai. 




P.076 - Hadi dengan alasan untuk sokong DAP

Lokasi : Taman Cecily,Teluk Intan, Perak

Acara : Hi-tea bersama Hadi Awang & calon DAP

Tarikh : 26/5/2014


Setelah menyepi dan berkelana sekian lama, akhir nya Hadi Awang terjumpa jawapan dan alasan untuk turun ke Teluk Intan berkempen untuk DAP. Rupa-rupanya common-grounds yang ada diantara DAP dan PAS outweigh perbezaan antara mereka... teliti kan rakaman ucapan beliau ini 



P.076 - Hadi Awang akur juga akhir nya.

Lokasi : Taman Cecily,Teluk Intan, Perak

Acara : Hi-tea bersama Hadi Awang & calon DAP

Tarikh : 26/5/2014


1
 2
 3
 4  Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Pusat
 5  Mohamed Hanipa Maidin, AJK PAS Pusat dan Peguam PAS
 6
 7  Hadi Awang, Presiden PAS
 8
 9
 10

Monday, 26 May 2014

P.076 - Di Kucing calon berkaraoke di P076 calon berselfie

Lokasi : Menara Condong, Teluk Intan, Perak

Acara : Selfie bersama calon DAP dan MP Lembah Pantai

Tarikh : 25/5/2014


Macam-macam cara hendak mendekati pengundi muda. Bagai kan artis dunia hiburan...
Kali ini calon ditemani oleh Nurul Izzah dan Tian Chua dari PKR. 


1
 2
 3
 4
 5
 6
  7
 8
 9
 10