Monday, 24 March 2014

N25 Kajang - Sekitar pengumuman keputusan PRK

Lokasi : Kompleks Sukan MPK, Bangi, Selangor

Acara : Pengumuman keputusan PRK N25 Kajang

Tarikh : 23/3/2014




KAJANG, 23 Mac (Bernama) -- PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini, namun dengan majoriti undi berkurangan.

Calonnya yang juga presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, menang dengan majoriti 5,379 undi, hasil 16,741 undi yang diperoleh berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mendapat 11,362 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Lee Chin Cheh daripada PKR menang kerusi DUN itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini.

Katanya daripada 28,314 pemilih berdaftar yang keluar mengundi, 176 kertas undi diisytiharkan rosak.

Undi yang diperoleh Dr Wan Azizah berkurangan 2,830 atau 14.4 peratus daripada jumlah undi yang diraih Lee pada PRU13 iaitu sebanyak 19,571 undi.

Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 5,976 atau 17.4 peratus daripada 34,290 pada PRU13.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas Lee meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, bagi memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Namun, Anwar terpaksa digantikan oleh Dr Wan Azizah selepas tidak layak bertanding susulan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

-- BERNAMA


Terselamat lah wang pertaruhan calun BN apabila Kak Wan gagal mengotakan janji Kit Siang dan Anwar 

1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
9
 10

Saturday, 22 March 2014

N25 Kajang - Bahan bukti sabitkan Anwar tidak tercemar

Lokasi : Padang awam Kg Sungai Kantan, Kajang

Acara : Perhimpunan Anak-Anak Bai'ah Kajang

Tarikh : 21/3/2014


Ini lah penerangan yang mudah difaham mengenai fakta yang menyebabkan Anwar Ibrahim
disabitkan dengan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan. Ianya berkaitan dengan bahan bukti yang diperolehi dari badan Saiful Bukhari yang boleh dipadankan dengan profil DNA Anwar Ibrahim. Penerangan ini wajib ditonton dan difahami oleh semua rakyat Malaysia yang mencari kebenaran tapi masih lagi terkeliru dengan pelbagai versi spinning yang dilakukan oleh penyokong Anwar walhal mangsa liwat Saiful Bukhari hanya berdiam diri dan menyerahkan bulat-bulat kepada sistem mahkamah untuk penghakiman.


1
2
3


Majlis Selawat Perdana mendapat Baroqah

Lokasi : Dataran Putrajaya, Putrajaya

Acara : Selawat Perdana - Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H

Tarikh : 21/3/2014


Syabas diucapkan kepada penganjur diatas kejayaan besar Majlis Selawat Perdana yang berjaya merapatkan perpaduan dan persaudaraan hampir 500,000 umat Islam.  Liputan saya hanya setakat jam 10.00 pm sahaja kerana saya terpaksa bergegas ke Kajang untuk tugasan yang lain.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

N25 Kajang - Kak Wan zalim kalau tak sanggah Bar Council

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Presiden Majlis Peguam telah memberi pandangan bahawa perlakuan liwat antara Anwar dan Saiful Bukhari adalah suka sama suka antara dua orang lelaki dewasa. Dia tidak pula menafikan berlaku nya liwat tersebut.

Apa tindakan Kak Wan ? Adakah beliau akan berdiam diri saja ? Zalim lah Kak Wan kalau tidak mempertahankan suami dia kali ini.. dan membiarkan pandangan Presiden Majlis Peguam itu membentuk persepsi masyarakat terhadap Anwar Ibrahim..





N25 Kajang - Anwar zalimi diri bila enggan bersumpah bersih nama

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Perkara yang paling mudah dan tidak memerlukan perbelanjaan untuk membersihkan nama dan menghilangkan syak wasangka terhadap beliau. Namun beliau enggan berbuat demikian walaupun diminta oleh sahabat baik dan terdekat beliau. Sebaliknya Saiful Bukhari telah melakukan nya dua kali termasuk sekali didepan Kaabah. Siapa yang menzalimi siapa sebenarnya ?




Friday, 21 March 2014

N25 Kajang - Anwar zalimi diri dengan menolak ujian DNA

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Zul Noordin cadangkan kepada Anwar supaya bagi sample darah bagi tujuan pengesahan DNA kerana beliau sangka Anwar difitnah. Yang pastinya Anwar menolak cadangan yang boleh memudahkan penolakkan pertuduhan keatas beliau. Mengapa beliau enggan beri sample darah? Siapa yang menzalimi siapa?



N25 Kajang - Anwar zalimi diri apabila enggan jadi saksi liwat

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Anwar menolak peluang mempertahankan diri dalam kandang saksi.. jadi salah siapa? Siapa menzalimi siapa ?





N25 Kajang - Anwar zalimi diri dengan melantik Karpal

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Apa alasan sebenar Anwar melantik Karpal Singh sebagai peguam bela beliau bilamana sudah terang terangan Karpal Singh lah yang mula-mula sekali menuduh beliau terlibat dalam kegiatan homoseksual ?



N25 Kajang - Tolak Anwar & PKR untuk elak kemungkaran

Lokasi : Taman Muhibbah, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik Perdana

Tarikh : 20/3/2014


Alasan menolak kemungkaran pluralisme dan liberalisme digunakan sebagai asas untuk menolak Anwar Ibrahim dan proxy beliau dalam PRK N25 Kajang oleh mantan Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri.

Pantun beliau :

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Sorong hadapan sorong belakang
Bila ditanya "Mana aku tahu" 





Thursday, 20 March 2014

Larian Terusan Sutera dapat tajaan UMNO

Lokasi : Tkt 38, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media dan majlis penyampaian penajaan Larian Terusan Sutera

Tarikh : 18/3/2014


Nota ringkas :

1. Suwaibah pelari solo pernah mencatat nama dalam Malaysia Book of Record kini akan melakukan satu lagi misi kemanusiaan melalui LARIAN TERUSAN SUTERA @ AROMA - Across The Reverse of Marco Polo.

2. Inisiatif mendapat persetujuan DS Rosmah Mansor sebagai Penaung Kehormat.

3. Larian akan bermula dari Beijing, Cina ke Venice, Italy

4. Jarak larian ialah 3,333 km dan dijangka bermula 28/3/2014 dan berakhir 3/6/2014.

5. Negara-negara yang akan dilalui ialah Kyrgystan, Kazakhstan, Urbekistan, Turkeministan
Iran, Turkey, Bulgaria, Serbia, Croatia, Slovenia dan berakhir di Venice, Italy.

6. Suwaibah sebelum ini telah menamatkan misi kemanusiaan dibawah inisiatif 'Water for Gaza', larian merentasi Gurun Sahara dengan jarak 1,111 km selama 32 hari pada tahun 2012.




1  Suwaibah Muhammad Nasir
 2
 3
 4


Wednesday, 19 March 2014

N25 Kajang - MH370 jadi bahan raih undi

Lokasi : Padang awam, Kg Sungai Sekamat, Kajang

Acara : Ceramah

Tarikh : 18/3/2014



Tiga minggu mengikuti kempen calon yang tak jadi dan calon yang mengganti, ternyata dua pendekatan kempen yang berbeza. Sekurang kurang nya calon yang tidak jadi ada juga menjanjikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor untuk kebaikan rakyat Selangor

Tetapi calon mengganti cuma merayu simpati dari pengundi Kajang dengan mengulang cerita malang yang menimpa suami dan keluarga, tak ada beza dari dulu sehingga kini. Keadilan, keadilan, keadilan... untuk suami nya semata mata dan tidak ada satu jalan cerita keadilan untuk rakyat Kajang khususnya dan Selangor amnya. Sangat berbeza pula dengan mesej kempen calon  BN.



1
 2
 3
 4  Takat tu saja
 5
 6

N25 Kajang - KJ jangan angkuh dan takabur

Lokasi : Padang awam, Kg Sungai Sekamat, Kajang

Acara : Ceramah

Tarikh : 18/3/2014


Anwar tidak setuju KJ ditampar Raja Bomoh...tetapi sikap angkuh dan takabur KJ memang sewajar nya mengundang ugutan sedemikian.


1
 2
 3
 4  Buah Nyok zam zam a la gazam !
 5
 6
 7
 8
 9