Showing posts with label perkauman. Show all posts
Showing posts with label perkauman. Show all posts

Saturday, 11 February 2017

Dr Mahathir mendapat nikmat dalam jalinan baru dengan DAP & Kit Siang

Acara : Wacana PPBM-DAP, Dimensi Baru & Masa Depan Kuasa Politik Melayu

Lokasi : Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah

Tarikh : 11/2/2017



Video 1 - Dr Mahathir akui 'tak kenal maka tak cinta' mengenai perhubungan yang baru beliau jalinkan dengan DAP dan Lim Kit Siang. Beliau juga mengaku bahawa beliau lah yang telah memainkan peranan dalam memomokkan DAP di kacamata orang Melayu / UMNO semasa memegang jawatan sebagai PM Malaysia yang ke empat dahulu. Ikuti kupasan beliau mengenai .Wacana PPBM-DAP sehingga kesudahan rakaman



Video 2 - Pekong dan cerita lama PM Najib dikongsi oleh bekas Ketua Penarangan UMNO Pekan, Mohd Ariff Sabri. Beliau merupakan bekas ADUN Pulau Manis dibawah tiket UMNO / BN (2004-2008). Mohd Ariff juga aktif menulis blog menggunakan nama Sakmongkol AK47



Video 3 - Hanna Yeoh, Speaker DUN Selangor bersuamikan lelaki berketerunan India. Beliau mempunyai dua orang anak, seorang didaftarkan sebagai Cina dan seorang lagi India. Ikuti pengalamana beliau berurusan dengan Pejabat Pendaftaran di Putrajaya..



Video 4 - Gooi Hsiao Leung, MP Alor Setar (PKR) seorang peguam dan fasih berbahasa Melayu. Bapa beliau pengasas DAP Kedah. Beliau yakin polimik DAP akan menguasai politik dan kepimpinan negara adalah NON ISSUE kerana tidak bertanding dalam jumlah kerusi yang mencukup untuk membolehkan mereka menjadi kuasa utama.



Video 5 - UMNO menjadi rasis dan memainkan isu perkauman apabila mereka tersepit dan tertekan..





********************************************************************************

#suasana360








*********************************************************************************

1
Mantan Pengerusi SPR dan kini Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyampaikan ucapan aluan 
 2
 3
Tan Sri Dato' Haji Khalid bin Abdullah (95) , Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Kedah.
 4
 5
 6
Mohd Ariff Sabri, mantan Ketua Penerangan UMNO Bhgn Pekan dan mantan ADUN  Pulau Manis
7
Lebih setengah dari hadirin terdiri daripada penyokong atas pagar yang masih belum menyertai PPBM
 8
Hanna Yeoh, Speaker DUN Selangor
 9
Gooi Hsiao Leung, MP Alor Setar (PKR
 10
Mahfuz Omar, MP Pokok Sena (atas tiket PAS)

Sunday, 24 April 2016

Kenyataan wakil MCA mengenai Perlambagaan Negara mendapat kecaman keras PERKASA

Acara : Sidang media Ibrahim Ali, Presiden PERKASA

Lokasi : Ibupejabat PERKASA, KL

Tarikh : 21/4/2016



Video 1 -  Presiden PERKASA, Ibrahim Ali mengecam dan mengutuk ulasan yang dibuat oleh Dato' Ti Lian Ker, berkenaan kenyataan Ketua Pengarah Biro Tata Negara , Dato' Haji Ibrahim Saad yang menyentuh Perlembagaan Negara  Ti Lian Ker telah membuat ulasan (umum) bahawa Perlembagaan Negara menyerlah perkauman dan melahirkan ekstrimisma dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Ti Lian Ker ialah Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA.



1
2
3











Wednesday, 16 September 2015

Kemampuan PDRM diperlekeh dan diperkecilkan askar pencen ?

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015


Adakah ini ugutan, memperlekeh atau memperkecilkan kemampuan PDRM oleh askar pencen ?


Verbatim

"menyokong kami tidak melakukan provokasi takde kekerasan tapi sekiranya berlaku, terpulanglah tepuk dada tanya selera. kami jaga rakan2 kami 300k kalau pihak cina dap buat kuang ajar, biadap dan buat provokasi, saya akan arahkan budak2 saya utk berdepan degan meraka. saya yakin polis tak boleh kaawal kalau ada pertempuran.

20k malam ni akan sampai. kita berasingan. tepmpat2 rahsia. tidak mahu dengar polis ke apa. ni hak kami." 




Dendam terhadap Namewee tetap membara.... ptuiih

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015




Minta -minta jangan lah ada manusia sepet rupa macam Namewee yang lalu depan si Amran semasa perarakan team baju merah esok... even worse kalau Namewee sendiri yang turun buat provokasi ... LOL




Friday, 11 September 2015

PESAKA jadi penganjur induk himpunan baju merah 916 ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL


Acara : Sidang media penganjuran himpunan 'Kebangkitan Maruah Melayu'

Tarikh : 10/9/2015



Dalam video sidang media ini Jamal Md Yunos yang mewakili 250 NGO telah mengumumkan bahawa PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) adalah penganjur induk secara rasmi perhimpunan baju merah 16 September ini.

Secara rasmi nya juga perhimpunan ini dikenali sebagai perhimpunan 'KEBANGKITAN MARUAH MELAYU" dan akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 3 pm, 16/9/2015. NGO yang terlibat akan berkumpul bersebelahan kawasan Sg Wang dan Lot 10 Jalan Bukit Bintang bermula jam 11 dan seterusnya akan berarak melalui Jalan Pudu menuju Padang Merbok.


Bagaimanpun sebentar tadi saya terbaca dalam salah satu komunikasi applikasi Whatsapp bahawa PESAKA telah membuat keputusan untuk tidak terlibat didalam penganjuran perhimpunan pada 16 September kerana mereka sendiri akan mengadakan satu perhimpunan pesilat-pesilat Malaysia di Dataran Merdeka pada 18/9/2015.

Tiada maklumat diperolehi dari laman rasmi PESAKA mengenai perkembangan terbaru ini dan setakat jam 5 pagi 11/9/2015 tiada jawapan diperolehi dari Presiden PESAKA, Senator Tan Sri Ali Rustam

Jam 10 pagi 11/9/2015 Jamal Md Yunos dan kesemua kepala NGO yang hadir di sidang media petang tadi akan hadir di IPD Dang Wangi setelah dipanggil oleh pihak Polis berkaitan perhimpunan yang dicadangkan.

Dari perjalanan penganjuran setakat ini saya hampir pasti perhimpunan ini tidak akan mendapat permit Polis dan jika ianya diteruskan juga akan berlaku secara haram dan dalam suasana yang tegang kerana sudah pasti ramai Melayu ultra akan menuntut keadilan dalam berdemontrasi dan berhimpun seperti mana yang telah dilakukan oleh penganjur BERSIH 4.0




1
 2
 3
   4
 5
 6
7
 8
 9


Thursday, 16 July 2015

Isu Low Yat - Pemain media sosial dminta untuk lebih bertanggungjawab

Lokasi : Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, KL

Acara : Tinjauan Menteri WP ke lokasi rusuhan 

Tarikh : 15/7/2015



Video 1 - Ku Nan sempat berjumpa dan bertanya khabar dari Johnson Chia, peniaga talipon yang mendakwa satu unit talipon Lenovo telah dicuri oleh suspek dari gerai beliau ditingkat satu Low Yat. Beliau mendakwa suspek kelihatan gelisah dan telah melarikan talipon tersebut ketika beliau berpusing hendak mengambil barang. Suspek telah ditangkap oleh jurujual-jurujual dan kakitangan Kedai OPPO ditingkat bawah ketika cuba melarikan diri. 




Video 2 - Malaysia menjadi maju kerana rakyat Malaysia bersatu dalam kepelbagaian. Rakyat Malaysia di seru untuk bertolak ansur dan bersederhana bagi mengelak berlaku nya perpecahan melalui isu perkauman.  Media sosial pula diminta untuk tidak memainkan isu perkauman dan mengapi apikan sesuatu isu sehingga menjadi isu yang parah.


1
 2
 3
 4
 5
Peniaga talipon Johnson Chia menceritakan bagaimana kejadian curi oleh suspek kepada Tengku Adnan 
 6
 7
 8
 9
10

Tuesday, 14 July 2015

Pemimpin pembangkang salahkan penguatkuasaan yang lemah penyebab insiden gaduh

Lokasi : Low Yat Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media berkaitan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat

Tarikh : 13/7/2015
.


Ikuti apa kata pemimpin Pakatan Rakyat. Semua sepakat kejadian bukan berunsurkan perkauman tetapi lebih menjurus kepada perbuatan jenayah, mencuri atau menipu pembeli. Mereka mahukan KPDNKK menjalankan tugas penguatkuasaan dengan sempurna dan PDRM menjamin keselamatan kawasan supaya Bukit Bintang akan kekal sebagai destinasi pelancung antarabangsa



1
Ahli Parlimen Bukit Bintang
 2
Tan Kok Wai, Pemangku Pengerusi DAP
 3
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
  4
Dr Hatta Ramli
 5
Sastrawan Negara, A.Samad Said
 6
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad
 7
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
 8
Theresa Kok, Ahli Parlimen Seputih
 9
 10


Insiden pergaduhan Plaza Low Yat bukan isu perkauman

Lokasi : Pusat Khidmat Sementara Gelandangan DBKL

Acara : Sidang media selepas program Nur Ramadhan

Tarikh : 13/7/2015


Ketua Polis Negara telah diarahkan menyiasat secara terperinci dan membawa kemuka keadilan mereka yang bertanggungjawab dalam insiden rusuhan dan pergaduhan di Plaza Low Yat. Siasatan Polis setakat ini menunjukkan bahawa punca insiden bukan dari isu perkauman tetapi berpunca dari kejadian jenayah kommersial. Media sosial yang terlalu bebas mensensasikan sesuatu isu di Malaysia dikenal pasti sebagai salah satu punca utama menyemarakkan kejadian.


 1
 2


Saturday, 15 February 2014

McD cuba tumpang kehangatan isu kangkung ?

Lokasi : Kg Pandan, Kuala Lumpur


Tarikh : 13/2/2014 @ 1.30 pm


Mereka cuba mengkomersialkan dan menumpang kehangatan isu kangkung tetapi terpaksa menarik balik iklan tersebut dengan alasan terdapat 'miscommunication' antara ibupejabat dan rangkaian mereka. Agak melucukan bagi sebuah organisasi besar seperti McDonald melakukan kesilapan sebegini. Adakah ianya satu 'damage-control' yang cuba dilakukan setelah mendapat pelbagai reaksi negatif dan bantahan dari pelbagai NGO terhadap isu kangkung ?


Rahimuddin Md Harun jurucakap PEWARIS menunjukkan versi McD NGO Melayu siap dengan cili hijau simbolik 'siapa makan cili dia terasa pedas'

Ini iklan asal McD


Wednesday, 5 February 2014

PEWARIS akan 'mandikan' Teresa dengan 'darah'..

File pic.


MEDIA ALERT

"Malay si" vs " cina kui. Salam Kepada semua Ayahanda2 serta jemaah ,Saudara saudara dan seluruh umat Islam dan rakan rakan seperjuangan  yg tidak mahu melayu diperlekehkan dan islam diperkotak katikkan serta rakan2 media dan wartawan. Jemput dan mohon sebarkan juga agar dapat hadir bersama dibangunan ibupejabat Maybank berhampiran 711 Puduraya : 6/02/ 2014. Hari khamis Masa : 2 Petang .Tujuan adalah untuk berkumpul dan Membantah Penghinaan Kaum Cina yg chauvinist Terhadap Raja Raja, Agama Islam dan Kepemimpinan Melayu...bantahan  ini adalah program bersama oleh "Pewaris" majlis permuafakatan ummah  bersama ngo ngo berbaaiah dan ngo ngo melayu islam

Dijemput semua  agar dapat hadir 
Agar sampai mesej dipihak sana... Bangsa melayu masih ada .... dan akan mempertahankan kesucian agama islam dan maruah melayu
Jangan dihalal kan islam dipersenda... Bangsa Melayu diperlekeh hanya kerana keuntungan politik semata mata....
sebarkan..dan panjangkan... Insyaallah jihad sebenar adalah kerana Allah ..

Penyelaras Urusetia pewaris:- ayah penghulu dan ayah zul keramat serta ayah rahimuddin. Turut serta. Dan diketuai bersama : Seluruh ngo melayu islam. Meminjam kata kata almarhum mat kilau menentang penjajahan " usah mengaku diri sebgai pejuang atau bercerita tentang perjuangan jika kita sendiri tiada keberanian "... Tiada imbuhan disediakan untuk kehadiran hanya allah yang membalasnye.



Untuk maklumat lanjut mengenai PEWARIS sila rujuk :

1. PEWARIS - Siri Jelajah Majlis Permuafakatan Ummah - Perempuan komunis kena penampar

2. PEWARIS - Perasmian Gelanggang Pewaris  - Melayu Islam Shah Alam lawan kuil haram 

3. PEWARIS - siri jelajah ke 2 - Masjid Tanah - Operasi bakar babi di Melaka